HIT COUNTER

Friday, May 28, 2010

Jualan Booth Cikgu Izwan Sempena Jubli Perak SEMESTI


ROTI JOHN = RM2 SEUNIT

Tuesday, May 18, 2010

Meningkatkan patriotisme rakyat Malaysia

Sudah tiba masanya gerakan kesedaran patriotik di antara Malaysia wajib dilaksanakan. Antara langkah-langkah mengesan nilai patriotik adalah
A. Pungutan suara – tak kiralah kaedah SMS, undian atau membuat kajian menyeluruh
Khas untuk rakyat Malaysia, penyertaan kaum bukan bumiputra termasuklah cina dan india
dalam perjawatan awam atau bekerja dalam kerajaan teramatlah kurang kerana faktor gaji. Oleh itu, amatlah diharapkan kerajaan dapat meningkatkan gaji penjawat awam yang lebih
kompetetif atau dalam arti kata lain, mengikut gaji di luar Negara. Contoh seorang guru di
Australia adalah RM3000 yang baru bermula tetapi di Malaysia hanya RM2000. Apa beza seribu ini? Inilah beza nilai patriotik kerana rakyat kita akan mula membandingkan gaji kita dengan Negara luar, kerana faktor taraf hidup yang semakin meningkat. Harga barang pun meningkat sepanjang masa termasuklah minyak tetapi gaji tetap di takuk lama. Kalau ada pun janji, hanya kerana meningkatkan prestasi sekolah. Kita tidak mahu kekurangan guru tetapi dalam masa yang sama kita mengurangkan daya tarikan bekerja sebagai penjawat awam dengan mengekalkan nilai gajinya. Kita tengok dengan kes gaji pegawai polis. Baru 20 tahun baru nak naikkan gaji. Kenapa begitu lama baru nak naikkan? Kerana kita kekurangan nilai patriotik. Kerana apa? Kerana melalui jawatan seperti polis, guru, bomba dan askar inilah kita dapat melahirkan rakyat yang lebih cintakan Negara Malaysia ini. Kita taknak remaja kita tidak terlibat dalam gejala sosial tetapi kenapa kita kekurangan guru lelaki di sekolah dan guru displin? Kerana faktor gaji. Kita bukan mempunyai rakyat Malaysia yang memilih kerja. Tetapi kerja yang memilih rakyat kita, atau lebih sesuai majikan yang memilih pekerja bukan pekerja memilih majikan. Gaji pula ditentukan sesuka hati oleh majikan kita dan contoh yang terbaik adalah kerajaan kita sebagai majikan dan penjawat awam ini adalah pekerja. Bayangkan seorang guru cina sanggup bersara awal untuk mengajar TESL di Australia kerana beliau berpendapat pendapatan di Australia adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. Bukan kita nak mempersoalkan nilai patriotik beliau tetapi kita mempersoalkan nilai patriotik kerajaan itu sendiri? Di mana letak statistik atau kajian yang beribu-ribu kalau akal dan logik tidak digunakan? Kita taknak kes AminulRasyid berulang-ulang. Kes polis menembak remaja tanpa membuat siasat lebih lanjut. Kita kena kaji apa masalah kedua-dua dan aspek menyeluruh. Membawa kereta tanpa lesen adalah masalah sosial dan menembak tanpa siasat adalah masalah etika polis. Tetapi siapa tahu masalah ekonomi adalah segala-galanya? Gaji adalah penting dalam menentukan nilai patriotik sesebuah Negara kerana masalah keluarga, masalah makanan, masalah bersosial, masalah peribadi dan masalah lain-lain. Kita nak sekat atau membuang terus masalah ini sebelum melarat.

Aspek patriotik juga boleh dikaji melalui pendidikan. Kenapa subjek sejarah atau kita tukar namanya kepada sejarah Malaysia tidak di ajar di sekolah rendah lagi? Kerana sistem kita yang berorientasikan peperiksaan 100% lagi. Kenapa kita tidak bertanyakan anak-anak murid kita di sekolah rendah siapa bapa kemerdekaan Malaysia? Berapa peratus yang boleh menjawab? Berapa peratus yang tidak boleh menjawab? Bukan tak tahu, tetapi tiada siapa yang ada buat kajian mengenai persoalan ini termasuklah pakar-pakar sejarah kita. Sejarah Malaysia kalau diajar secara mudah atau lebih menarik menggunakan video akan menyebabkan anak-anak kita akan lebih tahu mengenai sejarah Negara kita berbanding pengaruh lagu-lagu barat di televisyen atau rancangan berorientasikan realiti yang semakin menular dan membarah kini. Kita bukan meninggalkan aspek sains atau teknologi tetapi kita taknak anak-anak kita lupa akan asal usul mereka apabila mereka melanjutkan pelajaran di luar Negara dan menjadi rakyat Negara lain dengan menukar kerakyatan suatu hari nanti. Sejarah bukanlah subjek yang sukar diajar tetapi amatlah mudah di ajar malah lebih menarik perhatian kerana menyerlahkan semangat kebangsaan kita iaitu 1Malaysia. Sistem sekolah rendah kita bernama kebangsaan tetapi sayang subjek sejarah tidak disertakan sekali. Kenapa ini berlaku? Kerana dulu sekolah kita berasaskan kepada sifat vernakular atau berkiblatkan kepada Negara British tetapi sekarang kita hendak melahirkan rakyat yang beridentiti dan berintegriti mengikut acuan kita sendiri, maka kenalah ubah sistem pendidikan kita sedikit atau menambah apa-apa yang kita rasa bersesuaian dengan kehendak patriotik atau kita nak merencanakan pepatah ini, ‘melentur buluh biarlah dari rebung’. Anak-anak sekarang memang ‘advance’ dari segi teknologi dan sosial tetapi dari segi sejarah, apa yang mereka ada. Kita taknak kesilapan dulu berulang tetapi kita nak maju dengan bangsa yang mengenal siapa yang melahirkan dulu supaya tidak ramai tanggang yang dilahirkan sedari awal sekolah rendah lagi.

Wednesday, May 12, 2010

Jangan salahkan pihak PDRM sahaja, cermin diri dulu

Jangan mencari salah pihak polis sahaja, tetapi anda tidak mematuhi peraturan, maka yang salah andalah sendiri kerana anda telah menyalahgunakan peraturan. Apa yang anda lakukan, anda kena tanggung sendiri kerana itu perbuatan anda sendiri. pihak polis hanya menjalankan tanggungjawab sahaja. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang tidak mempunyai ego yang tinggi tetapi bertolak ansur dalam apa jua keadaan.

SHAH ALAM 12 Mei - Individu yang membenarkan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, memandu kereta ketika kejadian pada 26 April lalu sepatutnya memohon maaf dan bukannya pihak polis, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, ini kerana, individu tersebut pasti tahu Allahyarham tidak memiliki lesen memandu dan dia tidak sepatutnya dibiarkan memandu kenderaan.

Sehubungan itu, tegas beliau, tidak wajar pihaknya yang hanya menjalankan tugas ketika kejadian disuruh meminta maaf atas apa yang berlaku sedangkan kes ini telah pun dibawa ke mahkamah.

"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian, anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas.

"Mujurlah tidak ada orang awam yang cedera atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada polis ketika kejadian," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan keluarga Aminulrasyid yang mendesak pihak polis memohon maaf di atas kematian arwah akibat terkena tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lalu.

Khalid kesal kerana ada pihak tertentu yang cuba menghasut masyarakat terutamanya remaja untuk membenci dan menyalahkan pihak polis berhubung kejadian itu.

Sepatutnya ujar beliau, mereka perlu menasihatkan masyarakat dan remaja supaya mematuhi undang-undang dan menghormati tugas polis.

Dalam perkembangan yang sama, kata beliau, pihaknya juga ingin menafikan pernah mengatakan arwah Aminulrasyid sebagai penjenayah.

Beliau menjelaskan, pegawainya hanya mengatakan yang pihak polis bertindak kerana mengesyaki orang yang berada di dalam kereta ketika kejadian ialah penjenayah memandangkan cara kenderaan itu dipandu menyerupai penjenayah.

"Cuba anda bayangkan, situasi apabila penjenayah dibiarkan lari dan polis tidak ambil tindakan, pasti polis juga yang akan dipersalahkan.

"Jadi memandangkan kes ini sudah dibawa ke mahkamah, saya harap semua pihak terutama keluarga arwah agar bersabar dan jangan desak polis untuk minta maaf kerana polis tidak akan mohon maaf kerana menjalankan tugas," ujar beliau.

Sunday, May 9, 2010

Perjuangan Sang Maharajalela

J.W.W. Birch,
Sering kau tidak senada dan seirama dengan keributan sungai Perak,
Angkuhmu bisa melakar seteru berdarah,
Langkahmu penuh berhati-hati,
Cuma masa merangkak perlahan,
Setitis darahmu jangan jatuh di tapak tanah ini,
Kerana Daulat Sultan tidak mengizinkannya.

J.W.W. Birch,
Ketuananku tidak bisa kau sentuh,
Lemah lesu sekalipun urat nadiku tanah ini tidak akan kurangi seinci,
Biarlah anak cucuku tahu bahawa inilah perjuanganku,
Kirimkan salamku kepada Queen Elizabeth tapi bukan kamu pengutusnya,
Kerana udara di sini belum layak kau hirup,
Diammu sini kerana aku benarkan,
Nyah kau atau darah putihmu mengalir deras di Sungai Perak.

J.W.W. Birch,
Lepaskan segala apa yang kau idamkan,
Kerana bumi ini tidak akan sesekali dipijak oleh orang luar,
Kerana kau tidak memahami apa yang kami junjung,
Kerana Sungai Perak tidak seirama dengan sampanmu,
Kau datang umpama kayu orang-orang sahaja,
Selayaknya dihalau seperti gagak melintas lalu,
Biar berputih tulang jangan putih mata,
Biar gagak di rimba jangan merak di kayangan,
Biar keris bersilat jangan senapang menembak,
Jika kau faham salahsilah kami,
Silalah beransur lalu sebelum kami membujur lalu, melintang patah.

J.W.W. Birch,
Kuning emas belum perlu dilemak dengan Jack Union,
Cukai padi belum perlu dibayar dengan darah,
Entahkan bila kau tiba,
Kau melontar onar dalam belukar kami,
Entahkan bila kau nyah,
Kau menyimbah arak dalam api.

J.W.W Birch,
Mungkin makammu belum siap dipahat,
Kertas perjanjian kau lampiaskan pada Paduka kami,
Sembah kau tidak menyentuh bumi,
Tapi remang dahi yang kau sentuh,
Belum tentu kau mendamai api yang telah kau nyalakan.

J.W.W. Birch,
Selamat tinggal kuucapkan.

Pages