HIT COUNTER

Tuesday, February 23, 2010

Bubarkan Persatuan Badminton Malaysia

Inilah langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya kita hendak melihat pemain kita Berjaya menjulang semula Piala Thomas yang diidamkan. Telah lama kita menunggu saat-saat itu sedangkan pemain-pemain kita mampu mencapai Piala tersebut tetapi BAM buat tak kisah atau acuh tak acuh sahaja. Memang berpatutanlah beregu kita Koo Kien Kiat dan Tan Boo Heong tidak serius bermain mewakili Malaysia kerana hutang gaji mereka atau hadiah kemenangan mereka tidak pernah dibayar atau ditelan oleh pegawai BAM sendiri untuk tujuan kepentingan sendiri. BAM sanggup memperjudikan maruah Negara kerana tidak membayar wang kemenangan pemain kerana mereka merasakan mereka tidak akan disentuh oleh sesiapa tetapi luahan oleh jurulatih Rashid Sidek menunjukkan jelas bahawa mereka tidak mengambil berat mengenai pemain apatah lagi mengenai jurulatih. Apa yang penting apabila kalah, pegawai BAM akan mencuci tangan dengan menunding jari kepada para jurulatih sedangkan merekalah yang perlu dipersalahkan kerana mereka yang menjaga kebajikan pemain dan jurulatih. Kita melihat betapa tidak gembira regu kita bermain di gelanggang kerana poket di saku kering dan tidak mampu membayar hutang sendiri. Inilah masalah sukan sebenar di Malaysia. Orang atasan terus kekenyangan dengan wang kemenangan, tetapi kuli bawahan atau pemain sebenar dibiarkan terkontang-kanting. Nasib baik Nicol David Berjaya mencapai kemenangan dia sendiri tanpa mengharapkan sesiapa walaupun SRAM Berjaya mencungkil bakatnya, tetapi apabila melibatkan sukan berkumpulan ianya amat sukar diuruskan dengan baik atau menjaga imej masing-masing dengan mengambil berat mengenai kebajikan jurulatih dan pemain. Keseluruhan sukan akan terganggu sistemnya kerana pengurusan atasan mengelak dan mencampuri urusan gaji atau wang kemenangan pemain. Itulah kadang-kadang nilai neutral sukan atau ketelusan tidak boleh dicampuri dengan politik atau korporat kerana ianya merupakan dua bidang-bidang yang berlainan. Orang lain berjuang sampai ke titisan darah terakhir di gelanggang, mengeluarkan peluh dan mengeluarkan duit sendiri, tetapi ada golongan yang hanya tahu mahu kemenangan sekerap yang mungkin. Kita lihat tenaga Lee Chong Wei diperah sehabis yang mungkin kerana inginkan kemenangan demi kemenangan yang hendak dipaparkan tetapi rakyat kita hanya inginkan Piala Thomas kerana prestij piala tersebut mengatasi segala-galanya kerana skuad bolasepak kita belum mampu menggapai Piala Dunia. Ketajaman pemikiran dan kematangan sahajalah mengatasi masalah ini. Kita jangan lantik orang dari golongan korporat atau politik untuk menjawat jawatan presiden atau pengerusi tetapi lantiklah golongan berpengalaman dalam sukan sahaja. Contoh, kita boleh mengganti pengerusi BAM sekarang dengan Wong Peng Soon atau pemain terkenal Korea, Park Joo Bung kerana mereka lebih menguasai bidang ini dan tahu dari A sampai ke Z apa yang berlaku apabila pasukan kita kalah bukan hanya bertepuk tangan di atas rostrum atau muncul menemani Perdana Menteri kita setelah pemain kita menang sahaja. Cadangan membubarkan BAM sudah sampai masanya kerana sebelum masalah melarat atau tindakan memecat jurulatih sekarang kerana kalah dalam piala Thomas, kerana kita tidak mahu dipandang hina kerana pengurusan atasan yang tahu hanya member i alasan sahaja. Umpama politik sekiranya pemimpin didapati masalah rasuah, maka perlu disingkirkan sebelum pemimpin tersebut menjadi duri dalam daging atau menghancurkan Negara. Nilai kemenangan wang pertandingan atau wang rasuah adalah sementara atau hanya dikejari duniawi sahaja, tetapi maruah Negara atau ekonomi dan pelancongan Negara adalah penting untuk selama-lamanya. Ingatlah setiap apa yang anda ambil dari hak orang lain akan dikira oleh Allah, maka tanggung sendiri sekiranya balasan Allah adalah ‘cash’.......

Thursday, February 4, 2010

Chelsea will buy the cup

Money cannot buy the EPL cup but honesty......

Roman Abramovich will authorise a £200 million summer transfer extravaganza to land the world's best young talent to refresh an aging squad.

Franck Ribery trains in the snow with Bayern

Franck Ribery and Sergio Aguero have long been Abramovich targets, and will be easier to prise from their respective clubs Bayern Munich and Atletico Madrid after the World Cup finals.

Each player will cost £50 million in transfer fees, and a further £50 million for five-year contracts which will include big bonuses for success. The Chelsea owner will be happy with one or either, or indeed both of them.

Abramovich will be in South Africa for the World Cup to see if any new young talent emerges, and he will have his cheque book poised.

The club have one of the oldest average ages in the Premier League, perhaps even the oldest at times, and it is testimony to Carlo Ancelotti that his team are lasting the course much better than some thought possible.

Deals, though, will be put in place now that Chelsea's transfer ban has been lifted by the Court of Arbitration for Sport.

The club have been cleared of any wrongdoing regarding the transfer of teenage Frenchman Gael Kakuta from Ligue 1 club Lens in July 2007, and there were fears that, although it was suspended for the January transfer window, the club would have a fight to be free for summer transactions.

Ancelotti convinced Abramovich that to bring in players in January might destabilise the squad rather than enhance it and that he could cope with losing four key players for the African Nations Cup, and he was proved right by winning all five games.

The Italian coach believes it is best to have the big name new recruits for a full pre-season to help them settle in. Aguero is the son-in-law of Argentine manager Diego Maradona, and Chelsea have been chasing him for nearly a year.

Ancelotti was impressed when he scored twice against Chelsea in the Champions League.

Ribery is another Chelsea target, but has often made it clear that Real Madrid is his first choice destination, but Chelsea are prepared to match the Spanish giants and even better any salary.

The Frenchman has only one year left on his Bayern contract, and although the German club are still pushing him for a new deal, if he fails to sign by the summer, then they will be forced to sell to the highest bidder, and that leaves just two, Real and Chelsea.

Chelsea have made little impact in the transfer market, but with Manchester City ready to bid big for anyone Chelsea might be keen on - and even some out of their range such as Fernando Torres - the west London club need their benefactor to make the biggest splash in the market since the very first day he arrived at the Bridge.

Pages