HIT COUNTER

Wednesday, February 18, 2009

Ucapan Merdeka Cikgu Izwan

Dewasa ini, kita lihat ramai remaja kita semakin buta sejarah. Ini menunjukkan betapa kita ketandusan bakal pengganti pemimpin yang akan datang. Kemerdekaan kita semakin tidak dihargai. Kita menjadi semakin lupa daratan sedangkan negara kita telah merdeka setengah abad. Oleh itu marilah kita singkap sejarah yang telah lama dilupai oleh bangsa kita sendiri. Negara kita bernama Malaysia bermula dengan seorang tokoh bernama Alahhyarham Tuanku Abdul Rahman. Beliaulah bapa kemerdekaan dan beliaulah yang bersusah payah menyatukan Tanah Malaya pada waktu itu dengan Sabah dan Sarawak. Tanpa beliau siapalah kita, tanpa subjek sejarah siapalah kita. Anak bangsa seharusnya mengenali beliau kerana tanpa beliau kita mungkin terus dijajah. Tanggal 31 Ogos 1957 wajib diingati dan dijadikan petunjuk aras bangsa kita bebas. Walaupun sudah merdeka, pemikiran kita tidak harus dijajah kerana bangsa penjajah terkini adalah barat. Mereka pandai menguasai ekonomi dunia, maka negara kita mestilah kuat dari segi ekonomi. Pembangunan holistik adalah matlamat yang kudus kerana melibatkan pembangunan modal insan. Inilah makna kemerdekaan sebenar kerana kemerdekaan itu perlu 100% bukan peniruan barat dan timur sahaja. Justeru saya sebagai pelajar, kita harus berbangga kita adalah rakyat Malaysia. Dan kita tidak harus lupa tanggal 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam potret sejarah Malaysia. Dari peristiwa ini terhasilnya Rukun Negara kerana pada waktu itu perpaduan kita semakin longgar. Tanpa rukun negara, mungkin ramai antara kita mungkin tidak hidup pun pada hari ini. Sejarah berdarah tersebut jangan sesekali kita lupa kerana sejarah mengajar kita tentang pentingnya perpaduan. Jangan kejar ekonomi, sejarah dilupai. Jangan yang dikejar, tertinggal, yang dikendong berciciran. Jangan ingin maju, maruah dilupai. Sifat patriotisme haruslah dipupuk sedari tadika.

No comments:

Post a Comment

Pages