HIT COUNTER

Wednesday, February 18, 2009

Pelajar SBP tidak cemerlang perlu disingkir

Selepas pelajar mengambil UPSR dan mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 4A dan 5A, mereka ditawarkan ke sekolah menengah berasrama penuh. Tetapi selalunya pemilihan adalah secara rawak malah menggunakan sistem komputer dan kadang-kadang menggunakan kuasa kroni. Selepas dibuat kajian mereka ini ada yang tercicir keputusannya dalam PMR malah ada mengalami perubahan akhlak yang mendadak. Keputusan PMR yang bukan cemerlang iaitu 2A atau 3A ini perlu diberi perhatian bahawa pelajar ini perlu ditukarkan ke sekolah biasa dan pelajar yang cemerlang di sekolah harian dimasukkan ke sekolah berasrama penuh. Perlu berlaku pertukaran ini kerana banyak kes-kes buli, kerosakan akhlak dan displin di sekolah berasrama penuh berlaku juga. Sekiranya keputusan yang tidak cemerlang ini diambilkira, memang mereka yang keputusan ini tidak layak memasuki sekolah berasrama penuh kerana kriteria pelajar yang cemerlang adalah 8A1 atau sekurang-kurangnya mempunyai sahsiah yang baik dan keputusannya adalah 7A1 dan 1A2. 

 

  Kaedah pertukaran ini adalah penting supaya kita tidak menyekat kecemerlangan pelajar di sekolah harian sekiranya mereka ingin belajar di sekolah berasrama penuh yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang sesuai untuk pelajar yang cemerlang dan menyediakan guru yang berkualiti dan berijazah. Kajian perlu dilakukan kepada sahsiah dan kecemerlangan pelajar-pelajar SBP sekarang kerana banyak berlaku kes-kes buli, displin dan gejala sosial yang semakin meningkat di kalangan mereka. Justeru itu, sekiranya impak kehadiran mereka di SBP adalah negatif maka tindakan yang sesuai bukan hanya memberi nasihat atau pujukan tetapi menukarkan mereka terus ke sekolah harian biasa kerana pelajar yang cemerlang sahaja perlu berada di SBP bukan pelajar yang kurang sahsiah dan kurang cemerlang. Kita perlu meniru sistem pendidikan di MRSM kerana penilaian pelajar adalah pada permulaan peperiksaan yang pertama iaitu penilaian satu lagi. Kecemerlangan 100% adalah keputusan semua A dalam SPM dan PMR dan mempunyai sahsiah yang melambangkan pelajar SBP yang sebenar serta aktif dalam kokurikulum. Perkara ini perlu diambilkira oleh Menteri Pelajaran kerana sebelum merebak perkara-perkara displin negatif ini merebak dan mengganggu keputusan pelajaran bagi pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Saya sebagai guru di SBP berpendapat bahawa keputusan berorientasikan peperiksaan ini perlulah cemerlang 100% daripada segi sahsiah dan kokurikulum juga, maka kepandaian seseorang bukan lambang bahawa mereka cemerlang sahsiah dan akhlaknya. 

 

  PELAJAR yang diterima masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) adalah mereka yang memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada hakikatnya tidak semua pelajar ini yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Begitu juga, peratusan pelajar yang mendapat 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga adalah kecil. Ertinya, tidak semua pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah dapat mengekalkan kecemerlangan mereka di sekolah menengah.

Sebahagiannya berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang berasa selesa kerana mereka tahu yang mereka tidak akan disingkirkan dari SBP walaupun tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Pada hari ini, ada pelajar yang memperoleh kurang 4A dalam peperiksaan PMR masih boleh meneruskan persekolahan di SBP. Mereka ini akan terus kekal di SBP yang sama sehingga tamat Tingkatan Lima dan selalunya pelajar ini juga yang akan mencatatkan keputusan yang tidak memberangsangkan dalam SPM nanti. 

 

 

 

  Selalunya pelajar lemah ini akan hilang fokus kepada pembelajaran mereka dan akan terbabit dalam gejala salah laku disiplin di sekolah. Jadi dengan cara ini diharapkan masalah disiplin di SBP dapat dikurangkan kerana hanya mereka yang berminat mengikuti program yang ditetapkan berada di SBP.

  Ibu bapa pelajar juga akan lebih sensitif dengan keadaan ini dengan memberi perhatian serius kepada prestasi akademik anak-anak mereka. Jadi mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan pihak sekolah jika masalah yang timbul pada anak mereka.

  Pihak sekolah pula akan mengekalkan usaha mereka bagi memastikan tiada pelajar mereka yang disingkirkan dari sistem SBP demi menjaga nama baik sekolah.

  Kita boleh menjadikan keputusan PMR pelajar sebagai penanda aras bagi menentukan kelayakan seseorang pelajar itu boleh kekal atau tidak di SBP. Contohnya pelajar mesti memperoleh keputusan sekurang-kurang 6A termasuk mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dalam PMR mereka. 

  Keputusan UPSR bukan segalanya kerana remaja ini mudah berubah menjadi seseorang yang lain apabila mereka meningkat dewasa, maka penilaian yang sesuai adalah penilaian berterusan dan dari masa ke masa penilaian itu berlaku kerana pemantauan itu lebih telus dan bukan hanya memberi nasihat selepas peperiksaan sahaja kerana pelajar ini akan keras kepala dan menjadi angkuh.. Kekuatan modal insan bermula di SBP dan perlu diambil model kepada seluruh sistem pendidikan Malaysia. Maka kesempurnaan akhlak dan pelajaran adalah penting. Mereka mungkin heranggapan sistem pendidikan di SBP adalah longgar tetapi dari kacamata saya, perlu ada tindakan yang konkrit yang mengubah dasar SBP yang hanya mengambil keputisan UPSR sahaja sebagai kriteria pemilihan seumur hidup mereka. Jadi apaguna kita membuat peperiksaan PMR, penilaian satu, pertengahan tahun, penilaian 2 dan peperiksaan tahun sebelum SPM sebenar. Maka wujud perbezaan ketara antara pelajar berusaha gigih dan pelajar yang malas. Kita perlu tunjukkan kepada dunia, kita benar-benar melahirkan modal insan yang benar tulen kesahsiahnya, keputusan peperiksaan cemerlang dan aktif dalam kokurikulm bukan berubah sekelip mata apabila memasuki SBP seperti kacang lupakan kulit.

2 comments:

  1. kesiannye kpd bdk2 sbp yg kena keluar

    hehe laen kali jgn byk maen

    dn tahniah kpd mereka yg b'jaya

    ReplyDelete
  2. Dh 2020 tp skolh msih berorientasikn A?
    Hak & bakat para pljr dinafikn, hnya krn ada pihak yg ingin mjaga nma skolh? Shame of u..

    ReplyDelete

Pages