HIT COUNTER

Tuesday, April 20, 2010

Ketenangan Langkawi dan Piagam Pelanggan



Terima kasih diucapkan kepada pimpinan majlis. Yang dihormati, Tuan Haji Syed Mahizan B. Syed Hashim, Ketua Penolong Pengarah Matematik, Jabatan Pelajaran Negara, pemerhati Encik Zulkifli dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum apa-apa, ingin saya lontarkan serangkap pantun:-

Dari pekan Kuah hingga makam Mahsuri,
Makan mi hailam bersama agar-agar,
Piagam pelanggan tajuk diberi,
Kalau tak faham teruskan mendengar.

Saya panjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t yang dengan izin dan kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk memberi sedikit pengucapan awam. Definisi Piagam Pelanggan mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut:
Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian.
1. Suka saya sentuh kata kunci budaya ilmu itu. Sayugia usai sudah pembelajaran remaja kita sekarang di sekolah, mereka ada yang lupa terus apa yang dipelajari dan hanyut dalam dunia mereka sendiri. Mereka bakal menjadi mat rempit, bohsia, bohjan, buang bayi merata-rata dan sebagainya kerana mereka tidak mempunyai panduan hidup. Itulah KPM mahu menerapkan pembelajaran sepanjang hayat melalui budaya ilmu yang konsisten. Jadi bagaimana kita nak remaja sekarang ini tidak terjebak dalam gejala sosial sehabisnya persekolahan mereka? Sudah tentulah melalui pembudayaan di sekolah lagi. Displin yang ketat akan mengingatkan mereka sebelum mereka melakukan sesuatu kesalahan. Contoh, pemikiran satu minit atau dua minit, kalau diingatkan setiap hari, sudah tentulah tertanam dalam kotak minda mereka dan diaplikasikan dalam bentuk fizikal atau mental. Seminit sebelum mereka mencuri, kita sudah mengingatkan kesan mencuri, masukkan penerangan mengenai hukum hudud pun boleh juga kalau terpaksa kerana. Seminit sebelum mereka fikir untuk tidak solat, kita sudah berdiri tegak dengan kayu beluti atau lain-lain. Untuk mendisplinkan pelajar, tiada istilah berlemah-lembut kerana mereka lebih ingat hukuman yang keras berbanding pengumuman nama dalam perhimpunan. Contoh, saya dulu masa sekolah pernah kena tangkap kerana fly asrama, lepas tu kena rotan di punggung. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang bunyi rotan di punggung saya ni.

2. Bayi yang dilahirkan ke dunia ini adalah suci bersih murni macam minyak seri murni takde kolesterol lagi. Jadi kitalah ibu bapa mereka selepas mereka sampai umur 7 ke 17 tahun kerana separuh hari mereka berada di sekolah. Displin pelajar sekarang agaknya dilonggarkan kerana ada ibu bapa yang menyaman guru tetapi mereka tidak pernah terfikir tentang sahsiah anak-anak mereka sendiri. ‘Kalau tiada angin, pokok takkan bergerak’ kalau ada rambutan sebakul, mesti ada sebiji yang rosak’, Cerita spongebob squarepants pun mesti dipelajari kerana bagaimana seekor binatang primitf span boleh hidup dalam air laut yang masin tanpa apa-apa organ? Itulah orang cakap jadilah seekor ikan, bukan ikan dugong tapi ikan pari-pari. Isinya sedap walaupun berbilion-bilion air masin masuk dalam badannya. Ini kerana dia Berjaya menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Tak kira pengaruh kawan atau pengaruh barat, kerana mempunyai pegangan agama dan didikan keluarga yang mantap.

3. Sebagai seorang pendidik, kita mesti adil dalam memberi persepsi kepada semua bangsa. Itulah hati dan perasaan seorang manusia jika tidak dijaga akan mudah terguris kerana dikeji kerana kulitnya, kepandaiannya, fizikalnya dan kekayaan atau kemiskinnya. Kerana pendidikan adalah untuk semua, macam slogan Airasia, kini sesiapapun boleh terbang.

4. Jentera pentadbiran dan professional mestilah selari dalam apa jua perkara contoh hal kebajikan, kelicinan pengajaran dan pembelajaran, serta displin pelajar. Ini boleh dilaksanak melalui kaedah komunikasi yang berkesan iaitu tanpa menghiris hati mana-mana pihak. Jentera dan system pendidikan berjalan lancer sekiranya tiada unsur tidak puas hati dan dengki disingkirkan dahulu. Percaturan percakapan halus dan transparent melancarkan system ini.

5. Budaya keisan bermaksud gila kerja. Bukannya kerja 24 jam tetapi semasa kerja pukul 8 sampai ke pukul 2 tengahari, kita harus professional . Pembudayaan datang awal, tidak bertangguh, seronok bekerja, bekerja seronok dan rajin adalah budaya gila kerja bukan sampai memudaratkan kesihatan tetapi kaedah guru smart.

6. Staf yang mempunyai cirri-ciri berkenaan lahir daripada sikap pentadbiran dan diri-sendiri juga. Pentadbiran yang telus, bijak mengambil hati, dan tegas akan dipandang tinggi oleh staf-staf bawahan seperti kami. Manakala staf sendiri mempunyai sikap berdikari, pantas bekerja dan berfikira, serta dari masa ke masa berkomunikasi dengan pihak pentadbiran sekiranya terdapat masalah, Kerjasama yang erat ini akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan merupakan modal insane yang hebat.

7. Kemudahan infrastruktur juga memainkan peranan penting. Jika bangunan sekolah tidak selamat, bagaimana kita nak kerja dengan tenteram dan aman. Contoh bangunan sekolah sudah retak sana retak sini, maka guru dan pelajar akan rasa tidak selamat. Maka pemantauan oleh pihak atasan kepada masalah infrastruktur ini adalah amat wajib kerana melibatkan masalah nyawa dan kerugiaan berjuta-juta. Manakala perkhidmatan penyayang adalah komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian dan bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu dan bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

8. Langkah-langkah kerajaan amatlah dihargai. Contohnya baru-baru ini Menteri Pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji beban tugas guru. Ini adalah penting kerana tidak akan mengganggu pnp dan guru boleh bekerja dengan tenang.

Tegasnya, piagam pelanggan adalah budaya, amalan dan persekitaran yang wujud dalam sesebuah organisasi. Persekitaran organisasi yang kondusif, hubungan antara pekerja, sikap majikan, kaedah dan gerak kerja, etika pekerjaan, misi dan visi organisasi, piagam pelanggan dan sebagainya akan mempengaruhi iklim dalam sesebuah organisasi. Biasanya, iklim antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain berbeza kerana banyak bergantung kepada sikap individu dalam organisasi tersebut. Sekiranya kakitangan dan majikan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, terhindar daripada karenah birokrasi yang tinggi, maka secara tidak langsung organisasi tersebut telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah organisasi yang mempunyai iklim yang positif dan begitu juga sebaliknya.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Pages