HIT COUNTER

Wednesday, June 30, 2010

Kaedah menggantikan UPSR dan PMR untuk membasmi gejala sosial pelajar

Pemansuhan UPSR dan PMR adalah tindakan yang relevan sekirannya mengambilkira masalah sosial sekarang. Pemantapan sistem sosial di sekolah barulah pemantapan penghasilan produk di peringkat tertinggi contohnya di universiti. Pemeringkatan berturutan iaitu penyamaan sistem di universiti yang lebih menyeluruh mesti diamalkan di sekolah lagi. Ini supaya tiada kejutan budaya, malah memberi ruang kepada pembaikan sosial remaja sekarang kerana tidak berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Kita ambil contoh pembudayaan agama Islam di dalam Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pengambilan pelajar sekolah daripada Asia Tengah contohnya Arab Saudi dan Jordan ke dalam sistem persekolahan kita dapat menghidupkan obor Islam dalam jiwa pelajar. Ini kerana mereka mempunyai budaya berlainan. Tidak salah kita meminjam mereka selama sebulan atau 2 bulan untuk menuntut atau membuat kajian di sekolah kita dan bercampur gaul sesama pelajar malah dapat meningkatkan kerjasama antara dua negara. Maknanya pelajar kita boleh mengelakkan budaya menghafal atau budaya last minute sebelum peperiksaan kerana mereka lebih menghayati nilai hidup yang sederhana dalam Islam.

Pemeringkatan akademik secara menyeluruh bermakna setiap aktiviti kokurikulum iaitu pencapaian dalan sukan, permainan, kelab dan persatuan diikuti tutorial atau latihan prep, penyertaan kelas PAFA atau keagamaan serta kehadiran harian dan penilaian akhlak berterusan adalah merupakan markah atau merit untuk melayakkan mereka memasuki Sekolah Berasrama Penuh untuk menggantikan UPSR. Manakala untuk menggantikan PMR adalah wajib markah latihan dimasukkan dalam laman web tertentu supaya markah latihan mereka dapat dipantau oleh ibu bapa atau surat laporan markah dihantar kepada ibu bapa mereka selepas setiap latihan. Penilaian menyeluruh ini bersamaan dengan kaedah menggantikan UPSR tadi tetapi lebih kepada 50% kokurikulum dan 50% kurikulum untuk penilaian kemasukan ke matrikulasi atau universiti terus bermula kepada tingkatan 1 sehinggalah ke tingkatan 5. Kehadiran ke kelas adalah 100% dan jika tidak hadir mesti bersebab dan sekirannya peratus kehadiran adalah kurang daripada 80% wajiblah pihak guru kelas mengurangkan markah untuk penilaian tersebut. Ini dapat mewujudkan persaingan di antara pelajar bumiputra yang selama ini lembab kerana mengamalkan kaedah belajar ‘last minute’ atau budaya berorientasikan peperiksaan iaitu hafal dan jawab sahaja tanpa ada pengisian menyeluruh kerana kita tidak kenal anak murid kita secara peribadi kerana lebih menitikberatkan peperiksaan semata-mata. Mengenai peperiksaan SPM adalah digantikan dengan peperiksaan yang dipilih oleh pelajar mengikut minat masing-masing tetapi subjek teras seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Sains dinilai daripada tingkatan satu lagi supaya mereka dinilai lebih menyeluruh. Semasa tingkatan 4 dan 5 mereka boleh memilih subjek yang diminati contohnya subjek Kimia dan peperiksaan adalah lebih kerap iaitu mengikut semester dan CGPA dicampur bersama-sama subjek teras dan penilaian menyeluruh daripada tingkatan 1.

Penilaian menyeluruh atau berasaskan sekolah ini mestilah dimeritkan mengikut sistem meritokrasi secara individu berasaskan kewajiban mengatasi masalah sosial sekarang yang menjadi-jadi dikalangan pelajar kerana mereka tidak tahu buat apa-apa menjelang tahun mereka tidak berhadapan dengan peperiksaan seperti tahun 1 hingga tahun 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 di sekolah kerana tumpuan mereka terarah kepada gejala negatif yang menular di luar kawasan persekolahan atau waktu persekolahan yang hanya tamat pada pukul 2 tengahari bagi sesi pagi dan hanya bermula pada waktu tengahari untuk sesi petang. Selebihnya mereka tidak dapat dipantau oleh diawasi oleh sesiapapun termasuk ibubapa, guru malah masyarakat sekitar. Jadi, untuk mengatasi masalah ini penilaian menyeluruh ini juga melibatkan waktu di luar persekolahan juga. Kaedah pelaksanaan adalah mudah iaitu penglibatan ibubapa sendiri dalam merekodkan markah anak-anak mereka ke dalam laman web Kementerian Pelajaran secara seminggu sekali iaitu latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Pemantauan ini wajib dilaksanakan oleh ibubapa kerana mereka tidak mempunyai alasan untuk menghentam pihak sekolah sekiranya anak mereka bermasalah kerana rekod markah kerja rumah anak-anak mereka direkodkan oleh mereka sendiri. Bukannya memerlukan banyak tenaga atau wang tetapi sedikit pengorbanan tetapi ini dapat menentukan masa depan anak-anak mereka sendiri. Bagi ibubapa yang miskin atau tinggal di kawasan pedalaman atau kawasan yang tidak mempunyai akses internet, pegawai kementerian yang akan datang merekodkan sendiri daripada ibu bapa mereka setiap bulan sekali.

Perkara yang paling subjektif dan sukar dinilai adalah penilaian akhlak pelajar di luar waktu persekolahan. Lagi sekali ibu bapa memainkan peranan penting atau pihak penjaga memantau pergerakan anak-anak ini dengan lebih mudah. Setiap orang pelajar mempunyai Pengurus Peribadi Pelajar mereka sendiri atau lebih digelar Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka inilah yang akan memantau, merekodkan pergerakan rakan mereka secara online secara harian dan ditugaskan 24 jam sepanjang waktu luar persekolahan dan bukan cuti persekolahan. Tetapi untuk pembimbing itu sendiri pun ada pengawas mereka sendiri iaitu ibubapa pelajar yang diawasi yang akan mendapat nombor telefon ibubapa pembimbing itu menjelang pendaftaran. Untuk tidak mengganggu masa belajar bagi pembimbing ini, maka waktu merekod penilaian akhlak ini hanyalah dalam bentuk diari dan direkodkan secara online sekali sebulan. Penilaian akhlak ini juga adalah merupakan penilaian meritokrasi ke universiti dan direkod dalam bentuk fail atau buku atau online sertaditambah pada markah nilai tambahan untuk dinilai oleh pihak universiti sendiri.

No comments:

Post a Comment

Pages