HIT COUNTER

Sunday, April 4, 2010

Kecewa dengan keadaan jalan ke makam J.W.W. Birch dan makam Sultan Mahmud Shah

Baru-baru ini, saya teringinlah melawat ke tempat bersejarah di Kompleks Bersejarah Pasir Salak. Sepanjang perjalanan, memang jalan rayanya amat sederhana kualitinya, tetapi saya telah terpandang suatu papan notis menunjukkan makam Sultan Mahmud Shah dan makam J.W.W. Birch, jadi teringinlah melawat makam mereka, saya masuklah ke dalam simpang tersebut. Saya berasa hairan kerana jalan yang ada amat sempit. Saya bertanya kepada orang kampung di situ, adakah terdapat makam-makam tersebut. Tetapi jawapan mereka amat mengecewakan. Mereka mengatakan jalan ke makam amat sempit dan hanya boleh dilalui oleh motorsikal sahaja dan hujungnya akan masuk jalan tanah merah. Tidak percaya, maka saya meneruskan perjalanan, setelah menyelusuri separuh jalan, baru saya mempercayai kata-kata orang kampung tersebut. Memang tiada jalanraya yang betul-betul berkualiti untuk melawat ke tempat yang begitu bersejarah itu. Jadi persoalan saya, adakah ini yang kita hendak tunjuk kepada anak cucu kita dan warisan kita akan datang bahawa jalan ke makam tersebut sebegitu rupa? Adakah kita tiada wang untuk membuat jalan ke makam tersebut? Adakah tiada bentuk penjagaan makam-makam tersebut atau diabaikan? Jangan sampai pelancong datang mencari makam tersebut tetapi kecewa setelah melihat kualiti jalan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Pages