HIT COUNTER

Monday, August 31, 2009

Kerajaan Malaysia, kerajaan hari raya?

Laporan Harian Kosmo
PETALING JAYA - Minyak petrol RON95 menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama mulai hari ini di semua 3, 500 stesen minyak di seluruh negara dengan harga jualan RM1.80 seliter iaitu menyamai harga asal RON97 yang kini menjadi produk premium.
Walaupun harga RON95 naik lima sen berbanding RM1.75 seliter sewaktu diperkenalkan di beberapa stesen minyak di Lembah Klang pada 12 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya menjelaskan, harga minyak yang menjadi bahan bakar utama sebanyak RM1.80 sen tidak berubah.
Beliau memberitahu, RON95 menggantikan RON97 yang sebelum ini dijual pada harga yang sama. RON97 pula mulai hari ini dinaik taraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, naik 25 sen daripada semalam manakala RON92 dihentikan pengeluarannya.
"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan saiz pasarannya cuma lima peratus,'' katanya semasa berucap melancarkan RON95 di sini semalam.

Adakah rakyat Malaysia kini semakin kepanasan? Apabila tiba musim perayaan, harga minyak akan dinaikkan serta-merta. Tidak boleh tunggukah selepas musim perayaan akan baru dinaikkan harga minyak? Memanglah harga minyak naik sebanyak RM0.05 sen dan RM0.25 sen sahaja tetapi macamana kalau kita isi RM100, 5 sen tersebut akan menjadi bebanan kerana bilangan liter minyak akan berkurangan…, apa rasional minyak dinaikkan harga? Apa bukti harga minyak dinaikkan? Apa jadi dengan pasaran Amerika?

Kalau harga RON95 dinaikkan, RON97 pun dinaikkan 25 sen. Ini baru harga minyak. Harga tiket bas pun dinaikkan surcajnya dua kali ganda 30 peratus. Setiap kali perayaan harga naik dan terus kekal selepas perayaan. Adakah kerajaan tunduk kepada kehendak pasaran atau kehendak pengguna atau kehendak pengusaha???

Adakah kerajaan kini tiada duit atau kehabisan wang? Memanglah dunia mengalami kemelesetan ekonomi… tetapi itu bukan sebab segala kenaikan harga minyak dan tiket bas kerana ini termasuk kali kedua harganya dinaikkan berturut-turut. Adakah kerana musim perayaan? Ini membebankan rakyat kerana rakyat akan sentiasa bergerak semasa perayaan menggunakan pengangkutan? Adakah slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ diamalkan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam atau untuk menarik perhatian pengundi bila semasa pilihanraya menjelang tiba sahaja? Jangan sampai rakyat semakin kehilangan kepercayaan kepada kerajaan kerana kerajaan hari ini tunduk kepada kehendak sebilangan orang dan mengorbankan keperluan penting rakyat seluruhnya?

Memang perlu kerajaan berkompromi dengan pengusaha dan menggantikan harga minyak dan tiket bas, kerana bila musim perayaan sahaja dua benda penting ini akan dinaikkan mendadak. Dan ini menjadikan rakyat melihat kerajaan adalah kejam kerana bila tiba musim perayaan sahaja semua harga barangan tersebut dinaikkan. Adakah kerajaan kini hanya pandai berkata-kata sahaja tanpa melaksanakannya.

Pages