HIT COUNTER

Tuesday, May 18, 2010

Meningkatkan patriotisme rakyat Malaysia

Sudah tiba masanya gerakan kesedaran patriotik di antara Malaysia wajib dilaksanakan. Antara langkah-langkah mengesan nilai patriotik adalah
A. Pungutan suara – tak kiralah kaedah SMS, undian atau membuat kajian menyeluruh
Khas untuk rakyat Malaysia, penyertaan kaum bukan bumiputra termasuklah cina dan india
dalam perjawatan awam atau bekerja dalam kerajaan teramatlah kurang kerana faktor gaji. Oleh itu, amatlah diharapkan kerajaan dapat meningkatkan gaji penjawat awam yang lebih
kompetetif atau dalam arti kata lain, mengikut gaji di luar Negara. Contoh seorang guru di
Australia adalah RM3000 yang baru bermula tetapi di Malaysia hanya RM2000. Apa beza seribu ini? Inilah beza nilai patriotik kerana rakyat kita akan mula membandingkan gaji kita dengan Negara luar, kerana faktor taraf hidup yang semakin meningkat. Harga barang pun meningkat sepanjang masa termasuklah minyak tetapi gaji tetap di takuk lama. Kalau ada pun janji, hanya kerana meningkatkan prestasi sekolah. Kita tidak mahu kekurangan guru tetapi dalam masa yang sama kita mengurangkan daya tarikan bekerja sebagai penjawat awam dengan mengekalkan nilai gajinya. Kita tengok dengan kes gaji pegawai polis. Baru 20 tahun baru nak naikkan gaji. Kenapa begitu lama baru nak naikkan? Kerana kita kekurangan nilai patriotik. Kerana apa? Kerana melalui jawatan seperti polis, guru, bomba dan askar inilah kita dapat melahirkan rakyat yang lebih cintakan Negara Malaysia ini. Kita taknak remaja kita tidak terlibat dalam gejala sosial tetapi kenapa kita kekurangan guru lelaki di sekolah dan guru displin? Kerana faktor gaji. Kita bukan mempunyai rakyat Malaysia yang memilih kerja. Tetapi kerja yang memilih rakyat kita, atau lebih sesuai majikan yang memilih pekerja bukan pekerja memilih majikan. Gaji pula ditentukan sesuka hati oleh majikan kita dan contoh yang terbaik adalah kerajaan kita sebagai majikan dan penjawat awam ini adalah pekerja. Bayangkan seorang guru cina sanggup bersara awal untuk mengajar TESL di Australia kerana beliau berpendapat pendapatan di Australia adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. Bukan kita nak mempersoalkan nilai patriotik beliau tetapi kita mempersoalkan nilai patriotik kerajaan itu sendiri? Di mana letak statistik atau kajian yang beribu-ribu kalau akal dan logik tidak digunakan? Kita taknak kes AminulRasyid berulang-ulang. Kes polis menembak remaja tanpa membuat siasat lebih lanjut. Kita kena kaji apa masalah kedua-dua dan aspek menyeluruh. Membawa kereta tanpa lesen adalah masalah sosial dan menembak tanpa siasat adalah masalah etika polis. Tetapi siapa tahu masalah ekonomi adalah segala-galanya? Gaji adalah penting dalam menentukan nilai patriotik sesebuah Negara kerana masalah keluarga, masalah makanan, masalah bersosial, masalah peribadi dan masalah lain-lain. Kita nak sekat atau membuang terus masalah ini sebelum melarat.

Aspek patriotik juga boleh dikaji melalui pendidikan. Kenapa subjek sejarah atau kita tukar namanya kepada sejarah Malaysia tidak di ajar di sekolah rendah lagi? Kerana sistem kita yang berorientasikan peperiksaan 100% lagi. Kenapa kita tidak bertanyakan anak-anak murid kita di sekolah rendah siapa bapa kemerdekaan Malaysia? Berapa peratus yang boleh menjawab? Berapa peratus yang tidak boleh menjawab? Bukan tak tahu, tetapi tiada siapa yang ada buat kajian mengenai persoalan ini termasuklah pakar-pakar sejarah kita. Sejarah Malaysia kalau diajar secara mudah atau lebih menarik menggunakan video akan menyebabkan anak-anak kita akan lebih tahu mengenai sejarah Negara kita berbanding pengaruh lagu-lagu barat di televisyen atau rancangan berorientasikan realiti yang semakin menular dan membarah kini. Kita bukan meninggalkan aspek sains atau teknologi tetapi kita taknak anak-anak kita lupa akan asal usul mereka apabila mereka melanjutkan pelajaran di luar Negara dan menjadi rakyat Negara lain dengan menukar kerakyatan suatu hari nanti. Sejarah bukanlah subjek yang sukar diajar tetapi amatlah mudah di ajar malah lebih menarik perhatian kerana menyerlahkan semangat kebangsaan kita iaitu 1Malaysia. Sistem sekolah rendah kita bernama kebangsaan tetapi sayang subjek sejarah tidak disertakan sekali. Kenapa ini berlaku? Kerana dulu sekolah kita berasaskan kepada sifat vernakular atau berkiblatkan kepada Negara British tetapi sekarang kita hendak melahirkan rakyat yang beridentiti dan berintegriti mengikut acuan kita sendiri, maka kenalah ubah sistem pendidikan kita sedikit atau menambah apa-apa yang kita rasa bersesuaian dengan kehendak patriotik atau kita nak merencanakan pepatah ini, ‘melentur buluh biarlah dari rebung’. Anak-anak sekarang memang ‘advance’ dari segi teknologi dan sosial tetapi dari segi sejarah, apa yang mereka ada. Kita taknak kesilapan dulu berulang tetapi kita nak maju dengan bangsa yang mengenal siapa yang melahirkan dulu supaya tidak ramai tanggang yang dilahirkan sedari awal sekolah rendah lagi.

No comments:

Post a Comment

Pages