HIT COUNTER

Wednesday, February 18, 2009

Mansuh PPSMI

Sains dan matematik perlu diajar semula menggunakan bahasa Malaysia kerana faktor kesurvivalan bangsa Malaysia bergantung kepada bahasa sendiri bukan menggunakan bahasa asing. Kita ikut bangsa Jepun dan bangsa German. Kekuatan bangsa-bangsa ini adalah kerana mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dalam memajukan teknologi mereka sendiri. Kita perhatikan petunjuk jalan atau signboard di negara mereka adalah menggunakan bahasa mereka sendiri 100% tanpa ada tekanan menggunakan bahasa asing yang lain. Memang bahasa lain perlu dipelajari dan dihayati tapi bab hakikat kemajuan bangsa adalah melibatkan pemahaman anak-anak muda yang dari kecil dibudayakan dengan bahasa ibunda atau lebih sesuai dipanggil bahasa bumi mereka. Mereka berasal dari situ, biarlah mereka menggunakan bahasa mereka sendiri, jangan dipaksa anak-anak kecil kita dipaksa menelan bahasa yang mereka sendiri tidak faham. Memanglah subjek Sains dan Matematik menggunakan banyak istilah-istilah dalam bahasa asing tetapi adakah berubah jika kita menggunakan bahasa Malaysia? Adakah mereka faham teori-teori dan fakta menggunakan bahasa Malaysia? Tentulah ya. Kerana itu sahaja bahasa pengantar paling lama dan difahami oleh mereka. Adalah menyusahkan dan mengelirukan menggunakan bahasa Inggeris kerana mereka terpaksa merujuk kepada kamus malah menjawab soalan Sains pun terpaksa mengikut skema jawapan di belakang buku tersebut sekiranya tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Apa guna PPSMI tetapi soalan masih berbentuk dwibahasa. Baik menggunakan bahasa Malaysia 100% kerana pelajar lebih selesa dan meyakinkan. Kita lihat kes-kes sekarang contohnya penahanan kedatangan rakyat Malaysia di Britain kerana pendatang haram dari China. Tak mustahil pelajar-pelajar kita akan ditahan kerana kes-kes ini. Dan tak mustahil pelajar kita masuk lokap kerana kurang masalah visa sahaja kerana mereka hendak menyambung pelajaran di sana. Dan apa guna mereka belajar menggunakan bahasa Inggeris dan pada akhirnya di IPTA menggunakan bahasa Malaysia juga. Sepatutnya PPSMI dilaksanakan secara menyeluruh bukan pada peperiksaan UPSR sahaja kerana ini melibatkan masa depan mereka kerana mereka akan menyambung pelajaran di universiti tempatan juga. Sekiranya pelajaran di sekolah adalah bahasa Inggeris manakala di IPTA adalah bahasa Malaysia, maka objektif PPSMI adalah tidak sampai malah tersekat di sekolah sahaja. Bukankah masa pelaksanaan PPSMI adalah 2006 ke 2010 atau mengikut PPIP atau Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Maka kementerian pelajaran Malaysia perlu memansuhkan PPSMI sebelum terlambat atau akan menyebabkan faktor kesurvivalan bangsa bumiputera akan terbantut. Kita takut suatu hari nanti tiada orang Melayu yang dapat menguasai bahasa Malaysia apatah lagi kaum-kaum lain. Jangan harap orang-orang kita hendak menguasai bahasa Inggeris semata-mata kerana menjawab soalan temuduga semasa mula-mula hendak bekerja di syarikat asing yang datang ke negara kita. Apa salah diwujudkan jawatan penterjemah malah menambah peluang pekerjaan bukan menambah jumlah pengganggiuran siswazah pada hari ini. Siswazah hari perlukan pekerjaan bukan penguasaan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah sekadar bahasa. Syarikat-syarikat besar dan kecil jangan memangkah siswazah hanya kerana mereka tidak pandai berbahasa 

Inggeris kerana mereka berasal dari negeri yang kuat loghatnya sejak dari lahir. Jangan salahkan slanga yang salah kerana itulah sahaja bahasa mereka dari kecil. Perlu wujud kesedaran bahawa bahasa Inggeris adalah sekadar medium bukan penyambung kemajuan kita.

4 comments:

  1. assalamualaikum..,kita tidaK perlu menyalahkan bahasa inggeris itu sendiri kerana pelajar kurang menguasai bahasa inggeris.Janganlah kita mempertikaikan pelajar perlu mencari maksud frasa bahasa inggeris dalam kamus.Hal ini kerana,memang hakikatnya pelajar kini perlu menguasai bahasa inggeris.Oleh itu kaedah mencari maksud-maksud tertentu dalam kamus adalah kaedah yg sangat bagus dan memang perlu dipupuk dalam kalangan pelajar.Ini tidak sepatutnya menjadi pendirian kita untuk memansuhkan bahasa inggeris itu sendiri dalam isu ppsmi ini.Hakikatnya,dunia pada hari ini memang tidak boleh lari daripada penguasaan bahasa inggeris,namun jika bahasa ibunda kita sudah semakin susut dan sudah tidak lagi dijadikan "lingua franca"dalam kalangan rakyat di Malaysia,perlunya tindakan yang sangat drastik untuk mengubah masalah ini.Intihanya,penguasaan bahasa inggeris memang perlu dijalankan dalam sistem pendidikan tetapi dengan peningkatan cara Pembelajaran dan Pengajaran subjek bahasa inggeris itu sendiri.KITA AGUNGKAN BAHASA IBUNDA,KUASAI BAHASA ASING

    ReplyDelete
  2. Yes memang kita perlu kuasai kedua-duanya. tetapi apa hasilan PPSMI ini berjaya? adakah kita sudah boleh bersaing dengan pelajar cina?

    ReplyDelete
  3. hana sebagai pelajar aliran sc sokong PPSMI

    tapi hana setuju dgn pendpt kakak hana bakal seorg cg x sokong PPSMI kpd pelajar sekolah rendah sbb x semua mereka bagus dlm BI mahupun BM dan masih t'lalu awl untuk mereka mempelajari subjek m3 dan sc dlm BI .

    alamak skemanya hana haha

    ReplyDelete
  4. 2012 PPSMI dimansuhkan, terlalu banyak eksperimen, maruah pendidikan dan mase depan anak-anak perlu diperhalusi sehalus-halusnya. bukan eksperimen sahaja.

    ReplyDelete

Pages