HIT COUNTER

Tuesday, June 1, 2010

Tentera Berkecuali Islam Di Gaza

Sudah tiba masanya orang Islam mempunyai angkatan tentera mereka sendiri. Alasannya supaya umat Islam tidak diperkotak-katikkan oleh orang kafir atau orang Israel. Ianya boleh dilaksanakan dengan membuat perjanjian setiap Negara Islam perlu menghantar bilangan tentera mewakili ummah. Contohnya setiap Negara Islam menghantar seramai 300 orang tentera. Kita namakan tentera Islam ini Tentera Pengaman Islam supaya tujuan dan asal penubuhannya tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak dan diambil kesempatan oleh Amerika untuk diharamkan. Tentera Pengaman Islam ini akan bertindak sepantas yang mungkin apabila berlaku konflik di Negara-negara Islam yang mempunyai bilangan yang paling ramai di dunia ini. Kita ambil kes di Negara Palestin, Israel akan mengambil kesempatan apabila presiden Amerika, Obama belum dilantik dan tiada pihak yang berani menentang mereka atau membasmi keganasan mereka terhadap bumi Islam. Kelewatan Obama dilantik membawa komplikasi kepada dunia kerana dasar-dasar atau tindakannya lewat. Dan ini diambil peluang Israel untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza. Tetapi sekiranya Negara Islam bertindak pantas dengan menghantar tentera Islam Pengaman berbanding mengharapkan resolusi PBB yang lembap, maka Negara Palestin tidak akan diserang. Memang faktor Hamas tidak diiktiraf oleh dunia Amerika, tetapi Amerika tidak berani menyentuh Tentera Islam Pengaman. Ini kerana ianya akan diiktiraf oleh seluruh dunia. Kena ada keadilan dan penyeimbangan kuasa. Bukan kita tidak percaya kepada PBB tetapi siapa yang akan menyelamatkan umat Islam tetapi umat Islam sendiri. Setiap Negara Islam mempunyai tentera dan kelengkapan yang canggih dan perlu dipergunakan dalam kes Palestin ini. Tidak rugi sekiranya kita hantar setiap Negara 300 orang tentera. Contohnya Negara Syria, Jordan, Arab Saudi dan Malaysia yang kaya-kaya ini menghantar kelengkapan tentera, maka Israel tidak akan berani. Maka perlulah ada pihak yang memulakannya, maka pihak tersebut adalah Negara Malaysia yang tercinta ini. Sampai bila tentera kita nak berperang. Kelengkapan dah canggih maka gunakan untuk mempertahankan umat Islam. Adalah berdosa kita tidak mempertahankan nyawa umat Islam di sana sedangkan kita di Malaysia bergoyang kaki. Tidak cukup dengan hanya menghantar makanan atau wang, tetapi kita perlu menjaga kiblat yang dahulunya disembah oleh umat Islam iaitu masjidilharam Baitulmaqdis yang kian terancam. Maka tentera Islam Pengaman ini akan bertindak neutral iaitu mengelakkan pembunuhan oleh Israel yang kejam ini dan menghancurkan masjid yang penting itu. Adalah wajib kita menjaga kebajikan umat Islam ini, maka apabila Tentera Pengaman Islam ada, maka penyampaian makanan, ubatan dan doktor selamat digunakan oleh rakyat Palestin. Pihak MERCY dan UNESCO boleh melaksanakan tugas mereka dengan lancar dengan bantuan tentera pengaman ini. Tidak cukup dengan mencadangkan tribunal jenayah antarabangsa kerana hanya pemimpin saja dihukum tetapi kekejaman masih terus berlaku. Tentera Pengaman Islam ini juga boleh membantu dalam kes-kes bencana seperti tsunami di Acheh kerana boleh menyelamatkan orang-orang yang hanyut ke laut. Pihak Amerika tidak akan dapat mencari alasan keganasan tetapi tentera ini mempunyai objektif keamanan maka tiadalah berlaku kuasa Veto yang sering disalahgunakan oleh Amerika. Kerana contohnya pihak OIC mempunyai tentera pengaman sendiri samalah seperti pihak NATO. Tiada pihak berani mempersoalkan atau mencabar kewujudan Tentera Pengaman Islam ini sekiranya pihak Malaysia bertegas melaksanakannya kerana kita pihak berkecuali. Kita wajib menjaga saudara kita di Palestin kerana tanpa mereka, Islam sudah tiada makna kerana mereka mempertahankan kiblat kita.

No comments:

Post a Comment

Pages