HIT COUNTER

Monday, August 31, 2009

Kerajaan Malaysia, kerajaan hari raya?

Laporan Harian Kosmo
PETALING JAYA - Minyak petrol RON95 menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama mulai hari ini di semua 3, 500 stesen minyak di seluruh negara dengan harga jualan RM1.80 seliter iaitu menyamai harga asal RON97 yang kini menjadi produk premium.
Walaupun harga RON95 naik lima sen berbanding RM1.75 seliter sewaktu diperkenalkan di beberapa stesen minyak di Lembah Klang pada 12 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya menjelaskan, harga minyak yang menjadi bahan bakar utama sebanyak RM1.80 sen tidak berubah.
Beliau memberitahu, RON95 menggantikan RON97 yang sebelum ini dijual pada harga yang sama. RON97 pula mulai hari ini dinaik taraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, naik 25 sen daripada semalam manakala RON92 dihentikan pengeluarannya.
"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan saiz pasarannya cuma lima peratus,'' katanya semasa berucap melancarkan RON95 di sini semalam.

Adakah rakyat Malaysia kini semakin kepanasan? Apabila tiba musim perayaan, harga minyak akan dinaikkan serta-merta. Tidak boleh tunggukah selepas musim perayaan akan baru dinaikkan harga minyak? Memanglah harga minyak naik sebanyak RM0.05 sen dan RM0.25 sen sahaja tetapi macamana kalau kita isi RM100, 5 sen tersebut akan menjadi bebanan kerana bilangan liter minyak akan berkurangan…, apa rasional minyak dinaikkan harga? Apa bukti harga minyak dinaikkan? Apa jadi dengan pasaran Amerika?

Kalau harga RON95 dinaikkan, RON97 pun dinaikkan 25 sen. Ini baru harga minyak. Harga tiket bas pun dinaikkan surcajnya dua kali ganda 30 peratus. Setiap kali perayaan harga naik dan terus kekal selepas perayaan. Adakah kerajaan tunduk kepada kehendak pasaran atau kehendak pengguna atau kehendak pengusaha???

Adakah kerajaan kini tiada duit atau kehabisan wang? Memanglah dunia mengalami kemelesetan ekonomi… tetapi itu bukan sebab segala kenaikan harga minyak dan tiket bas kerana ini termasuk kali kedua harganya dinaikkan berturut-turut. Adakah kerana musim perayaan? Ini membebankan rakyat kerana rakyat akan sentiasa bergerak semasa perayaan menggunakan pengangkutan? Adakah slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ diamalkan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam atau untuk menarik perhatian pengundi bila semasa pilihanraya menjelang tiba sahaja? Jangan sampai rakyat semakin kehilangan kepercayaan kepada kerajaan kerana kerajaan hari ini tunduk kepada kehendak sebilangan orang dan mengorbankan keperluan penting rakyat seluruhnya?

Memang perlu kerajaan berkompromi dengan pengusaha dan menggantikan harga minyak dan tiket bas, kerana bila musim perayaan sahaja dua benda penting ini akan dinaikkan mendadak. Dan ini menjadikan rakyat melihat kerajaan adalah kejam kerana bila tiba musim perayaan sahaja semua harga barangan tersebut dinaikkan. Adakah kerajaan kini hanya pandai berkata-kata sahaja tanpa melaksanakannya.

Wednesday, July 22, 2009

Tasik Hati

Deruan manja air itu menyentuh rawan hati,
Sarat menyungai kalam intan jiwa,
menyelimuti setiap isi malam.

Dasar hati menyelindung usai kerinduan,
meniti kenangan lemah bersama,
tak terbayang dalam ingatan.

Damai jiwa untaian rimas,
kasih tunai mendahan sepi,
lembut selari menguliti lemas,
berpuput perlahan menuju arah

Cerunan hati menyiang cerlang sirna
penuh biasan rendah bersama pepatung
terkocak dek ombak kecil
jarang-jarang awan mewarnai bingkis permukaan
seru jiwa biasa menyentuh dasar

Hakikat tompokan waja menggamit perasaan,
Riak-riak ketenangan menguntum jaga
tak terkocak entahkan dari mana sirip telus
kiriman janji belum tentu terpateri

Tewas jua akan diri besok
perlahan-lahan menggerhana ke dasar hulu
pepohonan kalut menajami fikiran
dahanan rapuh sungguh menanti rebah
kerap kali dambakan hamparan seribu yakin

Sunday, July 19, 2009

Penilaian Baru ke Asrama Penuh

Penilaian baru ke asrama penuh dilaksana 2015

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka memperkenalkan Sistem Pentafsiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) pada 2015 bagi memilih murid cemerlang ke asrama penuh. Menerusi sistem itu, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam tidak lagi menjadi ukuran mutlak menentukan murid cemerlang memasuki asrama penuh. Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM), Ruslan Madon yang mendedahkan perkara itu, berkata kriteria untuk melayakkan seseorang pelajar memasuki asrama akan diukur berdasarkan tahap pencapaian akademik murid sepanjang enam tahun di sekolah rendah.
Katanya, berpandukan SPPK, 30 peratus daripada kelayakan untuk memohon ke asrama akan bergantung kepada keputusan UPSR manakala 70 peratus lagi berdasarkan prestasi akademik pelajar sepanjang enam tahun persekolahan. Beliau berkata, pada tahun terakhir persekolahan, prestasi akademik pelajar yang dikumpul sejak Tahun Satu sehingga Tahun Enam akan dinilai oleh sekolah lalu digabungkan dengan keputusan UPSR untuk dipertimbangkan sama ada layak atau tidak untuk memasuki sekolah asrama penuh. "SPPK dilihat akan dapat mengurangkan tekanan yang ditanggung murid yang selama ini perlu mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR jika hendak memasuki sekolah berasrama.
"Walaupun begitu, SPPK tetap mengutamakan keputusan UPSR yang cemerlang bagi melayakkan pelajar memohon memasuki asrama," katanya ketika dihubungi, semalam. Ruslan mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang mahu UPSR dimansuhkan kerana dianggap tidak relevan lagi dalam sistem pendidikan negara. Razali berkata, UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan pelajar lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh, sekali gus tidak membantu menentukan tahap sebenar akademik pelajar. Ketika ini, SPPK sedang dilaksanakan di 500 sekolah terpilih yang menjadi perintis pelaksanaan projek transformasi pendidikan kebangsaan.
Ruslan berkata, MGBM turut mencadangkan kepada kementerian supaya mencontohi Mara dalam mengendalikan urusan pengambilan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Katanya, kaedah diamalkan Mara yang menuntut pelajar membuat permohonan untuk memasuki MRSM dilihat mampu memudahkan urusan memilih pelajar memasuki sekolah berasrama penuh.

Wednesday, July 15, 2009

Kelebihan setiap surah

) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.(6) SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.(9) SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf)Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA’D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.(17) SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(23) SURAH AL-HAJ (Haji)Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(24) SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.(27) SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut)Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.(31) SURAH AR-RUM (Rum)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.(32) SURAH LUQMAN (Luqman)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani
(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABADengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian.

Thursday, July 2, 2009

Serangan depan cikgu

Serangan depan cikgu

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


KAJANG: Biarpun baru berusia 14 tahun, sekumpulan enam pelajar layak digelar ‘gengster junior’ apabila berani menyerang dan memukul pelajar lain di hadapan seorang guru sedang mengajar di sebuah sekolah, kelmarin.

Lebih malang apabila pelajar yang dibelasah lebih 15 minit itu hanyalah individu yang cuba meleraikan pergaduhan berkenaan dan bukannya sasaran sebenar kumpulan terbabit.

Difahamkan, kumpulan itu menggunakan besi tali pinggang yang diikat pada tangan sebagai senjata membelasah mangsa menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Malah, mereka dikatakan sempat mempermainkan guru wanita yang membantu meleraikan pergaduhan dengan menghadiahkan satu ‘ciuman terbang’ kepadanya sebelum bertindak meloloskan diri dari sekolah berkenaan.



Tidak cukup dengan itu, pelajar terbabit mengumpulkan ahli kumpulan mereka yang lain dan menunggu mangsa di luar kawasan sekolah dipercayai untuk menyambung semula pergaduhan itu kerana masih tidak berpuas hati.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kumpulan terbabit bertindak menyerang seorang pelajar yang juga pengawas sekolah terbabit selepas mangsa menegur mereka merokok di kawasan sekolah.

Menurut sumber, kumpulan terbabit menyelinap masuk melalui pintu belakang kelas itu sebelum mengeluarkan kata lucah dan cuba menyerang pelajar terbabit.

“Mereka langsung tidak mempedulikan kelibat seorang guru wanita sedang mengajar di dalam kelas berkenaan.

“Seorang pelajar cuba meleraikan pergaduhan itu menimbulkan kemarahan kepada ahli kumpulan terbabit sebelum membelasahnya.

“Kumpulan terbabit menggunakan tali pinggang yang diikat pada tangan menyebabkan mangsa cedera teruk pada bahagian kepalanya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dibelasah lebih 15 minit biarpun kumpulan ‘gengster’ itu cuba dileraikan guru wanita berkenaan.

Akibat gagal meleraikan pergaduhan itu, guru wanita terbabit kemudian mengarahkan pelajarnya yang lain memanggil guru disiplin menyebabkan kumpulan berkenaan melarikan diri keluar dari sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun, mereka sempat menghadiahkan ‘ciuman terbang’ kepada guru wanita terbabit sebagai tanda sagu hati selain berulang-kali mengugut membalas dendam kepada pengawas dan pelajar yang cuba mencampuri urusan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, pertelingkahan itu tidak selesai di situ saja apabila kumpulan terbabit dikatakan bertindak mengumpulkan ahli kumpulan mereka yang lain dan menunggu di luar kawasan sekolah berkenaan dipercayai untuk mencetuskan pergaduhan yang lebih besar.

Bimbang mengenai keselamatan mangsa, guru disiplin sekolah berkenaan menghantar kedua-dua pelajar malang itu ke rumah masing-masing.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang cedera pada bahagian kepala dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.



Wednesday, June 24, 2009

Laut Mati menelan apa sahaja

EIN GEDI, Israel – Eli Raz was peering into a narrow hole in the Dead Sea shore when the earth opened up and swallowed him. Fearing he would never be found alive in the 30-foot- deep pit, he scribbled his will on an old postcard.

After 14 hours a search party pulled him from the hole unhurt, and five years later the 69-year-old geologist is working to save others from a similar fate, leading an effort to map the sinkholes that are spreading on the banks of the fabled saltwater lake.

These underground craters can open up in an instant, sucking in whatever lies above and leaving the surrounding area looking like an earthquake zone.

The phenomenon, Raz said, stems from a dire water shortage, compounded in recent years by tourism and chemical industries as well as a growing population. "This is the most remarkable evidence of the brutal interference of humans in the Dead Sea," he said.

The parched moonscape, famous as the site of biblical Sodom and Gomorra, is the lowest point on earth and runs more than 60 miles through Israel and the West Bank.

Large sections of the coast are fenced off and signposted in Hebrew and English: "danger, open pits" and "sinkhole area ahead." But it's too expensive to inspect every place for danger. Just two months ago an Israeli hiker wandered into an area that had no warning signs and was critically injured when he fell into a sinkhole.

While such accidents are rare, Raz says there are up to 3,000 open sinkholes along the coast and likely just as many that haven't burst open yet. And they're having a big impact on Israeli development plans.

The collapsing terrain has forced authorities to close a campground, date groves and a small naval base, and to scrap plans for 5,000 new hotel rooms, said Galit Cohen, director of environmental planning at the Ministry of the Environment.

The holes, also found on the Jordanian side of the sea, are the result of the Dead Sea having shrunk by a third since the 1960s when Israel and Jordan built plants to divert water flowing through its main tributary, the Jordan River.

The holes form when a subterranean salt layer that once bordered the sea is dissolved by underground fresh water that follows the receding Dead Sea waters.

The main road along the shore has been torn apart by streams whose energy is increased because they are flowing farther to reach the receding sea, and all construction along the strip between sea and highway is banned, Cohen said.

Both Israel and Jordan evaporate Dead Sea water to extract its phosphates and have built hotels along the coasts for the thousands of tourists who come in search of the curative powers of Dead Sea mud, or simply for the experience of floating unsinkably in its salt-saturated waters.

Only micro-organisms survive in the Dead Sea, but indigenous species of fish, amphibians and snails live in small nearby ponds fed by underground springs, and these could be wiped out as the Dead Sea gets smaller, Raz said.

Many of the changes are masked at the pricey resorts on the sea's southern end, which lie on the banks of a large artificial pond built by the mineral industry. But around Ein Gedi, the kibbutz or communal farm where Raz lives, the Dead Sea's shrinkage is evident.

Twenty-five years ago Ein Gedi built a spa by the sea. Now it's a one-mile trolley ride from the water.

"Any visitor that's come back for a second visit in these last 10 years would see a dramatic change," said Gidon Bromberg, Israel director of Friends of the Earth Middle East, an advocacy group. "The sea has run away from the cliffs and it's exposed kilometers of mud and sea floor."

No quick solution is in sight.

The World Bank is studying a proposal to dig a canal from the Red Sea, more than 100 miles south, to replenish the Dead Sea's waters. But with costs estimated at up to $15 billion, there's little optimism it will happen.

Without a solution, the sea is expected to shrink to lose another third of its area over the next century.

Wednesday, May 27, 2009

Lohong hitam dalam aspek Islam


Lohong hitam atau lubang gelap adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi gravitinya, dengan itu istilah "hitam/gelap". Istilah "lubang gelap" digunakan secara meluas, walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa.
Lohong hitam dijangka oleh teori kerelatifan am. Menurut teori ini, tiada jisim atau maklumat boleh mengalir dari dalam lohong hitam kepada pemerhati yang berada di luar (contohnya, seseorang tidak dapat membawa keluar jisimnya, atau menerima pantulan balik dengan menyinari sumber cahaya seperti lampu suluh, atau mengambil sebarang maklumat mengenai bahan yang masuk ke dalam lubang gelap), walaupun mekanik kuantum mungkin membenarkan pengecualian dari hukum yang tegas ini. Kewujudan lohong hitam dalam alam ini disokong secara teori dan pemerhatian astronomi; walau bagaimanapun, sebahagian kecil pakar fizik tidak bersetuju.
Konsep sesuatu benda yang amat besar sehinggakan cahaya sekalipun tidak mampu bebas darinya telah dikemukakan oleh pakar geologi Inggeris John Michell dalam kertas kerja 1783 yang dihantar kepada Royal Society. Pada masa itu, teori graviti Newtonian dan konsep halaju lepasan diketahui dengan jelas. Michell membuat pengiraan bahawa benda sebesar 500 kali jejari matahari dan kepadatan yang sama pada permukaannya laju bebas menyamai kelajuan cahaya, dan dengan itu adalah ghaib. Dalam katanya:
If the semi-diameter of a sphere of the same density as the Sun in the proportion of five hundred to one, and by supposing light to be attracted by the same force in proportion to its mass with other bodies, all light emitted from such a body would be made to return towards it, by its own proper gravity.
Walaupun dia tidak fikir begitu, Michell mempertimbangkan kemungkinannya terdapat banyak objek sebegitu mampu wujud dalam kosmos tanpa kita berupaya melihatnya.
Pada 1796, ahli matematik Perancis, Pierre-Simon Laplace mempromosikan idea yang sama dalam edisi pertama dan kedua bukunya Exposition du Systeme du Monde, tetapi tidak dalam edisi seterusnya. Idea ini tidak mendapat sambutan pada kurun ke-19, kerana cahaya pada masa itu dianggap merupakan gelombang yang tidak mempunyai jisim, jadi tidak dipengaruhi oleh graviti
- Di atas semua adalah fakta. Mengikut Islam, penciptaan Malaikat adalah berasal daripada cahaya, dan sekarang dipercayai lubang hitam ini terhasil daripada letupan supernova bintang yang besar sekali dan menjadi daya tarikan yang kuat sehingga cahaya sendiri. Mengapa tuhan mencipta lohong hitam ini kerana ia berupaya memusnahkan galaksi-galaksi yang berdekatan dengannya. Jadi kerja hari

Sunday, April 12, 2009

Agenda Memajukan Bolasepak Malaysia

Saya bukan tidak berminat bercakap mengenai perkara ini tetapi oleh kerana ia melibatkan maruah negara di mata dunia maka saya sebagai rakyat biasa kena cakap jugala mengenai perkara ini. Agenda memajukan bolasepak ini perkara yang mudah. Kita hanya perlu menjaga kebajikan pemain-pemain kita sekarang ini. Gaji bulanan contohnya perlu dijaga. Hati pemain akan berasa gelisah jika gaji mereka tidak terjamin maka permainan mereka akan merosot. Maka adillah jika Harimau Muda diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan. Jika pemain bermain di kelab atau negeri, kemungkinan besar gaji tak dapat itu mungkin. Saya telah berbual dengan seorang pemain. Gaji sampai tiga bulan tidak dibayar. Pemain kita ini macam pemain Somalia, miskin sampai hutang kereta pun tak mampu nak bayar kerana tiada jaminan seperti pejawat kerajaan. Maka kita perlu wujudkan juga jawatan pemain bolasepak berjawatan tetap dan diberi pencen kerana jaminan ini penting kerana mereka juga menjaga nama Malaysia di mata dunia. Kalah atau menang penting dan kebajikan pemain juga sama penting. Pengambilalihan pasukan Harimau Muda ini adalah langkah pertama, FAM mungkin tak mampu menjaga kebajikan pemain setiap negeri, apatah lagi kelab-kelab yang tidak ternama.

Mengenai kelemahan mental dan strategi pemain di peringkat antarabangsa, kita perlu mengambil idea daripada negara Jepun dan Korea Selatan. Mereka mengamalkan kamikaze dalam setiap perlawanan bolasepak. Tetapi pemain kita kamikaze balik katil. Tak salah kita menghantar pemain berumur 18 tahun lepasan SPM jika diujibakat dan diketahui staminanya yang masih kuat ke peringkat dunia melawan Amerika Syarikat. Bukan soal malu atau kekurangan pemain, tetapi dari umur tersebutlah pemain-pemain dari liga profesional seperti Liga Jepun, Liga EPL dan Liga Itali berkembang. Penggangguran di negara kita ini adalah tinggi, tak salah kita ambil remaja berumur 19 tahun, kita buat liga profesional atau akademi kelab yang diiktiraf dan diberi gaji yang terjamin. Bukan rakyat negara lain pun kita nak sokong, kalau bukan rakyat kita sendiri. Dari sekolah, guru yang telah mengenalpasti pelajar yang berkebolehan dan bagus, tetapi jurang antara FAM dan sekolah pun jauh. Pemain orang asli pun mempunyai bakat, tetapi bakat mereka terhenti setakat sekolah. Kenapa FAM tidak berfungsi begitu baik, sebab ketuanya bukan pakar bermain bolasepak. Apa salahnya letak orang pakar bolasepak sahaja, kerana hanya orang pandai bermain bolasepak tahu dunianya. Orang politik perlu diletak jauh daripada bidang bolasepak kerana banyak pengaruh akan mempengaruhi emosi pemain.

Bakat pemain dari kejohanan sekolah perlu dipantau sepanjang masa, setiap tahun mesti ada paling minimum seorang pemain yang hebat dihasilkan. Kerjasama guru sekolah dan pihak FAM perlu diperhebat. Saya sebagai guru pun tak tahu apa nombor telefon pejabat FAM. Kenapa begitu yek? Mungkin mereka menjaga prestij kot?. Tiada orang berani memilih pemain kebangsaan kerana hanya FAM yang layak, tetapi jurulatih-jurulatih sekolah tak layak. Tetapi daripada kamilah pemain berkembang, daripada sekolah lah pemain mula mengenal erti permainan bolasepak. Jika guru sekolah tidak memilih, maka bakat pemain akan terkubur begitu sahaja kerana sibuk sambung belajar atau bekerja. Permainan bolasepak ini bukan sahaja bila nak main, 2-3 minggu sebelum kejohananan baru nak latih, kena latihan dari umur 18 tahun lagi dan setiap hari perlu dijaga stamina dan makanannya. Pelajar kita ini kalau diberi jaminan selepas habis SPM dan bila bermain bolasepak dapat gaji hujung bulan, maka mereka akan gembira. Memanglah ada sudah konsep sekolah sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar, tetapi konsep ini perlu menyeluruh maksudnya daripada semua sekolah, kerana pemain sekolah luar bandar pun hebat, akademi pun penting, tetapi jika mereka lebih berjaya dalam bolasepak, maka kembangkanlah apa yang mereka hebat. Kita jangan mengharapkan SSBJ dan SSBP sahaja, kerana bakat ini anugerah Tuhan, maka mana-mana sekolah pun akan terhasil bakat baru.

Mengenai stamina pemain yang lemah, itulah perlu wujud akademi setiap negeri dan daerah yang bersifat profesional bukan main-main atau hangat-hangat taik ayam sahaja.

Thursday, March 12, 2009

Mengapa Yahudi Bijak

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memangtidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana temansaya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dankorma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otakdan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi ataufillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelummemakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalamibidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokussesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel olehfakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka inidapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepunyg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapikonsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore padatahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuahpulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakahmereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, dakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hinggake Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya)dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Nukilan Dr. Stephen Carr Leon

Wednesday, February 18, 2009

Tentera Pengaman Islam

Sudah tiba masanya orang Islam mempunyai angkatan tentera mereka sendiri. Alasannya supaya umat Islam tidak diperkotak-katikkan oleh orang kafir atau orang Israel. Ianya boleh dilaksanakan dengan membuat perjanjian setiap Negara Islam perlu menghantar bilangan tentera mewakili ummah. Contohnya setiap Negara Islam menghantar seramai 300 orang tentera. Kita namakan tentera Islam ini Tentera Pengaman Islam supaya tujuan dan asal penubuhannya tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak dan diambil kesempatan oleh Amerika untuk diharamkan. Tentera Pengaman Islam ini akan bertindak sepantas yang mungkin apabila berlaku konflik di Negara-negara Islam yang mempunyai bilangan yang paling ramai di dunia ini. Kita ambil kes di Negara Palestin, Israel akan mengambil kesempatan apabila presiden Amerika, Obama belum dilantik dan tiada pihak yang berani menentang mereka atau membasmi keganasan mereka terhadap bumi Islam. Kelewatan Obama dilantik membawa komplikasi kepada dunia kerana dasar-dasar atau tindakannya lewat. Dan ini diambil peluang Israel untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza. Tetapi sekiranya Negara Islam bertindak pantas dengan menghantar tentera Islam Pengaman berbanding mengharapkan resolusi PBB yang lembap, maka Negara Palestin tidak akan diserang. Memang faktor Hamas tidak diiktiraf oleh dunia Amerika, tetapi Amerika tidak berani menyentuh Tentera Islam Pengaman. Ini kerana ianya akan diiktiraf oleh seluruh dunia. Kena ada keadilan dan penyeimbangan kuasa. Bukan kita tidak percaya kepada PBB tetapi siapa yang akan menyelamatkan umat Islam tetapi umat Islam sendiri. Setiap Negara Islam mempunyai tentera dan kelengkapan yang canggih dan perlu dipergunakan dalam kes Palestin ini. Tidak rugi sekiranya kita hantar setiap Negara 300 orang tentera. Contohnya Negara Syria, Jordan, Arab Saudi dan Malaysia yang kaya-kaya ini menghantar kelengkapan tentera, maka Israel tidak akan berani. Maka perlulah ada pihak yang memulakannya, maka pihak tersebut adalah Negara Malaysia yang tercinta ini. Sampai bila tentera kita nak berperang. Kelengkapan dah canggih maka gunakan untuk mempertahankan umat Islam. Adalah berdosa kita tidak mempertahankan nyawa umat Islam di sana sedangkan kita di Malaysia bergoyang kaki. Tidak cukup dengan hanya menghantar makanan atau wang, tetapi kita perlu menjaga kiblat yang dahulunya disembah oleh umat Islam iaitu masjidilharam Baitulmaqdis yang kian terancam. Maka tentera Islam Pengaman ini akan bertindak neutral iaitu mengelakkan pembunuhan oleh Israel yang kejam ini dan menghancurkan masjid yang penting itu. Adalah wajib kita menjaga kebajikan umat Islam ini, maka apabila Tentera Pengaman Islam ada, maka penyampaian makanan, ubatan dan doktor selamat digunakan oleh rakyat Palestin. Pihak MERCY dan UNESCO boleh melaksanakan tugas mereka dengan lancar dengan bantuan tentera pengaman ini. Tidak cukup dengan mencadangkan tribunal jenayah antarabangsa kerana hanya pemimpin saja dihukum tetapi kekejaman masih terus berlaku. Tentera Pengaman Islam ini juga boleh membantu dalam kes-kes bencana seperti tsunami di Acheh kerana boleh menyelamatkan orang-orang yang hanyut ke laut. Pihak Amerika tidak akan dapat mencari alasan keganasan tetapi tentera ini mempunyai objektif keamanan maka tiadalah berlaku kuasa Veto yang sering disalahgunakan oleh Amerika. Kerana contohnya pihak OIC mempunyai tentera pengaman sendiri samalah seperti pihak NATO. Tiada pihak berani mempersoalkan atau mencabar kewujudan Tentera Pengaman Islam ini sekiranya pihak Malaysia bertegas melaksanakannya kerana kita pihak berkecuali. Kita wajib menjaga saudara kita di Palestin kerana tanpa mereka, Islam sudah tiada makna kerana mereka mempertahankan kiblat kita.

Jaga SENSITIVITI agama dan kaum lain

Jangan cabar institusi agama Islam di Malaysia kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dan kurang menyenangkan. Cubaan pihak Katolik Kristian menghasilkan surat khabar berbahasa Melayu Kristian di Sabah dan Sarawak adalah amat kurang ajar dan tidak kena pada tempatnya kerana Malaysia adalah negara Islam dan agama rasminya adalah Islam, maka apakah perlunya sebuah suratkhabar berbentuk keagamaan begitu? Adakah mereka ketandusan idea untuk menarik perhatian pembeli suratkhabar atau ada udang disebalik batu? Apakah mereka cuba menjadi pelopor dalam menghancurkan agama Islam di Negara Islam? Negara kita adalah negara majmuk bukan negara kristian sampai begitu perlukan sebuah suratkhabar begitu rupa. Perkataan dalam kitab Bible tidak perlulah dimelayukan dalam suratkhabar kerana majoriti rakyat di Malaysia adalah Islam bukan dinegeri Sabah sahaja yang akan membaca suratkhabar kerana seluruh rakyat Malaysia akan membaca setiap bait-bait ayat yang cuba menghasilkan propaganda sedemikian rupa. Mengapa mereka tega juga cuba menarik kes ini ke mahkamah dan cuba melawan Perdana Menteri kita? Kerana mereka sanggup melawan agama Islam di Malaysia yang tercinta ini. Apakah mereka tidak faham bahawa bahasa Inggeris atau mereka kurang pendidikan. Isu ini adalah sensitif dan kerajaan mesti tegas menghapuskan pihak media sebegini kerana mereka ini mempunyai agenda mereka tersendiri bukan kerana kepentingan rakyat tetapi kepentingan duit dan agama. Mereka perlu dipenjara dan diberi pengajaran bahawa negara ini adalah negara Islam. Sudah tiba masanya akta perpaduan kaum diwujudkan dan wujudnya undang-undang ini akan membuatkan mereka faham bahawa kita bukan saja menjaga perpaduan kaum di negara ini tetapi juga menjaga hati dan perasaan orang Islam di negara ini. Fakta-fakta perlu diberi kepada mereka ini supaya mereka faham dan mendalami betapa negara ini bertiangkan agama Islam dan subur dengan demokrasi dengan membenarkan agama-agama lain dipeluk juga tetapi jangan sampai mencabar ia kerana satu hari nanti tidak mustahil negara ini akan hancur kerana kepentingan pihak tertentu dan tidak mustahil 13 Mei akan berulang tetapi bukan kerana perkauman tetapi kerana keagamaan. Jangan kejar materialistik kerana agama adalah perkara pokok dalam semua hal.

Mansuh PPSMI

Sains dan matematik perlu diajar semula menggunakan bahasa Malaysia kerana faktor kesurvivalan bangsa Malaysia bergantung kepada bahasa sendiri bukan menggunakan bahasa asing. Kita ikut bangsa Jepun dan bangsa German. Kekuatan bangsa-bangsa ini adalah kerana mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dalam memajukan teknologi mereka sendiri. Kita perhatikan petunjuk jalan atau signboard di negara mereka adalah menggunakan bahasa mereka sendiri 100% tanpa ada tekanan menggunakan bahasa asing yang lain. Memang bahasa lain perlu dipelajari dan dihayati tapi bab hakikat kemajuan bangsa adalah melibatkan pemahaman anak-anak muda yang dari kecil dibudayakan dengan bahasa ibunda atau lebih sesuai dipanggil bahasa bumi mereka. Mereka berasal dari situ, biarlah mereka menggunakan bahasa mereka sendiri, jangan dipaksa anak-anak kecil kita dipaksa menelan bahasa yang mereka sendiri tidak faham. Memanglah subjek Sains dan Matematik menggunakan banyak istilah-istilah dalam bahasa asing tetapi adakah berubah jika kita menggunakan bahasa Malaysia? Adakah mereka faham teori-teori dan fakta menggunakan bahasa Malaysia? Tentulah ya. Kerana itu sahaja bahasa pengantar paling lama dan difahami oleh mereka. Adalah menyusahkan dan mengelirukan menggunakan bahasa Inggeris kerana mereka terpaksa merujuk kepada kamus malah menjawab soalan Sains pun terpaksa mengikut skema jawapan di belakang buku tersebut sekiranya tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Apa guna PPSMI tetapi soalan masih berbentuk dwibahasa. Baik menggunakan bahasa Malaysia 100% kerana pelajar lebih selesa dan meyakinkan. Kita lihat kes-kes sekarang contohnya penahanan kedatangan rakyat Malaysia di Britain kerana pendatang haram dari China. Tak mustahil pelajar-pelajar kita akan ditahan kerana kes-kes ini. Dan tak mustahil pelajar kita masuk lokap kerana kurang masalah visa sahaja kerana mereka hendak menyambung pelajaran di sana. Dan apa guna mereka belajar menggunakan bahasa Inggeris dan pada akhirnya di IPTA menggunakan bahasa Malaysia juga. Sepatutnya PPSMI dilaksanakan secara menyeluruh bukan pada peperiksaan UPSR sahaja kerana ini melibatkan masa depan mereka kerana mereka akan menyambung pelajaran di universiti tempatan juga. Sekiranya pelajaran di sekolah adalah bahasa Inggeris manakala di IPTA adalah bahasa Malaysia, maka objektif PPSMI adalah tidak sampai malah tersekat di sekolah sahaja. Bukankah masa pelaksanaan PPSMI adalah 2006 ke 2010 atau mengikut PPIP atau Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Maka kementerian pelajaran Malaysia perlu memansuhkan PPSMI sebelum terlambat atau akan menyebabkan faktor kesurvivalan bangsa bumiputera akan terbantut. Kita takut suatu hari nanti tiada orang Melayu yang dapat menguasai bahasa Malaysia apatah lagi kaum-kaum lain. Jangan harap orang-orang kita hendak menguasai bahasa Inggeris semata-mata kerana menjawab soalan temuduga semasa mula-mula hendak bekerja di syarikat asing yang datang ke negara kita. Apa salah diwujudkan jawatan penterjemah malah menambah peluang pekerjaan bukan menambah jumlah pengganggiuran siswazah pada hari ini. Siswazah hari perlukan pekerjaan bukan penguasaan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah sekadar bahasa. Syarikat-syarikat besar dan kecil jangan memangkah siswazah hanya kerana mereka tidak pandai berbahasa 

Inggeris kerana mereka berasal dari negeri yang kuat loghatnya sejak dari lahir. Jangan salahkan slanga yang salah kerana itulah sahaja bahasa mereka dari kecil. Perlu wujud kesedaran bahawa bahasa Inggeris adalah sekadar medium bukan penyambung kemajuan kita.

Jangan bermain dengan api

Ekonomi Melayu perlu diperkukuh dan diperkasakan melalui penyatuan kaumnya yang ramai bagi mengelak daripada terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain yang hendak mengambil kesempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebelakangan ini, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu seolah-olah mereka telah hilang punca dan maruah.

“Fakta dan sejarah seolah-olah menjadi alat mainan politik lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina.

“Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tidak kisah lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Memorial Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Dalam hal ini, Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Katanya, laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

‘‘Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’ tegasnya.

Justeru Rais berkata, orang Melayu perlu menghindari imej yang melemahkan perjuangan dan pada masa yang sama, bertindak apabila Melayu dan UMNO dicerca oleh politik luaran.

Rais berkata, fakta sejarah boleh dianggap sebagai faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu adalah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu.

Katanya, ia sama seperti India adalah negeri orang berketurunan India, Arab di Timur Tengah dan seperti negeri China dinamakan sedemikian lantaran bangsa Cina yang mendiami negara itu.

“Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf di kebanyakan negara dan bangsa di dunia ini,” katanya.

Daripada aspek ekonomi, menurut beliau, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera harus dilengkapi dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan.

“Ekonomi bumiputera kini melebihi paras 30 peratus daripada segi perolehan aset. Malangnya, bumiputera masih dikatakan berada di tahap kurang 20 peratus. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap?

“Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib lain. Sebagai warga Malaysia, tidak salah jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50 atau 60 peratus sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi,” katanya.

Beliau berkata, dari sudut berkenaan, jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini kurang berjaya memperjuangkan kaedah dan mekanisme penyampaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun daripada segi pembangunan, banyak kemajuan telah tercapai.

Justeru katanya, orang Melayu perlu menolak nisbah “sekurang-kurangnya 30 peratus” dan menggantikannya dengan setinggi-tinggi mungkin nisbah kekayaan negara untuk dimiliki oleh bumiputera.

Mengenai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, Rais berkata, ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara.

Katanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh menjalankan usaha pemantauan dengan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dengan segera.

Sementara itu, hadir sama pada program wacana tersebut ialah Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pembentang kertas kerja dan pembahas ialah Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman; Pensyarah Undang-undang Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Shaik Mohamad Nor Alam; peguam Zainur Zakaria dan Abdul Halim Abdullah.

Pelajar SBP tidak cemerlang perlu disingkir

Selepas pelajar mengambil UPSR dan mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 4A dan 5A, mereka ditawarkan ke sekolah menengah berasrama penuh. Tetapi selalunya pemilihan adalah secara rawak malah menggunakan sistem komputer dan kadang-kadang menggunakan kuasa kroni. Selepas dibuat kajian mereka ini ada yang tercicir keputusannya dalam PMR malah ada mengalami perubahan akhlak yang mendadak. Keputusan PMR yang bukan cemerlang iaitu 2A atau 3A ini perlu diberi perhatian bahawa pelajar ini perlu ditukarkan ke sekolah biasa dan pelajar yang cemerlang di sekolah harian dimasukkan ke sekolah berasrama penuh. Perlu berlaku pertukaran ini kerana banyak kes-kes buli, kerosakan akhlak dan displin di sekolah berasrama penuh berlaku juga. Sekiranya keputusan yang tidak cemerlang ini diambilkira, memang mereka yang keputusan ini tidak layak memasuki sekolah berasrama penuh kerana kriteria pelajar yang cemerlang adalah 8A1 atau sekurang-kurangnya mempunyai sahsiah yang baik dan keputusannya adalah 7A1 dan 1A2. 

 

  Kaedah pertukaran ini adalah penting supaya kita tidak menyekat kecemerlangan pelajar di sekolah harian sekiranya mereka ingin belajar di sekolah berasrama penuh yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang sesuai untuk pelajar yang cemerlang dan menyediakan guru yang berkualiti dan berijazah. Kajian perlu dilakukan kepada sahsiah dan kecemerlangan pelajar-pelajar SBP sekarang kerana banyak berlaku kes-kes buli, displin dan gejala sosial yang semakin meningkat di kalangan mereka. Justeru itu, sekiranya impak kehadiran mereka di SBP adalah negatif maka tindakan yang sesuai bukan hanya memberi nasihat atau pujukan tetapi menukarkan mereka terus ke sekolah harian biasa kerana pelajar yang cemerlang sahaja perlu berada di SBP bukan pelajar yang kurang sahsiah dan kurang cemerlang. Kita perlu meniru sistem pendidikan di MRSM kerana penilaian pelajar adalah pada permulaan peperiksaan yang pertama iaitu penilaian satu lagi. Kecemerlangan 100% adalah keputusan semua A dalam SPM dan PMR dan mempunyai sahsiah yang melambangkan pelajar SBP yang sebenar serta aktif dalam kokurikulum. Perkara ini perlu diambilkira oleh Menteri Pelajaran kerana sebelum merebak perkara-perkara displin negatif ini merebak dan mengganggu keputusan pelajaran bagi pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Saya sebagai guru di SBP berpendapat bahawa keputusan berorientasikan peperiksaan ini perlulah cemerlang 100% daripada segi sahsiah dan kokurikulum juga, maka kepandaian seseorang bukan lambang bahawa mereka cemerlang sahsiah dan akhlaknya. 

 

  PELAJAR yang diterima masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) adalah mereka yang memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada hakikatnya tidak semua pelajar ini yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Begitu juga, peratusan pelajar yang mendapat 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga adalah kecil. Ertinya, tidak semua pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah dapat mengekalkan kecemerlangan mereka di sekolah menengah.

Sebahagiannya berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang berasa selesa kerana mereka tahu yang mereka tidak akan disingkirkan dari SBP walaupun tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Pada hari ini, ada pelajar yang memperoleh kurang 4A dalam peperiksaan PMR masih boleh meneruskan persekolahan di SBP. Mereka ini akan terus kekal di SBP yang sama sehingga tamat Tingkatan Lima dan selalunya pelajar ini juga yang akan mencatatkan keputusan yang tidak memberangsangkan dalam SPM nanti. 

 

 

 

  Selalunya pelajar lemah ini akan hilang fokus kepada pembelajaran mereka dan akan terbabit dalam gejala salah laku disiplin di sekolah. Jadi dengan cara ini diharapkan masalah disiplin di SBP dapat dikurangkan kerana hanya mereka yang berminat mengikuti program yang ditetapkan berada di SBP.

  Ibu bapa pelajar juga akan lebih sensitif dengan keadaan ini dengan memberi perhatian serius kepada prestasi akademik anak-anak mereka. Jadi mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan pihak sekolah jika masalah yang timbul pada anak mereka.

  Pihak sekolah pula akan mengekalkan usaha mereka bagi memastikan tiada pelajar mereka yang disingkirkan dari sistem SBP demi menjaga nama baik sekolah.

  Kita boleh menjadikan keputusan PMR pelajar sebagai penanda aras bagi menentukan kelayakan seseorang pelajar itu boleh kekal atau tidak di SBP. Contohnya pelajar mesti memperoleh keputusan sekurang-kurang 6A termasuk mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dalam PMR mereka. 

  Keputusan UPSR bukan segalanya kerana remaja ini mudah berubah menjadi seseorang yang lain apabila mereka meningkat dewasa, maka penilaian yang sesuai adalah penilaian berterusan dan dari masa ke masa penilaian itu berlaku kerana pemantauan itu lebih telus dan bukan hanya memberi nasihat selepas peperiksaan sahaja kerana pelajar ini akan keras kepala dan menjadi angkuh.. Kekuatan modal insan bermula di SBP dan perlu diambil model kepada seluruh sistem pendidikan Malaysia. Maka kesempurnaan akhlak dan pelajaran adalah penting. Mereka mungkin heranggapan sistem pendidikan di SBP adalah longgar tetapi dari kacamata saya, perlu ada tindakan yang konkrit yang mengubah dasar SBP yang hanya mengambil keputisan UPSR sahaja sebagai kriteria pemilihan seumur hidup mereka. Jadi apaguna kita membuat peperiksaan PMR, penilaian satu, pertengahan tahun, penilaian 2 dan peperiksaan tahun sebelum SPM sebenar. Maka wujud perbezaan ketara antara pelajar berusaha gigih dan pelajar yang malas. Kita perlu tunjukkan kepada dunia, kita benar-benar melahirkan modal insan yang benar tulen kesahsiahnya, keputusan peperiksaan cemerlang dan aktif dalam kokurikulm bukan berubah sekelip mata apabila memasuki SBP seperti kacang lupakan kulit.

Ucapan Merdeka Cikgu Izwan

Dewasa ini, kita lihat ramai remaja kita semakin buta sejarah. Ini menunjukkan betapa kita ketandusan bakal pengganti pemimpin yang akan datang. Kemerdekaan kita semakin tidak dihargai. Kita menjadi semakin lupa daratan sedangkan negara kita telah merdeka setengah abad. Oleh itu marilah kita singkap sejarah yang telah lama dilupai oleh bangsa kita sendiri. Negara kita bernama Malaysia bermula dengan seorang tokoh bernama Alahhyarham Tuanku Abdul Rahman. Beliaulah bapa kemerdekaan dan beliaulah yang bersusah payah menyatukan Tanah Malaya pada waktu itu dengan Sabah dan Sarawak. Tanpa beliau siapalah kita, tanpa subjek sejarah siapalah kita. Anak bangsa seharusnya mengenali beliau kerana tanpa beliau kita mungkin terus dijajah. Tanggal 31 Ogos 1957 wajib diingati dan dijadikan petunjuk aras bangsa kita bebas. Walaupun sudah merdeka, pemikiran kita tidak harus dijajah kerana bangsa penjajah terkini adalah barat. Mereka pandai menguasai ekonomi dunia, maka negara kita mestilah kuat dari segi ekonomi. Pembangunan holistik adalah matlamat yang kudus kerana melibatkan pembangunan modal insan. Inilah makna kemerdekaan sebenar kerana kemerdekaan itu perlu 100% bukan peniruan barat dan timur sahaja. Justeru saya sebagai pelajar, kita harus berbangga kita adalah rakyat Malaysia. Dan kita tidak harus lupa tanggal 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam potret sejarah Malaysia. Dari peristiwa ini terhasilnya Rukun Negara kerana pada waktu itu perpaduan kita semakin longgar. Tanpa rukun negara, mungkin ramai antara kita mungkin tidak hidup pun pada hari ini. Sejarah berdarah tersebut jangan sesekali kita lupa kerana sejarah mengajar kita tentang pentingnya perpaduan. Jangan kejar ekonomi, sejarah dilupai. Jangan yang dikejar, tertinggal, yang dikendong berciciran. Jangan ingin maju, maruah dilupai. Sifat patriotisme haruslah dipupuk sedari tadika.

Semalam yang lalu

Terpana kesendirian aku kelu,
Mencari-cari bingkisan hati,
Yang pernah hadir dulu,
Biarpun sementara tapi tetap di sanubari.

Riak-riak kembali meniti,
Kesabaran merona-rona hati,
Kelukaan di kala sudut hati digentari.

Tompokan nilai ujud di mati,
Titis hati umpama sampah,
Bingit suara tidak kedengaran,
Mencari selingkar ketenangan.

Ketumpulan nadi kian memamah usia,
Kejengilan iman tumpas melurah dana,
Bebas meliang-liuk menggunung,
Rentak kolot saling berganti,
Mengejar harakah.

Kilauan jiwa yang kulukis,
Pudar menghukum setiap langkah,
Membelakangi setiap kedepanan,
Mendepani setiap keremehan,
Meremehi setiap kepentingan.

Langit sudah dibutai,
Bumi sering dikejari,
Laut sudah dilayari,
Bila tiba tinta dan neraca,
Digempar, dilunak,
Tapi sebentar sahaja.

Luka semalam belum berhenti,
Menyelinap isi dan hati,
Semacam pahit tapi ada erti,
Menggari minda yang hitam,
Mencerah kabus yang tipis,

Guru wajib lawan burn out

The stress of teaching is often blamed on rowdy students and unrealistic expectations from school officials. But new research suggests that parents may be the real culprit in teacher burnout. The study, published this month in the psychology journal Anxiety, Stress, & Coping, surveyed 118 German schoolteachers who had been teaching for an average of 20 years. The questionnaires were designed to assess personality traits like perfectionism. They also measured the teachers’ level of burnout and their reactions to pressure from colleagues, students and parents. Although “burnout” is complex and different for every teacher, it’s usually defined as occurring when a teacher feels emotionally exhausted at the end of the day, appears cynical or uncaring about what happens to students and feels as if he or she has reached few personal goals. Although perfectionism is often linked with job stress, teachers with perfectionist tendencies in this survey weren’t more likely to have burnout. But teachers who felt pressure to be perfect or experienced criticism for being imperfect were more likely to have burnout. Notably, the highest pressure to be perfect didn’t come from students or colleagues but from parents. While the data come from German schools, the researchers note that many of the demands of teaching, including disruptive students, high expectations from school officials and close scrutiny from parents, are universal. The issue of teacher burnout is important because American schools today are experiencing high levels of teacher turnover as baby boomers retire and new teachers leave the field. According to the most recent Department of Education statistics available, about 269,000 of the nation’s 3.2 million public school teachers, or 8.4 percent, quit the field in the 2003-2004 school year. Thirty percent of them retired, and 56 percent said they left to pursue another career or because they were dissatisfied. The National Commission on Teaching and America’s Future has calculated that nearly a third of all new teachers leave the profession after just three years, and that after five years almost half are gone. To be sure, many issues play a role in teacher burnout and turnover. Dwindling school resources, low pay and high expectations for test scores from school districts are just some of the challenges teachers face. But the data from the German study also show that parents can have a big impact on a teacher’s happiness and stress, said study coauthor Joachim Stoeber, senior lecturer in psychology at the University of Kent in Britain. Said Dr. Stoeber, “Teachers should focus on their students’ expectations and needs and get support from colleagues if they feel overwhelmed, but not try to make overly demanding parents happy.’’

Pages