HIT COUNTER

Wednesday, February 18, 2009

Jaga SENSITIVITI agama dan kaum lain

Jangan cabar institusi agama Islam di Malaysia kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dan kurang menyenangkan. Cubaan pihak Katolik Kristian menghasilkan surat khabar berbahasa Melayu Kristian di Sabah dan Sarawak adalah amat kurang ajar dan tidak kena pada tempatnya kerana Malaysia adalah negara Islam dan agama rasminya adalah Islam, maka apakah perlunya sebuah suratkhabar berbentuk keagamaan begitu? Adakah mereka ketandusan idea untuk menarik perhatian pembeli suratkhabar atau ada udang disebalik batu? Apakah mereka cuba menjadi pelopor dalam menghancurkan agama Islam di Negara Islam? Negara kita adalah negara majmuk bukan negara kristian sampai begitu perlukan sebuah suratkhabar begitu rupa. Perkataan dalam kitab Bible tidak perlulah dimelayukan dalam suratkhabar kerana majoriti rakyat di Malaysia adalah Islam bukan dinegeri Sabah sahaja yang akan membaca suratkhabar kerana seluruh rakyat Malaysia akan membaca setiap bait-bait ayat yang cuba menghasilkan propaganda sedemikian rupa. Mengapa mereka tega juga cuba menarik kes ini ke mahkamah dan cuba melawan Perdana Menteri kita? Kerana mereka sanggup melawan agama Islam di Malaysia yang tercinta ini. Apakah mereka tidak faham bahawa bahasa Inggeris atau mereka kurang pendidikan. Isu ini adalah sensitif dan kerajaan mesti tegas menghapuskan pihak media sebegini kerana mereka ini mempunyai agenda mereka tersendiri bukan kerana kepentingan rakyat tetapi kepentingan duit dan agama. Mereka perlu dipenjara dan diberi pengajaran bahawa negara ini adalah negara Islam. Sudah tiba masanya akta perpaduan kaum diwujudkan dan wujudnya undang-undang ini akan membuatkan mereka faham bahawa kita bukan saja menjaga perpaduan kaum di negara ini tetapi juga menjaga hati dan perasaan orang Islam di negara ini. Fakta-fakta perlu diberi kepada mereka ini supaya mereka faham dan mendalami betapa negara ini bertiangkan agama Islam dan subur dengan demokrasi dengan membenarkan agama-agama lain dipeluk juga tetapi jangan sampai mencabar ia kerana satu hari nanti tidak mustahil negara ini akan hancur kerana kepentingan pihak tertentu dan tidak mustahil 13 Mei akan berulang tetapi bukan kerana perkauman tetapi kerana keagamaan. Jangan kejar materialistik kerana agama adalah perkara pokok dalam semua hal.

4 comments:

  1. mmm...syukur kerana ia berjaya dikekang daripada berlaku.

    tapi sebenarnya ada logik lain disebalik penarikbalikan untuk penerbitan material tersebut dalam bahasa malaysia. antaranya adalah garis perundangan yang telah ditetapan dalam perlembagaan malaysia (agama Islam sebagai agama rasmi dan bekenaan penyebaran agama, Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, maka jika alasan untuk penggunaan Bahasa Malaysia untuk penerbitan tersebut adalah tidak diterimapakai sama sekali). sebab lainnya adalah kebanyakan masyarakat di Malaysia Timur masih mengekalkan penggunaan bahasa/dialek etnik (sebab tu ada bible dalam bahasa iban, dll) maka argumen mereka bahawa penggunaan Bahasa Malaysia untuk mereka reach out golongan beragama kristian di Malaysia Timur adalah tidak releven.

    walau apapun, jangan sangkutkan tentang 13 Mei dalam isu ni. there is an untold story of 13 Mei, mungkin saudara juga sudah sedia maklum apakah sebenarnya cerita yang saya maksudkan.

    and another thing, penulisan anda berkenaan isu ini kelihatan berteraskan emosi semata2 (kelihatan, tak semestinya bermaksud sedemikian). ingat, kita sebagai masyarakat beragama Islam janganlah mudah sangat diprovokasi. but that doesnt mean yang kita ni duduk diam berpeluk tubuh. kan lebih baik kita terus proceed melalui lunas undang2. orang lawan melalui jalan perundangan, kita pertahankan dengan kaedah perundangan jugak la. di sini kita boleh nampak betapa kita perlu sentiasa mempertingkatkan ilmu dari apa2 bidang pun, tak kiralah teknologi, seni, mahupun perundangan. jika ilmu penuh didada, maka kita tidak lagi menjadi golongan yang terlalu mudah terprovokasi. maaf lah kalau saya katakan, bila ada isu itu kita (lebih2 lagi melayu) cepat melatah, beberapa bulan lain pulak ada timbul isu sensitif lain terus terprovokasi lagi. see what i mean there? orang akan nampak imej masyarakat kita yang beragama Islam sebagai terlalu mudah terprovokasi dan golongan yang suka merusuh. please, think and act smart! orang sentiasa tengok apa yang kita buat. jangan jadi mangsa persepsi!

    hanya pendapat saya.

    ReplyDelete
  2. Kita jadi orang kena pertahankan agama kita, itu dinamakan jihad, takkan nak dok diam dan jangan cakap apa2, kerana jihad melalui blog pun boleh mempengaruhi orang, bukan mengkritik je tau, tapi agama kita tergadai.

    ReplyDelete
  3. memang betul kita wajib mempertahankan pegangan agama kita, tetapi saudara harus ingat betapa selalunya sesetengah isu itu disensasikan oleh kerana ada agenda disebaliknya. ok mari kita fikir secara logik situasinya. kes seperti ini hanya dipertimbangkan di mahkamah TANPA perlu ada intervention luar melainkan jika hasil yang dikemukakan adalah bertentangan dengan polisi yang ada dalam perlembagaan. tetapi cuba kita lihat, ada pihak yang cuba sensationalise kan isu ini semasa kes masih proceed sebelum ini didalam usaha mereka mengembangkan masyarakat sympathiser kepada yang mengemukakan cadangan tersebut. jadi mereka menggunakan media untuk menghasilkan public image betapa perlakuan tersebut adalah harmless. dalam masa yang sama, ia akan attract golongan fanatik (tak salah sebenarnya menjadi fanatik, tapi ada implikasinya) yang akan melakukan tindakan yang menyebabkan masyarakat Islam kelihatan tidak terbuka dan terlalu ekstrimis (ditambah dengan media semasa yang tidak berapa mendokong agama Islam dewasa ini). dan hasilnya, voila, satu formula yang lengkap untuk dijadikan perlambangan sosial bahawa perkara yang dibangkitkan sepatutnya dipertimbangkan dalam perundangan dan perlembagaan.

    bagi saya, sesuatu perkara takkan berlaku kalau hanya bertepuk sebelah tangan. untuk memastikan keterlibatan pihak yang satu lagi (yakni masyarakat beragama Islam) mereka menggunakan peranan media untuk mensensasikan isu tersebut supaya kita kene drag sekali kedalam isu tersebut. boom, jadi lah bertepuk dua2 tangan. mereka tahu bahawa masyarakat kita akan memberikan reaksi sedemikian kerana dari sejarahnya masyarakat Melayu lebih2 lagi (yang merupakan majoriti penganut agama Islam di negara kita) telah terbukti terlalu mudah terprovokasi dari zaman dulu lagi. jadi salah kita juga yang memberi jalan. umpama kalau main bola, kita yang bagi mereka sepakan percuma.

    sebab tu lah saya katakan, orang lawan guna kaedah perundangan, kita lawan dan pertahankan dengan kaedah perundangan juga. jangan guna emosi, kerana itulah yang mereka kehendaki. kalau nak mengharapkan media malaysia pula, cukuplah, mereka dah lama tergelincir (tengok sahaja Buletin Utama TV3 pada waktu isu berbangkit menjadi perhatian, dan lihat maklumbalas yang mereka paparkan dari temuramah dengan awam).

    jadi ramai2kanlah warga Islam dalam frontier perundangan kita. itu adalah cara yang proper untuk mejaga kemaslahatan umat dinegara kita. bukan itu sahaja, kita juga perlu menjaga imej agama yang kita pegangi ini. ni tak, kalau kes jenayah je, batang hidung kita juga yang kena. kalau maksiat je, batang hidung kita lagi yang kena. tapi bila ada isu yang disensasikan macam ni, ramai pula yang tampil kehadapan. dimanakah mereka2 ini dalam membentuk imej yang baik kepada masyarakat kita? disinilah pihak yang tidak bertanggungjawab terlihat loophole dan mengeksploitasikannya to the most extent possible.

    jangan mudah menjadi mangsa persepsi. think and act smart. dan percayalah, apa yang anda lihat ini hanyalah permulaan, and at this rate saya percaya yang keadaan semakin kurang memihak kepada masyarakat kita. there's more yet to come.

    walau apapun, yang salah tetap salah. mereka ini tetap salah kerana membangkitkan isu sedemikian. tapi ingat, kita bukanlah hakim, hatta juri pun bukan. tapi ini tidak bermakna kita perlu melupakan tanggungjawab kita kepada agama.

    harap saudara tidak salah faham akan maksud saya. saya cuma maksudkan yang mentaliti masyarakat majoriti di negara kita yang rata2 beragama islam kebanyakannya terlalu vulnerable. mereka terlalu mudah dimain propaganda. mereka selalu tewas dalam gelombang kedua propaganda (gelombang pertama adalah apabila kes dibawa ke perundangan / peringkat cadangan, gelombang kedua pula adalah social engineering, di mana isu yang disensasikan dimainkan media). semoga golongan kita ini juga berhati2 dalam isu2 sensitif, bak kata pepatah, bagai menarik rambut dalam tepung.

    ReplyDelete
  4. Masalah ini jelas. Bukan masalah remeh-temeh. Kalau anda ragu-ragu dengan kepercayaan dan persepsi sendiri mengenai agama anda, sila rujuk dengan pihak JAKIM atau Majlis Fatwa Kebangsaan.

    ReplyDelete

Pages