HIT COUNTER

Wednesday, July 22, 2009

Tasik Hati

Deruan manja air itu menyentuh rawan hati,
Sarat menyungai kalam intan jiwa,
menyelimuti setiap isi malam.

Dasar hati menyelindung usai kerinduan,
meniti kenangan lemah bersama,
tak terbayang dalam ingatan.

Damai jiwa untaian rimas,
kasih tunai mendahan sepi,
lembut selari menguliti lemas,
berpuput perlahan menuju arah

Cerunan hati menyiang cerlang sirna
penuh biasan rendah bersama pepatung
terkocak dek ombak kecil
jarang-jarang awan mewarnai bingkis permukaan
seru jiwa biasa menyentuh dasar

Hakikat tompokan waja menggamit perasaan,
Riak-riak ketenangan menguntum jaga
tak terkocak entahkan dari mana sirip telus
kiriman janji belum tentu terpateri

Tewas jua akan diri besok
perlahan-lahan menggerhana ke dasar hulu
pepohonan kalut menajami fikiran
dahanan rapuh sungguh menanti rebah
kerap kali dambakan hamparan seribu yakin

2 comments:

  1. serius Hana tak paham ...

    ReplyDelete
  2. Kefahaman itu perlukan pembacaan, bukanlah ilmu sahaja. Tasik hati menerangkan tasik dan perjalanan hati dari hari pagi ke petang

    ReplyDelete

Pages