HIT COUNTER

Friday, April 2, 2010

Dasar Ekonomi Islam

Malaysia wajib mengamalkan dasar ekonomi Islam kerana keseimbangan dan kesederhanaan sifat agama Islam dalam semua aspek kehidupan. Ada beberapa aspek yang wajib diambilkira sekiranya slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ hendak diaplikasikan ke peringkat antarabangsa.

Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja rapuh malah bersifat self-destructive atau makna langsungnya bermaksud menghancurkan diri sendiri. Inilah realiti wajah dari sistem yang terbit daripada aqidah sekular yang pasti tidak akan pernah menyelesaikan permasalahan manusia, malah menimbulkan lagi perbagai masalah yang bukan alang-kepalang kepada dunia seperti kemiskinan, jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kerosakan merata (collateral damage), hilang sifat kemanusiaan, bahkan perang dan penindasan di mana-mana. Apabila diteliti dengan lebih mendalam, seseorang itu tidak boleh menafikan bahawa krisis ekonomi yang melanda dunia dikala ini adalah disebabkan oleh penerapan sistem ekonomi kapitalisme oleh Barat yang diterajui oleh AS. Sejarah membuktikan bahawa, penerapan sistem ekonomi kapitalisme ini akan menyebabkan munculnya kegoncangan demi kegoncangan di dalam ekonomi. Ia akan dihadapi oleh dunia dalam sela masa tertentu secara berkala. Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Thahir Abdul Muhsin Sulaiman dalam bukunya Ilajul Musykilah al-Iqtishadiyah bi al-Islam, yang menyebut krisis ekonomi dalam sistem kapitalisme adalah bersifat 'siklik'. Ertinya, pertumbuhan ekonomi yang terjadi hanyalah putaran menuju puncak untuk kemudian jatuh ke lembah krisis kembali dan begitulah seterusnya. Krisis ekonomi bersifat 'siklik' ini benar-benar terjadi di seluruh dunia, hanya sahaja kala putarannya berbeza-beza. Bagi negara-negara maju seperti AS, Eropah dan Jepun kala putarannya adalah sekitar 25 tahun manakala negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia, Thailand dan seangkatan dengannya biasanya sekitar 7-10 tahun. Negara-negara Asia termasuk Malaysia kali terakhir dilanda kegawatan adalah tahun 1997 dan perkara ini dijangka akan berulang pada dekad pertama abad ke-21 ini.

Apabila diteliti lebih mendalam terdapat dua faktor utama yang menyebabkan sistem ini bersifat self-destructive. Pertama, persoalan mata wang yang mana mata wang suatu negara pada saat ini terikat pada mata wang lain (contohnya ringgit terhadap dollar AS), tidak pada nilainya sendiri. Demikian itu nilai mata wang tersebut tidak akan stabil, kerana sekiranya nilai mata wang tertentu bergejolak, pasti akan mempengaruhi kestabilan mata wang tersebut. Maka apabila nilai mata wang tidak stabil, maka kegiatan ekonomi secara keseluruhan akan terganggu kerana mata wang itu ibarat lokomotif yang menggerakkan gerbang kegiatan ekonomi. Kedua, kenyataannya sekarang ini, wang itu tidak lagi sekadar medium pertukaran untuk mendapat barang atau jasa perkhidmatan dalam sektor realiti, tetapi juga sebagai komoditi dalam sektor non-real iaitu diniagakan (dalam bursa mata wang dunia), diperjudikan (dalam bursa saham dan kegiatan yang sejenis) dan ditarik keuntungan (melalui interest atau dengan kata lain bunga atau riba dalam perbankan) dari setiap transaksi atau penyimpanan wang.

Pertama sistem perbankan wajib menghapuskan 100% unsur riba atau faedah keuntungan sepenuhnya. Hasil pelaburan yang dibuat atau diniagakan dalam bentuk saham hendaklah disedekahkan kepada orang miskin atau pihak yang amat memerlukan. Bank konvensional yang ada hari ini wajib memberi pinjaman kepada golongan perseorangan tanpa mengira latarbelakang tetapi mengambilkira prestasi bayaran balik sahaja. Kadar faedah juga dihapuskan sekiranya langkah transformasi ekonomi ini hendak dilaksanakan supaya tidak terdapat kerugian kepada mana-mana pihak iaitu ‘win-win situation’. Keikhlasan itu penting dalam apa jua bidang.


Aspek kedua adalah pendapatan perkapita rakyat Malaysia mesti selaras dengan kemajuan Negara dan harga barangan di pasaran. Kita hendak mengurangkan inflasi dan defisit, kita mestilah mengatasi masalahnya daripada akar umbi ekonomi tersebut kerana aliran atau kecairan wang bermula daripada RM0.10. Jadi bagaimana kita hendak meningkatkan pendapatan perkapita rakyat Malaysia supaya sebanding dengan rakyat Arab Saudi dan rakyat Amerika Syarikat? Jalan penyelesaiannya adalah mengurangkan bilangan syarikat dalam Bursa Saham Malaysia. Ini adalah kerana ekonomi Islam mengelakkan persaingan tetapi kerjasama. Sebaliknya nilai matawang ringgit dipengaruhi oleh nilai dagangan saham di Bursa Saham Malaysia ini kerana banyak syarikat yang menyertai bursa. Maka nilai mutlak atau nilai sebenar ekonomi kita tidak diketahui kerana terlampau banyak variasi. Syarikat-syarikt Government Listed Company seperti Petronas atau Sime Darby dibenarkan terus berada dalam bursa. Tetapi syarikat-syarikat kecil ditubuhkan Koperasi Saham atau entiti berlainan supaya mereka tidak ketinggalan dalam semua aspek ekonomi. Apabila pengasingan ini dilakukan maka, jumlah komposit atau nilai dagangan ringgit dan jual beli adalah setaraf dengan Negara Jepun, maka nilai matawang kita akan meningkat. Pengasingan ini wajib dilakukan supaya nilai matawang kita agak jauh ketinggalan berbanding dengan Negara Amerika Syarikat. Contoh gaji seorang jurutera di Malaysia adalah RM6000 tetapi sekiranya jurutera tersebut bekerja di Amerika Syarikat mungkin gajinya hanya RM2000 sahaja. Betapa terdapat jurang di situ kerana nilai matawang yang jauh. Barang diimport contoh kereta Mitsubishi juga menjadi mahal apabila dijual di Malaysia kerana masalah perbezaan matawang dan bayaran kargo. Ini menyebabkan tidak ramai rakyat Malaysia mempunyai taraf kehidupan yang setaraf dengan gaji masing-masing kerana membayar harga kereta yang mahal padahal harga kereta tersebut adalah murah sahaja sekiranya kita membeli kereta di Negara Jepun, contohnya. Seorang pekerja am di Arab Saudi mampu memiliki kerata Proton Perdana tetapi di Malaysia pekerja am hanya mampu memiliki kereta kancil sahaja. Kita hendak mengurangkan ideologi kapitalisme atau menghapuskan terus pasaran terbuka ini kerana nilai matawang kita ditentukan oleh speculator pasaran. Tetapi nilai matawang kita hendaklah dikawal oleh kemajuan ekonomi kita. Apalah sangat beza ekonomi kita hendak dibandingkan dengan Singapura tetapi oleh kerana perbezaan nilai matawang, kita dipandang rendah oleh mereka.

Dengan kata lain, yang menjadi pemacu kepada terjadinya krisis ekonomi adalah sektor non real atau kewangan, yang memang dikenali sebagai sektor yang penuh dengan spekulasi. Kekacauan di sektor ini menyebabkan kekacauan di sektor real (produksi,perdagangan dan jasa perkhidmatan). Harga-harga barang dan jasa perkhidmatan naik bukan kerana hukum permintaan dan penawaran (supply and demand) tetapi kerana riba bank yang meningkat dan terjadinya penyusutan nilai ringgit terhadap dollar AS.

Maka ditegaskan Dr Thahir Abdul Muhsin bahawa bunga bank merupakan salah satu punca ketidakstabilan sistem ekonomi dunia. Al-Quran telah meyebut sekeras-kerasnya dalam surah al-Baqarah:275-276 sebagai orang yang tidak dapat berdiri tegak bagai orang dirasuk syaitan, disebut sebagai random walk, suatu istilah yang menggambarkan pola langkah orang yang mabuk. Malah ditegaskan juga menurut hadis (riwayat al-Hakim dan Baihaqi) yang menggambarkan aktiviti ekonomi yang berteraskan riba mengundang dosa besar laksana berzina dengan ibu sendiri.

Maka penyelesaian kepada permasalahan kepada krisis ekonomi dunia adalah dengan membakul sampahkan sistem ekonomi kapitalisme, dan menerapkan sistem ekonomi yang berlandaskan syarak iaitu meletakkan halal dan haram sebagai teras kepada aktiviti ekonomi masyarakat secara keseluruhan.

Dalam hal keewangan, sistem Islam membezakan antara wang dan modal. Wang adalah public goods manakala modal adalah private goods. Wang adalah milik masyarakat (public goods), maka kerana itu, Islam melarang melakukan penimbunan wang kerana pasti akan mengurangi jumlah wang yang beredar di dalam pasaran. Semakin cepat wang berputar dalam masyarakat maka semakin baik ekonomi masyarakat. Kalau tidak, sebagai private goods, dana itu akan dilaburkan dalam bentuk syirkah (kerjasama bisnes), dishadaqahkan atau dipinjamkan (qard) tanpa riba, dikeluarkan zakat.

Wang juga dikembalikan fungsinya iaitu sebagai medium pertukaran dalam sektor realiti lantas mata wang dibuat dengan sandaran emas(dinar) dan perak(dirham). Dengan dinar dan dirham, nilai nominal dan nilai intrinsik daripada penggunaannya akan bersatu. Ertinya nilai nominal mata wang akan dijaga oleh nilai intrinsiknya, bukannya olah daya tukar terhadap mata wang lain. Tidak akan ada sektor non-real dalam sistem ekonomi Islam, ekonomi akan betul-betul digerakkan oleh sektor realiti sahaja.

Khalifah Umar pada zaman ketamadunan Islam dahulu juga mengamalkan kaedah memberi gaji lumayan kepada hakim yang menyeleweng dan berlaku rasuah. Jadi segala keributan masalah rasuah juga dapat diatasi. Saidina Umar juga membanteras riba sehingga ke akar umbi. Jadi beliau wajib dicontohi dalam apa jua aspek ekonomi bukan meniru gaya barat yang memudaratkan.

No comments:

Post a Comment

Pages