HIT COUNTER

Wednesday, January 13, 2010

Buat Isteri Tersayang

Sementelaah aku termenung,
Mendingin pagi kederuan hati merindui kamu,
Aku rindu sayang kamu,
Jelas terungkap menjernih fikiran.

Cinta kamu terlalu abadi untuk diucapkan,
Bak kuntuman mawar merah menyambut pagi,
Tak terkabus dek awan sampai ke angkasa,
Hingga akhir nyawa tidak pernah luput kesetiaan.

Friday, January 1, 2010

Kaji balik penggunaan perkataan Allah dalam akhbar Herald

Perkataan Allah bukanlah ekslusif milik agama Islam, tetapi kenapa baru sekarang akhbar Herald beria-ia mahu menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar. Adakah terdapat perkataan Allah terdapat dalam kitab Bible yang berbahasa Latin, Yahudi atau Inggeris yang mana agama tersebut disebarkan oleh pendakwah dari barat? Mesti ada agenda di sebalik segalanya sehingga mereka sanggup masuk mahkamah semata-mata mempertahankan perkataan tersebut. Perkataan Allah mungkin dianggap hanya satu perkataan tetapi bagi ajaran Agama Islam tidak akan berjaya menyelinap ke seluruh dunia jika perkataan tersebut tidak digunakan. Adakah perkataan tersebut digantung di dalam gereja? Tentulah tidak kerana hanya satu agama sahaja mengagungkan kalimah Allah itu iaitu agama Islam. Jadi apa keperluan perkataan Allah dalam akhbar Herald? Adakah ia dapat melariskan jualan akhbar berkenaan? Adakah tanpa perkataan berkenaan jualan akhbar tersebut tidak berjaya? Adakah jika mereka menggunakan perkataan Allah maka hati penulis akhbar tersebut akan tenteram? Persoalan-persoalan ini tidak akan dijawab atau berani ditangkis kerana mereka sendiri tidak yakin jika perkataan Allah itu tidak ada dalam dunia ini. Kenapa pada abad kurun 21 baru sekarang baru hendak dijadikan isu mengenai masalah perkataan ini? Jika isu ini hanya hendak dijadikan perbandingan agama, atau perbahasan, maka tidak perlu melibatkan mahkamah kerana ianya hanyalah satu perkataan sahaja. Jadi selepas mereka menang dalam mahkamah, jadi perkataan Allah tersebut akan dijadikan sebagai perkataan tuhan merekakah, atau tuhan Agama Islam? Soalan ini jelas perlu dijawab kerana akan ditanya oleh generasi muda yang lemah iman. Jangan meremehkan perkataan-perkataan yang ada di dunia ini. Contoh jika perkataan Nabi Isa atau Jesus Christ digunapakai sebagai anak Allah, sudah tentulah merupakan menyalahi akidah agama Islam. Jika benar dalam agama Kristian, tidak semestinya ia benar dalam agama Islam. Perkara perkataan ini perlu dikaji semula kerana ia bergantung kepada manusia itu sendiri atau penganut agama kerana perkara ini tidak pernah dipatenkan atau menjadi hak milik sesuatu agama. Oleh kerana semua agama Kristian juga mengajak ke arah kebaikan, maka tidak perlulah merebut perkataan Allah tersebut daripada agama Islam, kerana itu dinamakan mencuri namannya. Dalam Islam, perkataan Allah itu merupakan nama kepada tuhan yang satu, tidak dilahirkan atau melahirkan, ianya jelas berlainan dengan ajaran agama kristian yang menyatakan Jesus Christ itu anak tuhan, dan Mary itu isteri tuhan. Maka kita berada dalam negara Malaysia yang perlembagaannya menyatakan negara ini menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi, maka negara ini adalah negara Islam. Jadi isu ini terlalu sensitif di dalam negara ini, maka apabila perkataan Allah ini digunakan dalam akhbar agama kristian, ianya disebarkan dalam negara dan dibaca oleh rakyat, maka ianya bukan perkara kecil atau masalah satu perkataan sahaja, tetapi ianya masalah besar melibatkan akidah agama yang berlainan jenis. Saya harap pihak JAKIM, PEKIDA atau Majlis Fatwa Kebangsaan wajib mempertahankan perkataan Allah ini daripada dipersenda atau diambil kesempatan oleh sesiapa pun.

Pages