HIT COUNTER

Wednesday, February 18, 2009

Tentera Pengaman Islam

Sudah tiba masanya orang Islam mempunyai angkatan tentera mereka sendiri. Alasannya supaya umat Islam tidak diperkotak-katikkan oleh orang kafir atau orang Israel. Ianya boleh dilaksanakan dengan membuat perjanjian setiap Negara Islam perlu menghantar bilangan tentera mewakili ummah. Contohnya setiap Negara Islam menghantar seramai 300 orang tentera. Kita namakan tentera Islam ini Tentera Pengaman Islam supaya tujuan dan asal penubuhannya tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak dan diambil kesempatan oleh Amerika untuk diharamkan. Tentera Pengaman Islam ini akan bertindak sepantas yang mungkin apabila berlaku konflik di Negara-negara Islam yang mempunyai bilangan yang paling ramai di dunia ini. Kita ambil kes di Negara Palestin, Israel akan mengambil kesempatan apabila presiden Amerika, Obama belum dilantik dan tiada pihak yang berani menentang mereka atau membasmi keganasan mereka terhadap bumi Islam. Kelewatan Obama dilantik membawa komplikasi kepada dunia kerana dasar-dasar atau tindakannya lewat. Dan ini diambil peluang Israel untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza. Tetapi sekiranya Negara Islam bertindak pantas dengan menghantar tentera Islam Pengaman berbanding mengharapkan resolusi PBB yang lembap, maka Negara Palestin tidak akan diserang. Memang faktor Hamas tidak diiktiraf oleh dunia Amerika, tetapi Amerika tidak berani menyentuh Tentera Islam Pengaman. Ini kerana ianya akan diiktiraf oleh seluruh dunia. Kena ada keadilan dan penyeimbangan kuasa. Bukan kita tidak percaya kepada PBB tetapi siapa yang akan menyelamatkan umat Islam tetapi umat Islam sendiri. Setiap Negara Islam mempunyai tentera dan kelengkapan yang canggih dan perlu dipergunakan dalam kes Palestin ini. Tidak rugi sekiranya kita hantar setiap Negara 300 orang tentera. Contohnya Negara Syria, Jordan, Arab Saudi dan Malaysia yang kaya-kaya ini menghantar kelengkapan tentera, maka Israel tidak akan berani. Maka perlulah ada pihak yang memulakannya, maka pihak tersebut adalah Negara Malaysia yang tercinta ini. Sampai bila tentera kita nak berperang. Kelengkapan dah canggih maka gunakan untuk mempertahankan umat Islam. Adalah berdosa kita tidak mempertahankan nyawa umat Islam di sana sedangkan kita di Malaysia bergoyang kaki. Tidak cukup dengan hanya menghantar makanan atau wang, tetapi kita perlu menjaga kiblat yang dahulunya disembah oleh umat Islam iaitu masjidilharam Baitulmaqdis yang kian terancam. Maka tentera Islam Pengaman ini akan bertindak neutral iaitu mengelakkan pembunuhan oleh Israel yang kejam ini dan menghancurkan masjid yang penting itu. Adalah wajib kita menjaga kebajikan umat Islam ini, maka apabila Tentera Pengaman Islam ada, maka penyampaian makanan, ubatan dan doktor selamat digunakan oleh rakyat Palestin. Pihak MERCY dan UNESCO boleh melaksanakan tugas mereka dengan lancar dengan bantuan tentera pengaman ini. Tidak cukup dengan mencadangkan tribunal jenayah antarabangsa kerana hanya pemimpin saja dihukum tetapi kekejaman masih terus berlaku. Tentera Pengaman Islam ini juga boleh membantu dalam kes-kes bencana seperti tsunami di Acheh kerana boleh menyelamatkan orang-orang yang hanyut ke laut. Pihak Amerika tidak akan dapat mencari alasan keganasan tetapi tentera ini mempunyai objektif keamanan maka tiadalah berlaku kuasa Veto yang sering disalahgunakan oleh Amerika. Kerana contohnya pihak OIC mempunyai tentera pengaman sendiri samalah seperti pihak NATO. Tiada pihak berani mempersoalkan atau mencabar kewujudan Tentera Pengaman Islam ini sekiranya pihak Malaysia bertegas melaksanakannya kerana kita pihak berkecuali. Kita wajib menjaga saudara kita di Palestin kerana tanpa mereka, Islam sudah tiada makna kerana mereka mempertahankan kiblat kita.

9 comments:

  1. mmm...saya rasa mungkin saudara terlalu asyik dan terpengaruh dengan novel "1511H [Kombat]" kot. tapi jika tekaan saya salah pun saya sarankan anda membacanya, a good read indeed.

    walau apapun berdasarkan apa yang saya telah baca pada penulisan saudara kali ini, saya rasakan mungkin banyak lagi yang perlu saudara kaji sebelum memberikan pendapat sedemikian. yup, saya tahu anda bebas menyuarakan pendapat (lebih2 lagi di blog), tapi dengan pembacaan pada teks saudara kali ini sahaja sudah dapat saya teka yang saudara masih belum betul2 dapat menyelami isu dan langkah penyelesaian yang saudara cadangkan itu. dalam bahasa kasarnya, konteks pemikiran saudara terhadap isu ini hanyalah bertahap murid belasan tahun.

    ya saya setuju ia adalah perkara yang baik sekiranya ia benar2 dilakukan. tapi sayangnya masih banyak penyelesaian untuk perkara lain yang perlu dilaksanakan to pave the way untuk ia berlaku. saya rasa tak perlu saya komen banyak2 mengenai perkara ini. lebih baik saudara pertingkatkan pembacaan untuk memahami apa yang saya maksudkan. saya pun bukannya pandai berkata2, malah saya pun bukanlah seorang yang pandai. tapi saya cuma sarankan supaya anda meneliti apakah realiti dunia disekeliling kita dgn lebih terperinci. apakah anda pasti pelantikan obama akan mengubah seluruh dasar amerika berkenaan kempen perang dengan dunia islam, atau mungkinkah ia cuma satu bentuk device untuk mengalih perhatian dunia? bagaimana pula dengan negara2 islam yang bersempadan dengan negara yang bergolak, tetapi tidak mahu membuka sempadannya? saya cuma memberikan beberapa contoh, tetapi tak semestinya saudara perlu telan kata2 saya bulat2. saya cuma mahu spark curiosity saudara untuk lebih mendalami isu2 berkaitan sekiranya anda betul2 mahu mendalami realiti dunia kini, dan mungkin beberapa fakta sejarah serta teori konspirasi boleh saudara amati dan cernakan. tapi ingat, curiosity jangan berlebihan, sebab tu orang dulu2 kata "curiosity kills the cat". pandai2 la tapis teori2 konspirasi dan juga fakta2 supaya tidak terpesong arah pemikiran.

    walau apapun jangan terlalu risau tentang apa yang saya tulis. tak semestinya kita nak berjihad perlu angkat senjata. kan bagus kita mulakan dengan jihad dalam bidang ekonomi, teknologi mahupun pemikiran. tidakkah ironik jika kita mahu berjihad dengan langkah peperangan tapi bila kita tangok balik inventori peperangan kita teknologi2 yang digunapakai adalah dipelopori Yahudi sendiri?

    jadi sebaiknya kita mantapkan dahulu ekonomi dan kemajuan teknologi negara mahupun sesama umat. dan selalunya pemikiran yang bagus adalah lebih tajam daripada senjata. untuk ini saya bagi 2 contoh mudah dari dua belah yang berbeza. yang pertama adalah israel/yahudi. negara yang bukannya besar sangat pun, dan in fact jumlah masyarakat yahudi di dunia pun bukannya ramai sangat. tapi mereka berjaya mengukir sejarah berkali2. ternyata mereka adalah golongan yang pandai berfikir. pandai berfikir yang macam mana saudara sendiri pun tahu. contoh kedua pula adalah Iran. lantak lah IAEA ke apa ke nak datang kat negara dia, sekarang ni program nuklear mereka tak ada masalah pun. see? hal ini membuktikan yang kebijaksanaan pemikiran adalah komoditi terutama bg memantapkan sesebuah kaum.

    pendek kata, knowledge is power. inilah yang perlu kita terapkan kepada masyarakat sekarang, lebih2 lagi kepada generasi muda yang baru nak kenal dunia. maka menjadi tanggungjawab kita untuk memupuk kesedaran untuk berfikir dikalangan mereka. senang cerita, kita perlu bermula dengan bertatih.

    ReplyDelete
  2. Adakah anda suka saudara kita di Palestin terus dibunuh?

    ReplyDelete
  3. saya faham akan maksud saudara, dan saya tidak bererti untuk ridicule pendapat saudara itu. tapi saya cuma saudara mendalami isu tersebut sebelum mengemukakan pendapat sedemikian. ya ia tidak salah, tetapi ia berbunyi kebudak2an. tambahan pula dengan OIC yang Oh-Saya-Lihat, situasi sekarang tidak langsung membantu umat kita.

    siapa tidak geram akan perlakuan kekejaman yang berlaku terhadap saudara kita di Palestin. in fact ia juga mampu menyebabkan sesiapa pun bersimpati dengan apa yang berlaku. namun begitu adakah kita sudah bersedia dari segala aspek andaikata untuk proceed apa yang saudara maklumkan itu? adakah 300 orang per negara itu cukup? itu belum consider yang banyak negara dari dunia islam sendiri yang refrain untuk menentang kekejaman dan memutuskan pertalian dari zionis dan proksi mereka? dan harus diberikan perhatian mengapa pula mereka cuba mengelakkan untuk severe perhatian tersebut? kenapa pula ketika krisis minyak dahulu, susah sangat mereka menukar pegging matawang dari USD? disini ada banyak persoalan yang akan memberikan anda jawapan betapa perkara tersebut adalah mustahil untuk berlaku serta merta. sebab tu lah saya katakan step by step.

    walau apapun, kekejaman yang diperlakukan akan tetap terbela. semua telah tercatatkan. cuma kita perlu bersama2 mengambil peranan didalam usaha untuk membela umat seagama kita. jangan sampai usaha yang membuta tuli memberikan hasil yang sia2.

    ReplyDelete
  4. worr sorry silap tulis tadi,

    (pembetulan berada di dalam kurungan)
    - ...tapi saya cuma (berharap agar) saudara (lebih) mendalami isu...
    - ...cuba mengelakkan untuk severe (pertalian) tersebut...

    sorry for any incnveniences...

    ReplyDelete
  5. Kita lihat kesan tentera pengaman UNMIT di
    Timor Leste, keadaan semakin aman kerana adanya tentera pengaman. Kalau kita lihat ekonomi, sampai bila kita nak kejar Amerika dan Israel. Jangan sampai etnik palestin hilang didunia baru nak bertindak. Memang perlu kita bersaing dengan Amerika tetapi adakah mereka mendengar pendapat kita, adakah mereka mengurangkan tentera dimana-mana tempat pun. kesimpulannya Lu Pikirla Sendiri.

    ReplyDelete
  6. mmm...nampaknya saudara masih tidak dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan.

    jika tindakan ketenteraan lah yang saudara rasakan sebagai penyelesaian terbaik, perlu saudara ingat kembali betapa langkah inilah yang dialu2kan oleh dunia barat sendiri sekarang. cuba saudara renungkan, mengapakah berlakunya penjajahan di bumi palestin, invasion of iraq, konspirasi 9/11, dsb, dalam waktu umat islam berada dalam kesatuan yang paling rapuh dalam sejarahnya? ternyata mereka mahukan sentimen yang membangkitkan kemarahan dunia islam dalam masa yg sama kita berada dalam state yang paling lemah. kita tidak lagi mengungguli mana2 bidang, tak kira samada ekonomi, politik, kesusasteraan, mahpun sains dan teknologi. tetapi semakin teruk penguasaan dunia islam dalam bidang2 tersebut, semakin menjadi2 agenda yang dilakukan. dan apabila kita mengambil langkah ketenteraan dalam masa ini, ia umpama perbuatan suicide. dan agenda mereka untuk wipe out dunia islam akan tercapai in just one full swipe.

    betul, saya tidak sangkalkan betapa pembelaan kepada dunia islam dengan langkah ketenteraan akan memastikan kematian kita berada dalam keadaan syahid. tetapi cuba anda lihat situasi dunia kini. apabila tindakan ketenteraan mahupun perjuangan tanpa panji tentera sekalipun di-initiate oleh warga islam, rata2 mereka akan terus dicop sebagai pengganas. hal ini demikian kerana penguasaan yahudi dan dunia barat dalam bidang media. cuba saudara bayangkan diri sendiri sebagai teraju dalam dunia islam dan, dan saudara mengadakan sidang media untuk perancangan Tentera Pengaman Islam. cuba saudara bayangkan reaksi yang akan diperolehi. orang akan kata, saudara ni cuba buat lawak ke.

    selain itu, cuba kita bayangkan sendiri inventori ketenteraan yang kita possess. rata2 peratusan besarnya bukanlah teknologi kita sendiri, malah untuk persenjataan sekalipun kita perlu resort kepada dunia barat. kenderaan pun banyak second hand. teknologi pun banyak yang resort kepada asas yang direka yahudi sendiri. cuba saudara bayangkan, kita nak berperang ni, tengok senjata kita semuanya mereka yang buat, model lama pulak tu. ini saya ceritakan secara kebudak2kan la, tapi saya rasa cara ini lebih mudah untuk saudara cernakan dan fahamkan.

    dan saya rasakan mungkin ini masa yang sesuai untuk saya terangkan berdasarkan apa yang saudara tulis diatas:

    1. "Contohnya setiap Negara Islam menghantar seramai 300 orang tentera. Kita namakan tentera Islam ini Tentera Pengaman Islam supaya tujuan dan asal penubuhannya tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak dan diambil kesempatan oleh Amerika untuk diharamkan"
    - saya rasa nak tergelak pula bila terbaca perihal tersebut. bukan apa, betapa superioriti dunia barat dan yahudi sendiri dalam bidang media dengan mudahnya membentuk persepsi dunia bahawa perkara sedemikian ditaja keganasan. mereka tak perlu pun bersusah payah nak berlawan dengan kaedah ketenteraan. dan hasilnya, perbuatan yang sia2 yang hanya akan menunjukkan Amerika Syarikat lebih bijak menangani keganasan, tanpa perlu mereka berhabis berbilion untuk kempen ketenteraan. selain itu, jika anda adalah teraju dunia islam, anda akan mendapat soalan cepumas : kenapa anda tidak resort kepada PBB?

    2. "Israel akan mengambil kesempatan apabila presiden Amerika, Obama belum dilantik dan tiada pihak yang berani menentang mereka atau membasmi keganasan mereka terhadap bumi Islam."
    - apakah anda merasakan betapa ia akan merubah polisi yahudi dalam ketenteraan? atau apakah ia cuma sebuah plot yang menjamin perhatian dunia dialihkan dari kekejaman di bumi palestin sebelumnya?

    3. "Setiap Negara Islam mempunyai tentera dan kelengkapan yang canggih dan perlu dipergunakan dalam kes Palestin ini."
    - Israel memiliki kepakaran dalam teknologi persenjataan. self-explanatory.

    4. "Tidak rugi sekiranya kita hantar setiap Negara 300 orang tentera. Contohnya Negara Syria, Jordan, Arab Saudi dan Malaysia..."
    - Kebanyakan negara islam yang mewah akibat kekayaan sumber emas hitam memilih untuk berdiam diri. reason is self-explanatory.

    5. "Tiada pihak berani mempersoalkan atau mencabar kewujudan Tentera Pengaman Islam ini sekiranya pihak Malaysia bertegas melaksanakannya kerana kita pihak berkecuali."
    - perkara ini sahaja telah defeat purpose penubuhan yang saudara cadangkan, kerana kita adalah pihak berkecuali.

    6. "Kalau kita lihat ekonomi, sampai bila kita nak kejar Amerika dan Israel."
    - adalah tidak bertanggungjawab dan menjadi kesalahan yang fatal sekiranya kita sendiri lemah tetapi mahu membela pihak lain. tidak disangkalkan betapa ia adalah tanggungjawab sesama umat. tetapi ia terlalu defeat the purpose of our involvement in the first place.

    saya rasakan bahawa saya dah terlalu banyak tulis dalam kotak ni, maka saya teruskan di petak seterusnya.

    ReplyDelete
  7. saya sebenarnya agak tertarik akan respon dari saudara yang terakhir berbunyi,

    "Kalau kita lihat ekonomi, sampai bila kita nak kejar Amerika dan Israel. Jangan sampai etnik palestin hilang didunia baru nak bertindak. Memang perlu kita bersaing dengan Amerika tetapi adakah mereka mendengar pendapat kita..."

    baiklah saya beri anda soalan. rasa2nya senang nak jawab ni jika saudara paling kurang pun dapat memorise matapelajaran Pendidikan Islam dan Sejarah ketika di sekolah menengah. soalan cepumas ni. "Mengapa Dunia Islam Terdahulu Mampu Mengecapi Kemajuan". bayangkan sebagai golongan minoroti dunia pada masa itu, mereka mampu mengecapi pelbagai keunggulan dalam semua bidang. saudara cuba cari jawapannya.

    ok enough talking about history, kalau asyik terkenang2 saja bila pula kita nak maju ke hadapan kan? tapi kena juga kita memahami sejarah, kerana "who doesnt know histoy are condemned to repeat them" (eh betul ke? lama tak buka buku sejarah sekolah menengah)

    pendek kata dahulunya kita adalah underdog, dan kini kita kembali kepada keadaan underdog juga. kita kena banyak muhasabah diri. sememangnya dah tercatatkan yang tibanya hari dimana umat islam adalah ramai tetapi mereka ini tidak seperti umat islam terdahulu. tapi kita kena betul2 meneliti apakah maksud sebenarnya kejadian itu, dan apakah sebenarnya masalah yang membelenggu umat kita sehingga berlakunya keadaan sedemikian.

    oleh kerana kesedaran tersebut, saya rasakan betapa kita perlu mempertingkatkan diri kita dan sesama umat sebelum kita boleh membela yang lain. apa guna islam jika hanya pada nama. dan kita sememangnya perlu mengejar bidang2 yang kita telah ketinggalan sebelum terlambat.

    mari saya ceritakan mengapa kita perlu bertindak demikian:
    1. untuk memegang kuasa ketenteraan, kita sendiri juga perlu memiliki kuasa ketenteraan yang statusnya diiktiraf dunia. ia sangat paradoxial.
    2. teknologi ketenteraan juga adalah sebahagian dari teknologi. pembangunan teknologi dalam sesebuah negara adalah berkadaran dengan inisiatif negara dalam bidang tersebut, tak kira dari segi dana mahpun intelligence.
    3. kos yang tinggi adalah diperlukan untuk sustain keperluan ketenteraan itu sendiri. hal ini membutuhkan pembangunan ekonomi yang mana kita perlu bersaing dengan pihak yang anda sendiri faham.

    sebab apa semua tu penting? lembing vs pistol, siapa menang? self-explanatory. sebab itu lah saya katakan, jangan sampai usaha yang membuta tuli memberikan hasil yang sia2.

    hal ini tidak bermakna kita perlu tunduk kepada telunjuk dunia barat. sebab itu lah saya katakan sebelumnya betapa saya agak tertarik dengan pendekatan negara Iran. mereka tahu apakah prioriti utama mereka sebelum mereka melakukan apa2 tindakan. mereka juga lantang bersuara dan dalam masa yang sama mereka bekerja keras untuk membentuk imej negara islam yang maju. dengan ini, stigma masyarakat dunia bahawa "islam=keganasan" sudah semakin terhakis, thanks kepada iran. persepsi buruk ini terlalu menebal lebih2 lagi dengan propaganda media ke atas kejadian2 di iraq, namun iran berjaya membuktikan bahawa akal adalah lebih tajam dari senjata.

    mesti saudara pelik kan, mengapa saya kelihatan seperti melalut2 dan lari tajuk. sebab nya adalah mudah saja. dengan kempen propaganda media betapa islam adalah tunjang keganasan, ini akan memberikan simpati kepada masyarakat yahudi yang juga adalah terlalu minoriti di dunia. tambahan pula dengan staging of holocaust hoax pada masa dahulu, ini memberikan advantage kepada mereka, dan memberikan persepsi betapa umat islam lebih berhak dihapuskan, manakala yahudi berhak untuk mendiami tempat yang sepatutnya menjadi 'hak' mereka. disinilah bahayanya permainan persepsi mereka yang menyebabkan anggapan bahawa umat islam layaknya berada di tangga terbawah masyarakat dunia. disinilah iran menggunakan pendekatan yang sangat groundbreaking. instead of menggunakan kaedah ketenteraan, penyelesaian mereka simple je. just tunjukkan bahawa mereka adalah masyarakat yang bertamadun, hal ini akan render argumen media propaganda bahawa "islam adalah keganasan" menjadi tidak releven. apabila ia tidak releven lagi, hal ini akan mengundang kepada masyarakat dunia untuk menoleh dan seterusnya bersimpati kepada dunia islam dan terutamanya kepada mangsa2 peperangan di palestin. lihat, permainan yang sangat halus ditambah pula dengan lantangnya laungan bantahan mereka kepada keganasan yang berlaku, ia adalah satu formula yang agak bijak. hal ini sedikit sebanyak akan menjadikan situasi lebih memihak kepada umat islam dan seterusnya memberikan kesan sedikit sebanyak kepada involvement dunia islam di palestin. inilah antara contoh yang saya katakan yang mampu pave the way untuk membolehkan kita mendapat pengiktirafan, sekiranya saudara kehendaki penubuhan satu badan ketenteraan yang dianggotai negara2 islam, seperti yang saya nyatakan pada respon terawal saya. inilah yang saya maksudkan step by step tu.

    masalahnya sekarang adalah kita sendiri, sebagai umat islam adakah kita rasa bahawa kita telah lngkap menjalankan tanggungjawab dan fardu kifayah kita. kita terlalu bergantung kepada dunia barat dalam mengecapi kemajuan negara terutamanya, maka jangan mimpilah kita boleh berjaya sampai bila2. kita perlu banyak belajar dengan sejarah tamadun islam, dan tidak melampau untuk saya katakan bahawa kita juga perlu belajar dari contoh yang ditunjukkan iran sedikit sebanyak. nyata banyak lagi yang kita serba kekurangan, maka perlulah kita bersiap siaga sebelum kita sendiri menjadi mangsa seterusnya. "lemah" adalah kesalahan terfatal untuk survivaliti sesebuah tamadun, namun kita belum sedar betapa kita tidak mempunyai apa2 yang membuktikan kita ini kuat dalam apa2 bidang pun. maka dunia islam hari ini suffer akan situasi politik yang menggalakkan kerapuhan perpaduan umat, dalam masa yang sama dibelenggui kemiskinan akibat perancangan sistematik yahudi dan dunia barat. terlalu banyak konspirasi yang dirancang yahudi dalam menindas bangsa2 lain terutamanya yang terpaksa bergantung kepada dunia barat (mungkin anda perlu teliti dengan contoh konspirasi oleh Monsanto, sebuah syarikat teknologi pertanian). mungkin sudah tiba masanya untuk umat islam mengambil insiatif untuk memajukan diri, barulah kesatuan umat dapat dicapai secara tidak langung. kuatkan diri dulu baru boleh mimpi nak lawan orang lain. mmm...lama x tangok cerita Rocky.

    jadi apa yang saya maksudkan dari penulisan saya yang panjang2 tu adalah, mmang bagus apa yang saudara fikirkan tu. tetapi pendekatan yang saudara rangkakan tersebut agak kebudak2an. benda kalau nak buat pun kena lah step by step seperti yang saya terangkan dari atas sampai lah ke bawah ni. jangan sampai usaha yang membuta tuli memberikan hasil yang sia2.

    lagi satu, kesimpulan yang saudara tulis pada kotak comment terakhir iaitu "kesimpulannya Lu Pikirla Sendiri." kelihatan agak kebudak2an untuk sesebuah sesi pemikiran. cuma sekadar pendapat saya, mungkin kerana saya ini adalah jenis insan yang terlalu serius dalam sesebuah perkara.

    salah dan silap saya susun sepuluh jari harap diampun.

    ReplyDelete
  8. Saya bukan suruh tindakan ketenteraan sayang oi. sebab tu namanya tentera pengaman Islam, dah nama pun tentera pengaman, menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Palestin. Bukan nak kacau sape-sape, kalau Israel serang pun kene rakyat Malaysia sahaja, sebab rakyat Malaysia ramai lagi kalau tentera pengaman semua rakyat malaysia. The bottom are we sincere enough to save our umat Islam bukan menghentam sesama sendiri di sini dan kritik apa yang perlu buat. macam peribahasa, gajah lawan gajah, kancil mati tengah-tengah.

    ReplyDelete
  9. Saya tertarik dengan pendapat mengenai reason explanatory, bahawa negara Arab yang mewah tidak menolong Palestin dalam apa jua keadaan, apa saudara tidak pernah mendengar perang 6 hari di Sinai diantara negara Mesir dan Israel yang akhirnya dimenangi oleh pihak Mesir. Pepatah melayu ada berkata, kalau nak, seribu daya, kalau taknak seribu dalih. Adalah berdosa jika kita sebagai negara Islam yang mempunyai keupayaan membeli kapal selam dan jet perang dan mempunyai ekonomi kukuh tidak menolong rakyat palestin tanpa sebab yang kukuh. Tentera Pengaman Islam ini hanya perlu berkawal di pintu masuk sebelah sempadan Gaza-Israel di waktu malam seperti pelajar Palestin sendiri buat. Israel ini tidak akan menerima kehadiran wartawan dan wakil perubatan tetapi how about tentera pengaman yang diiktiraf oleh semua negara Islam, eropah dan afrika? Adakah kita hendak tunggu masjid Baitulmaqdis roboh seperti masjid Babri dibakar oleh penganut hindu baru kita hendak bertindak atau hanya melakukan resolusi oleh PBB yang kebanyakkannya berlaku selepas kejadian-kejadian itu. Tentera Pengaman ini hadir bukan menyerang tetapi menjaga harta benda dan keamanan negara Palestin jadi ianya wajib diiktiraf oleh semua negara Islam dahulu untuk menggantikan tentera UN atau NATO yang tidak bertindak apa-apa

    ReplyDelete

Pages