HIT COUNTER

Monday, August 4, 2014

GAZA DI HATI

Gaza,
Kau bergegar lagi,
Kali ini lebih dahsyat dan menyayat,
Kalau kubisa kira mayat,
Membikin hati disayat,
 Nasib kian melarat.

 Gaza,
 Kau tiada siapa nak tolong
, Kalau ada anjing Israel melolong,
 Kau dipulau dibohong, Setelah sekian lama kau lemas dalam kolong,
 Kau teru diam tidak terdorong.

 Gaza,
Umpama kota Sadum,
Ditunggang terbalik,
 Tetapi,
Diisraelkan, dihukum, Dikepung, dibom, diterajang, dirogol, dipisah, dibunuh...
Wajahmu hampir tidak dicam,
Kerana kau keseorangan melawan,
 Kerana kau keseorangan menangkis,
 Kerana kau keseorangan berjuang,
Kerana kau mati atas nama Islam,
 Kerana kau mati,
 Arab masih tidak bersatu,
 Kalau kau hidup pun,
belum tentu mereka berani.

 Gaza,
Umpama kota Nabi Musa,
 Firaun tenggelam dalam Laut Merah,
Tetapi,
Israel menghantar hujan Sulfur,
 Kau mati bermandi darah,
Keparat Israel menyelingkuh anak daramu di masjidmu bergema di mikrofon,
Kau mendengarnya dengan kepiluan,
Rintihannya terakam dalam lunak sejarah,
Bisikannya menjelma dalam diari kitab moden,
 Jeritannya melolong menghiris danau kedamaian,
Dia mati syahid dalam masjid kau, Gaza.

 Gaza,
Kalau ada nyawa yang menjadi pengganti,
 Sudiku jadi pengganti,
Kalau ada negara yang boleh membunuh Israel,
Sudiku jadi jeneral peperangan,
 Kalau ada tempat kau berlindung,
Sudiku jadi khemah pelarian,
Kalau ada masa dapat kuundur,
Sudiku membina negara Palestin 1948

Tuesday, July 8, 2014

negara berpendapatan tinggi dan negara maju

Negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah meninggalkan kita jauh ke belakang atau dlm nilai tahunnya adalah mereka mendahului kita dalam lebih 10 tahun ke hadapan. Apakah ciri-ciri yang membezakan kita dengan mereka? Antara contoh terbaik adalah jalanraya dihasilkan dengan begitu teliti. Mereka tidak berkompromi mengenai hal ini kerana ianya melambangkan maruah negara tersebut. Selain itu, khidmat internet free. Tiada bayaran dikenakan malah terdapat broadband atau modem server yang kecil di atas lampu isyarat di setiap inci bandar Seoul. Selain itu khidmat bas elektrik yang mempunyai gps supaya mudah dikesan dan waktu yang sesuai untuk menunggu bas supaya tidak tertinggal bas. Kemajuan negara Korea juga dipacu oleh faktor industri perfileman yang bermutu. Ini dipengaruhi oleh faktor skrip filem yang bagus dan jalan cerita yang menarik, ini dapat mempromosi kebudayaan malah menarik minat masyarakat luar untuk melihat filem atau drama korea dengan lebih dekat lagi. Berbanding cerita atau filem orang Melayu yang ditongsampahkan dan tidak mempunyai nilai kebudayaan atau apa-apa nilai sekalipun. Jadi kita yang kena berubah, bukan orang luar yang nak memahami kita.

Wednesday, October 12, 2011

Sajak Untuk Orang Johor

"Kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyuman, marahnya dalam tertawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak" ---akukah pewaris empayar ini..

Tuesday, August 23, 2011

BAM tidak relevan dan wajib dibubarkan

Inilah langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya kita hendak melihat pemain kita Berjaya menjulang semula Piala Thomas yang diidamkan. Telah lama kita menunggu saat-saat itu sedangkan pemain-pemain kita mampu mencapai Piala tersebut tetapi BAM buat tak kisah atau acuh tak acuh sahaja. Memang berpatutanlah beregu kita Koo Kien Kiat dan Tan Boo Heong serta Zakry dan Fairuzuan tidak serius bermain mewakili Malaysia kerana hutang gaji mereka atau hadiah kemenangan mereka tidak pernah dibayar atau ditelan oleh pegawai BAM sendiri untuk tujuan kepentingan sendiri. BAM sanggup memperjudikan maruah Negara kerana tidak membayar wang kemenangan pemain kerana mereka merasakan mereka tidak akan disentuh oleh sesiapa tetapi luahan oleh jurulatih Rashid Sidek menunjukkan jelas bahawa mereka tidak mengambil berat mengenai pemain apatah lagi mengenai jurulatih. Apa yang penting apabila kalah, pegawai BAM akan mencuci tangan dengan menunding jari kepada para jurulatih sedangkan merekalah yang perlu dipersalahkan kerana mereka yang menjaga kebajikan pemain dan jurulatih. Kita melihat betapa tidak gembira regu kita bermain di gelanggang kerana poket di saku kering dan tidak mampu membayar hutang sendiri. Inilah masalah sukan sebenar di Malaysia. Orang atasan terus kekenyangan dengan wang kemenangan, tetapi kuli bawahan atau pemain sebenar dibiarkan terkontang-kanting. Nasib baik Nicol David Berjaya mencapai kemenangan dia sendiri tanpa mengharapkan sesiapa walaupun SRAM Berjaya mencungkil bakatnya, tetapi apabila melibatkan sukan berkumpulan ianya amat sukar diuruskan dengan baik atau menjaga imej masing-masing dengan mengambil berat mengenai kebajikan jurulatih dan pemain. Keseluruhan sukan akan terganggu sistemnya kerana pengurusan atasan mengelak dan mencampuri urusan gaji atau wang kemenangan pemain. Itulah kadang-kadang nilai neutral sukan atau ketelusan tidak boleh dicampuri dengan politik atau korporat kerana ianya merupakan dua bidang-bidang yang berlainan. Orang lain berjuang sampai ke titisan darah terakhir di gelanggang, mengeluarkan peluh dan mengeluarkan duit sendiri, tetapi ada golongan yang hanya tahu mahu kemenangan sekerap yang mungkin. Kita lihat tenaga Lee Chong Wei diperah sehabis yang mungkin kerana inginkan kemenangan demi kemenangan yang hendak dipaparkan tetapi rakyat kita hanya inginkan Piala Thomas kerana prestij piala tersebut mengatasi segala-galanya kerana skuad bolasepak kita belum mampu menggapai Piala Dunia. Ketajaman pemikiran dan kematangan sahajalah mengatasi masalah ini. Kita jangan lantik orang dari golongan korporat atau politik untuk menjawat jawatan presiden atau pengerusi tetapi lantiklah golongan berpengalaman dalam sukan sahaja. Contoh, kita boleh mengganti pengerusi BAM sekarang dengan Wong Peng Soon atau pemain terkenal Korea, Park Joo Bung kerana mereka lebih menguasai bidang ini dan tahu dari A sampai ke Z apa yang berlaku apabila pasukan kita kalah bukan hanya bertepuk tangan di atas rostrum atau muncul menemani Perdana Menteri kita setelah pemain kita menang sahaja. Cadangan membubarkan BAM sudah sampai masanya kerana sebelum masalah melarat atau tindakan memecat jurulatih sekarang kerana kalah dalam piala Thomas, kerana kita tidak mahu dipandang hina kerana pengurusan atasan yang tahu hanya member i alasan sahaja. Umpama politik sekiranya pemimpin didapati masalah rasuah, maka perlu disingkirkan sebelum pemimpin tersebut menjadi duri dalam daging atau menghancurkan Negara. Nilai kemenangan wang pertandingan atau wang rasuah adalah sementara atau hanya dikejari duniawi sahaja, tetapi maruah Negara atau ekonomi dan pelancongan Negara adalah penting untuk selama-lamanya. Ingatlah setiap apa yang anda ambil dari hak orang lain akan dikira oleh Allah, maka tanggung sendiri sekiranya balasan Allah adalah ‘cash’.......

Tuesday, July 5, 2011

Wajar ke pemansuhan subjek vokasional di sekolah harian biasa?

Pemansuhan subjek Kemahiran Hidup dan vokasional yang lain pada 2012 di sekolah harian biasa dan dipindahkan ke kolej swasta akan menyebabkan pelajar yang miskin dan tidak boleh membuat pinjaman akan gagal lebih teruk dalam pelajaran mereka. Langkah ke belakang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah kerana mereka hanya kejarkan wang dan ringgit bukan kualiti pelajar. Kuantiti lebih penting bagi mereka bukan kualiti pelajar. Ini kerana sekolah harian biasa telah lama mengajar subjek vokasional berbanding pensyarah yang tidak diketahui latar belakang mereka. Ini kerana kalau dimasukkan ke dalam subjek di kolej, maknanya subjek yang dipelajari disekolah semakin berkurangan. Subjek Kemahiran Hidup ini amat penting kerana mengajar bidang pertukangan, ekonomi rumah tangga, teknikal dan perdagangan. Kalaulah dimasukkan ke dalam sistem kolej, maka wujud sistem yuran dan pinjaman PTPTN. Ini menyukarkan pembelajaran malah menyukarkan pergerakan pelajar sebab jauh daripada kolej tersebut. Bukan semua tempat ada kolej yang baru wujud tersebut, takkan sekolah yang ada terus diubah kepada kolej tersebut. Adakah pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah harian biasa tidak perlu mempelajari subjek vokasional malah dipaksa masuk ke dalam kolej tersebut kerana keputusan UPSR teruk atau memang subjek tidak diminati oleh ramai pelajar? Kita tidak tahu bagaimana penilaian oleh Kementerian tetapi situasi ini amat janggal jika tidak diberi penerangan secara telus. Adakah pembelajaran subjek vokasional di sekolah teknik/politeknik juga wajib dimansuhkan jika menyahut seruan kementerian ini kerana mereka juga belajar subjek yang sama dan jika subjek berkenaan di’kolej’kan, maka tenaga pengajarnya dan silibusnya pun sudah tidak sama kerana mengikut keperluan kredit kolej. Ini perlu diterangkan oleh pihak kementerian secara lebih menyeluruh kerana ini melibatkan periuk nasi guru yang mengajar subjek vokasional ini, kerana mereka terpaksa mengajar subjek lain atau terpaksa menukar jawatan sebagai pensyarah di kolej berkenaan?

Tuesday, February 8, 2011

Kos sewa bilik perubatan hospital swasta mesti logik

Kos perubatan hospital swasta mestilah logik. Saya telah mengalami kejutan setelah diberi bil perubatan apabila bapa saya telah memasuki salah sebuah hospital swasta di Shah Alam. Sewa bilik perubatan adalah RM2 ribu. Jadi adakah ini merupakan kemajuan ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan? Adakah pihak swasta akan maju setelah mengenakan kos sedemikian? Adakah orang ramai akan menjadi lebih berminat untuk menjadi pesakit di hospital swasta lagi? Sudah tentu tidak. Kos yang mahal akan menyebabkan pendapatan orang yang sederhana akan menjadi lagi sesak apatah lagi terpaksa membayar insuran bapa saya yang telah digunakan. Adakah kerana sewa bilik perubatan di hospital swasta menjadi mahal kerana ada aircond atau layanan istimewa kepada pesakit sahaja. Malah makanan pun dicaj mahal. Kita bukan berada di Negara Amerika Syarikat atau England. Kita berada di negara dunia ketiga atau negara sedang membangun. Bayangkan pesakit Sakit Jantung terpaksa meminta sedekah kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempromosi diri di hospital. Kalau saya pun malu kerana menyatakan jenis penyakit sendiri di televisyen. Apakah semuanya kerana wang? Atau apakah hospital kerajaan tidak mempunyai infrastruktur atau kekurangan doctor yang kritikal? Kenapa tidak panggil sahaja graduan-graduan doctor daripada Mesir tersebut sahaja? Adakah cukai kerajaan akan berkurangan sekiranya kos perubatan atau sewa bilik hospital swasta menurun? Harga minyak pun susah nak turun, ini apatah lagi kos sewa bilik hospital swasta nak dinaikkan lagi. Adakah mereka tidak akan menyesal sekiranya pesakit yang mereka ubati tidak Berjaya hidup seperti kes arwah bapa saya. Setelah 3 kali diberi bantuan henjutan elektrik, saya telah diberi bil kos perubatan sebanyak RM56 ribu, ini lebih daripada insuran bapa saya yang hanya RM50 ribu. Adakah gaji doctor tersebut meliputi kos sewa bilik perubatan tersebut? Adakah doctor tersebut hanya seorang sahaja yang pakar sampai gaji meliputi RM56 ribu tersebut? Doktor yang baik dan bertanggungjawab tidak mengira kos atau wang untuk menyelamatkan nyawa seseorang, tetapi hospital swasta ini mengira wang dalam menyelamatkan wang seseorang. Sedangkan sewa bilik perubatan adalah RM2 ribu sehari, apatah lagi bayaran ubat-ubatan. Adakah dunia ini hanya terdiri orang-orang sedemikian. Sudah tentu tidak, kerana ramai orang yang lebih miskin dan berpendapatan kurang daripada saya. Apakah salah mengenakan caj sewa bilik perubatan sebanyak RM200 sehari. Sudah tentu tidak, malah lebih bertanggungjawab dan berhati perut. Adakah sakit jantung itu akan datang sekali seumur hidup dan terus hilang? Doktor hospital swasta pun takkan berani jawab. Kalau kos ubat-ubatan itu mahal, saya boleh terima, tetapi kos sewa bilik perubatan itu tersangatlah mahal. Kalau di hospital kerajaan pula lain kes, layanan mereka macam nak tak nak sahaja, makan gaji buta. Sekali lalu, terus blah. Pesakit terpaksa menunggu doctor selama berjam-jam. Jadi dimana pesakit-pesakit nak pergi kalau kedua-dua hospital swasta dan kerajaan begini? Bekas sultan Kelantan pun berubat di Singapura, malah Doktor Mahathir pun berubat di Australia. Kenapa? Perubatan kita sudahlah tidak setanding negara luar tetapi ada hati nak kenakan kos yang mahal sebegitu rupa. Mereka belum layak mengukur baju di badan tetapi ada hati nak minta hantaran yang mahal. Sudah tentulah orang akan reject. Jadi, dalam situasi harga-harga pasaran yang tidak menentu ini, kalau kos perubatan menurun, maka akan melegakan hati pesakit-pesakit yang tidak kunjung sembuhnya. Buat hospital kerajaan, berhati-hatilah sifat profesionalisme yang tidak professional itu akan menentukan masa depan anda dan masa depan hospital anda. Malah dinding bawah muka pintu masuk hospital anda tidak selalunya akan kukuh dan akan roboh bila-bila masa sekiranya anda tidak pernah mendoakan kesejahteraan pesakit anda sekalipun. Kerana Allah akan menilai setiap zarah perbuatan anda dan kadang-kadang Tuhan akan bayar cash di dunia ini.

Monday, January 17, 2011

Matawang negara-negara Islam mesti disatukan seperti Euro

Negara-negara Islam mesti meniru kaedah penyamaan matawang Euro dikalangan negara-negara Eropah. Matawang negara-negara Islam ini amat penting disamakan oleh satu jenis penilaian kerana ianya tidak akan mudah ditindas oleh keterbukaan pasaran Eropah. Kita tidak boleh menggunapakai pengeluaran Dinar Emas kerana pengeluaran emas adalah ditentukan oleh negara Amerika, Afrika dan Eropah. Maka satu kaedah mengawal kemelesetan ekonomi adalah membuat persamaan matawang satu rantau negara yang terdiri negara-negara Islam. Melalui persamaan matawang negara Islam, kita dapat berdagang dengan lebih kerap kerana tiada perbezaan matawang yang ketara. Contoh terbaik adalah harga kargo kapal. Import dan eksport juga meningkat kerana matawang yang sama dan perdagangan yang erat sesame negara Islam. Kita boleh juga menamakan matawang tersebut sebagai matawang Aslami. Ini juga meningkatkan perkembangan perbankan sesama negara Islam.
Jurang kemiskinan diantara negara-negara Islam juga tidak boleh dipersoalkan kerana kaedah matawang Euro adalah kerana persaingan negara-negara Eropah tersebut untuk memasuki Kesatuan Eropah adalah berdasarkan kepada nilai perkapita negara masing-masing yang dicapai dalam masa hanya beberapa tahun. Maka jurang kemiskinan antara negara-negara Islam boleh diatasi melalui persaingan mendaftar dalam Kesatuan Ekonomi Negara Islam (IEA). Kesatuan Ekonomi Islam ini boleh dipengerusikan oleh mana-mana pemimpin negara-negara Islam yang mempunyai perkembangan ekonomi yang cemerlang. Memang sukar kita mencapai persamaan matawang ini tetapi ianya tidak mustahil dicapai kerana kita mempunyai daya kecairan yang tinggi sementara menunggu kehabisan bahan mentah seperti minyak yang tinggi dan emas yang banyak.
Persamaaan matawang Islam ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama yang erat dan membolehkan pergerakan rakyat antara negara-negara Islam dipermudahkan melalui penggunaan matawang yang sama dan passport yang sama. Melalui persamaan matawang ini juga dapat membanteras isu pengganas kerana mereka tidak boleh berdagang senjata sesuka hati kerana nilai matawang itu ditentukan oleh nilai kargo kapal terbang ditentukan oleh pihak kesatuan. Karga kapal laut juga boleh dipantau kerana negara-negara Islam tidak lagi menggunakan matawang berbeza dan menjalani pemeriksaan yang ketat di imigresen kerana setiap barang yang mempunyai nilai yang sama dapat diperiksa.
Ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara Islam kerana pergerakan wang yang lancar menjelang musim haji kerana tidak perlu berlaku pertukaran wang yang tinggi bagi negara miskin manakala Arab Saudi mendapat jemaah haji yang lebih miskin seperti Somalia. Isu keganasan juga dapat diatasi kerana ianya selalu bermula di negara Miskin seperti Pakistan, Somalia dan Afghanistan. Pembangunan modal insan disuntik secara modal yang tinggi daripada Arab Saudi. Perbezaan matawang menyebabkan negara-negara miskin tersebut semakin ketinggalan dan semakin jauh daripada kemajuan.

Friday, January 14, 2011

Perang Saudara Amerika

Perang Saudara Amerika (1861–1865) merupakan peperangan utama di antara Kesatuan dengan sebelas negeri di selatan yang mengisytiharkan bahawa mereka berhak keluar dan menubuhkan Negeri-Negeri Gabungan Amerika, dengan diketuai oleh Presiden Jefferson Davis. Manakala pihak Kesatuan pula diketuai oleh Presiden Abraham Lincoln dan Parti Republikan, yang membantah perhambaan[1] menolak pemecahan ini.

Pertempuran bermula pada 12 April 1861, apabila tentera Kesatuan menyerang sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kubu Sumter di Carolina Selatan, negeri pertama yang berpecah keluar dari Amerika Syarikat.

Sebab:

Di selatan, kebanyakan kerja-kerja di ladang dibuat oleh hamba kulit hitam dari Afrika. Sementara di utara, mereka membuat undang-undang mengharamkan perhambaan. Negeri-negeri di utara memanggil negeri mereka negeri bebas (tiada hamba) dan mereka di selatan tidak mahu perhambaan dihapuskan. Sementara itu kebanyakan tanah di barat Amerika Syarikat tidak lagi menjadi sebuah negeri tetapi wilayah. Orang kulit putih yang berhijrah ke barat mahukan supaya wilayah-wilayah ini pada suatu hari nanti menjadi sebuah negeri dan mahukan ia menjadi negeri bebas.

Abraham Lincoln, yang berasal dari utara, ketika berkempen untuk menjadi presiden tidak mahukan negeri-negeri mengamalkan perhambaan. Masyarakat di selatan yang mempunyai hamba tidak mahu undang-undang mengharamkan perhambaan dibuat di Amerika Syarikat. Pergaduhan dan pembunuhan berlaku beberapa tahun sebelum meletus Perang Saudara dan antaranya adalah "Kansas Berdarah" yang diakibatkan oleh Akta Kansas-Nebraska 1854.

Satu lagi faktor yang menyebabkan sikap tidak senang sesama mereka adalah perbezaan hidup antara masyarakat di utara dan selatan. Kebanyakan mereka di utara tinggal di bandar dan bekerja di kilang-kilang dan mereka ini mahukan polisi yang dapat membantu ekonomi mereka. Mereka di selatan pula tinggal di pekan kecil dan bekerja di ladang-ladang dan mahukan polisi yang dapat membantu ekonomi mereka. Kerana perbezaan ini, amat sukar untuk mereka bersetuju mengenai polisi-polisi yang baik untuk kedua-dua pihak.

Apabila Abraham Lincoln menjadi presiden, banyak negeri selatan mengambil keputusan berpecah dari Amerika Syarikat dan membentuk negara baru, Negeri-negeri Konfederasi Amerika yang akan berpusat di Richmond, Virginia.



Terdapat dua medan perang penting dalam Perang Saudara - di barat dan timur. Di timur, ibu negara AS iaitu Washington D.C., dan bagi pihak Gabungan, ibu negaranya adalah Richmond. Kedua-dua bandar ini hanya terpisah dalam jarak 90 batu. Di sini, pemimpin perang Gabungan dari tahun 1862 hingga tamat perang adalah Robert E. Lee. Lee dikatakan seorang general yang sangat bagus dan menang banyak peperangan. Dia berjaya menyelamatkan tentera-tentera Gabungan dari kekalahan teruk di tangan tentera Kesatuan. Walaupun tentera Kesatuan lebih ramai, mereka tidak dapat menawan Richmond sehinggalah tamatnya perang pada tahun 1865.

Di bahagian barat, di mana terdapat Sungai Mississippi, menyaksikan banyak kemenangan oleh tentera Kesatuan yang dipimpin oleh Jeneral Ulysses S. Grant (beliau kemudian menjadi Presiden Amerika Syarikat). Pihak utara menawan hampir semua bandar berdekatan Sungai Mississippi tetapi pihak Gabungan masih memegang bandar penting, Vicksburg. Pada 4 Julai 1863 setelah lama dikepung, tentera yang bertahan di Vicksburg menyerah kalah kepada Grant. Ini memecahkan Gabungan kepada dua pihak dan kemenangan di Vicksburg dianggap titik perubahan penting dalam perang saudara.

Satu lagi titik penting dalam perang berlaku di timur. Selepas beberapa kemenangan, Jeneral Lee mengambil keputusan untuk menceroboh utara. Lee dan tenteranya mara ke Pennsylvania dan bertembung dengan tentera Kesatuan berdekatan dengan Gettysburg, Pennsylvania. Perang Gettysburg berlangsung selama tiga hari, 1-3 Julai 1863 dan tentera Kesatuan berjaya mematahkan serangan. Lee dan tenteranya berundur ke selatan.

Lincoln memutuskan Ulysses S. Grant sebagai jeneral terbaik dan melantik Grant sebagai komander untuk seluruh tentera Kesatuan. Grant menyerang Lee dengan tenteranya yang ramai sehinggalah Lee menyerah kalah pada 9 April 1865 berdekatan Mahkamah Appomattox.

Zaman Pembaharuan (Renaissance)

Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi kehidupan intelek Eropah pada tempoh awal moden. Bermula di Itali, dan tersebar ke serata Eropah menjelang abad ke-16, pengaruhnya masih ada dalam kesusasteraan, falsafah, politik, seni, sains, agama dan aspek lain dalam penyelidikan intelek. Sarjana Zaman Pembaharuan menggunakan kaedah kemanusiaan dalam pembelajaran, dan mencari realisme dan emosi manusia dalam seni [1].

Pemikir Zaman Pembaharuan belajar dari teks purba, selalunya penulisan Latin atau Yunani purba. Sarjana-sarjana menubuhkan perpustakaan biara Eropah yang kemudian menjadi tidak popular. Dalam teks tersebut, mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan.[1] Mereka tidak menolak Kristian; malah kebanyakan hasil kerja Zaman Pembaharuan adalah ke arah uty, dan Gereja kebanyakannya menaungi hasil kerja seni Zaman Pembaharuan. Walau bagaimanapun, peralian kecil berlaku dalam pendekatan intelektual keagamaan yang terpantul dalam banyak aspek kebudayaan.[2]

Artis seperti Masaccio berusaha untuk menampilkan bentuk manusia secara realistik, memperkembangkan teknik untuk menonjolkan perspektif dan cahay dengan lebih semula jadi. Ahli falsafah politik, yang paling terkenal Niccolò Machiavelli, ingin memperihalkan kehidupan berpolitik seadanya dan memperkembangkan kerajaan dalam asasnya. Sebagai tambahan, untuk mempelajari Latin dan Yunani klasik, penulis juga mula meningkatkan penggunaan bahasa vernakular; digabungkan dengan penciptaan percetakan, ini membolehkan ramai orang untuk memperolehi buku, terutama Bible.[3]

Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.

Perang Seratus Tahun

Perang Seratus Tahun adalah sebuah konflik bersenjata sepanjang 116 tahun antara Kerajaan Inggeris dan Perancis, yang berawal pada 1337 dan berakhir pada 1453.

Meski perang ini berlangsung sepanjang masa kekuasaan lima raja Inggeris dan lima raja Perancis (Valois), masa ini bukanlah peperangan yang terjadi terus-menerus, melainkan rangkaian kempen yang dipisahkan kadang oleh masa gencatan senjata yang panjang atau konflik bertekanan tinggi, baik di luar negara maupun di dalam negara.

Perang ini kebanyakan terjadi di Perancis, dan meski ia mirip sebuah perang saudara Perancis mahupun konflik antarabangsa, sejarawan Philippe de Vries memperkirakan perang ini telah "terjadi pada sekitar tingkat provinsi". Fernand Braudel, yang mengutipnya, menambahkan bahwa "Inggeris berperan sebagai sebuah provinsi (atau sekelompok provinsi) dalam unit Inggris-Perancis" yang merupakan medan perang sekaligus sebuah hadiah (Braudel 1984 ms. 353).

Perang ini penting karena penggunaan senjata dan taktik baru yang mengakhiri zaman ksatria, kehadiran pasukan tentara pertama di Eropah Barat sejak masa Kemaharajaan Rom Timur, perubahan dalam peran para orang-orang bijak dan rakyat miskin, dan perkembangan penting dalam pertumbuhan bangsa dan monarki baru secara rata-rata. Perang ini sering dipandang sebagai salah satu konflik terpenting dalam peperangan zaman pertengahan.

Tokoh-tokoh penting

Inggris
Edward III 1327-1377 putra Edward II
Richard II 1377-1399 cucu Edward III
Henry IV 1399-1413 cucu Edward III
Henry V 1413-1422 putra Henry IV
Henry VI 1422-1461 putra Henry V

Edward, sang Raja Hitam 1330-1376
putra Edward III
John Talbot, 1st Earl of Shrewsbury Ksatria
Sir John Fastolf Ksatria

Perancis
Philippe VI yang Beruntung 1328-1350
Jean II yang Baik 1350-1364
Charles V yang Bijak 1364-1380
Charles VI yang Dicintai 1380-1422
Louis I dari Anjou 1380-1382 Regent Charles VI
Charles VII yang Berjaya 1422-1461

Jeanne d'Arc 1412-1431
Jean de Dunois 1403-1468 Jean d'Orléans
Gilles de Rais 1404-1440
Bertrand du Guesclin 1320-1380
Jean Bureau
La Hire 1390-1443

Rujukan buku:

Braudel, Fernand, The Perspective of the World, buku ke-3 dari Civilization and Capitalism 1984 (dalam bahasa Perancis 1979).

Wednesday, December 29, 2010

Universiti Sukan Malaysia dan Biasiswa Sukan

Pemain bolasepak jika dididik semenjak sekolah cemerlang seperti Sekolah Berasrama Penuh atau Sekolah Sukan Bukit Jalil pasti mempunyai IQ atau kemahiran dan tahap pemikiran yang lebih dipandang tinggi dan mempunyai masa depan yang cerah. Sekiranya biasiswa disediakan untuk pelajar-pelajar ini untuk menyambung pelajaran di universiti pasti akan melahirkan pemain bola sepak yang mempunyai kapasiti akademik dan sukan itu sendiri. Sementelaah, lebih mendepani zaman, kita wujudkan Universiti Sukan Malaysia kerana boleh menyediakan masa depan lebih cerah kepada pelajar yang tidak mempunyai keputusan cemerlang tetapi boleh mendapat lebih pelajaran sukan di university bukan sekadar mengadakan ijazah Sains Sukan sahaja.

Biasiswa berkenaan diambil idea daripada kaedah di Amerika Syarikat, contohnya sekiranya seorang pelajar itu hebat dalam sukan Football atau Baseball, maka mereka akan berjaya dalam bidang sukan tersebut disamping mengambil beberapa bidang pelajaran yang diminati oleh mereka contohnya sekiranya mereka meminat Geografi, maka mereka boleh mengambil ijazah Geologi atau Pertanian. Tetapi oleh kerana mereka tidak berjaya dalam akademik, maka subjek di universiti hanya dihadkan kepada 3 atau 4 sahaja kerana lebih menumpukan kepada pembelajaran dan latihan sukan berkenaan sahaja. Biasiswa akan dapat menyediakan pelajar berkenaan dalam persiapan sukan dan menjadi atlit negara suatu hari nanti. Pewujudan Universiti Sukan Malaysia ini diperlengkap dengan stadium bolasepak, gimnastik, padang Astroturf hoki dan segala kelengkapan sukan berkelas dunia. Ini bagi menyediakan atlit berkelas dunia dan menyamai atlit Australia dan Amerika Syarikat, disamping mengambil pensyarah dan jurulatih antarabangsa. Pencapaian pelajar itu juga boleh dianggap seimbang dalam sukan dan akademik walaupun tidak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM contohnya kerana mereka hanya meminati sukan itu sahaja.

Suka saya katakan seorang atlit yang mempunyai IQ dan kepakaran sukan adalah lebih dihormati dan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding hanya mengharapkan sukan kerana sukan hanya memerlukan atlit pada usia muda sahaja, apa jadi kepada mereka sekiranya sudah pencen sukan dan tidak berbuat apa-apa pada suatu hari nanti, takkan nak harap masuk TV baru kerajaan bagi elaun? Sekurang-kurangnya mereka mempunyai ijazah atau diploma yang dapat menjamin pekerjaan tetap dan tidak duduk diam rumah sahaja. Pemain bolasepak hanya bermain sehingga umur 37, jadi apa akan mereka buat selepas itu? Jadi penyediaan Universiti Sains Malaysia ini akan menjadi perumpamaan seperti Open Universiti tetapi lebih menyokong atlit yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang dalam sukan. Pelajar yang cemerlang dalam akademik lebih digalakkan tetapi mereka juga mesti mantap dalam sukan bukan sebarang orang boleh masuk dalam university tersebut.

Sunday, December 12, 2010

Filem boleh bersihkan imej keganasan Islam

Islam mesti dibersihkan daripada imej sebagai imej keganasan dan langkah-langkah yang wajar dan wajib diambil adalah contoh yang terbaik adalah mencipta filem yang benar-benar menerangkan mengenai sejarah Islam berkenaan disamping memberi mesej yang tersembunyi bukan terang-terang yang lebih disukai oleh mana-mana penonton wayang. Memang filem mengenai sejarah Islam ini ada menerangkan mengenai peperangan tetapi peperangan tersebut mestilah menonjolkan seorang hero filem yang mempunyai sifat pengasihan, pemaaf dan bertolak ansur sesama musuh. Jika kita perhatikan barat pun banyak menghasilkan filem berunsurkan perjuangan dan peperangan yang lebih jumud. Tetapi kita boleh membersihkan imej Islam melalui filem perang melalui hero filem Inggeris lelaki yang terkenal seperti Cristian Bale atau pelakon-pelakon Eropah berwajah kacak tetapi mestilah menutup aurat dan berbahasa yang elok-elok sahaja.. Kita ambil contoh kisah Alladin tetapi tidak menerangkan mengenai Islam. Kisah yang adapun dikisahkan mengenai Islam secara halus dan menjatuhkan imej Islam itu sendiri. Kisah Islam ini juga boleh menerangkan mengenai perjuangan Khalid Al-Walid atau dalam Inggeris nya Sword of God. Dan cerita yang terbaik menggunakan skrip dan kamera yang bagus bukan ala kadar sahaja kerana orang Arab itu sendiri mempunyai kadar wang yang banyak dan jutawan yang ramai seperti di Qatar dan UAE. Kisah Sword of the God ini mestilah menerangkan secara logik mengenai Islam supaya tidak lari daripada kisah sebenar dan supaya penonton barat memahami kisah perjuangan Islam yang sebenar tanpa mengaitkan mengenai keganasan yang teramat sangat. Kita boleh ambil pengarah atau penerbit daripada barat membuat filem tetapi mestilah mengambil kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi itu sendiri. Kisah peperangan itu boleh diceritakan secara dramatik dan setelah selesai peperangan, tawanan akan dilayan dengan elok-elok bukan disumbat dalam penjara sebaliknya berbeza dengan cerita barat, tawanan akan diberi makanan dan minuman serta diajak memeluk Islam secara halus. Perbezaan ini mesti jelas bukan memaparkan aurat wanita dan adegan asmara yang amat dilarang dalam Islam. Ketulusan agama Islam mesti dipaparkan dengan jelas dan bertumpu dilokasi pengambaran yang strategik dan tepat contohnya di Bukit Uhud dan daerah-daerah di Arab Saudi. Dalam peperangan sekiranya melibatkan pelakon yang ramai, maka hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai, janganlah sampai menyerupai orang Rom. Ini supaya penonton tidak terkeliru antara orang Arab dan orang Rom.
Pembersihan imej Islam dalam bentuk filem perang ini mestilah menerangkan istilah Jihad dalam skripnya supaya orang Islam dan Barat tidak terkeliru dengan maksud keganasan dan jihad yang sebenarnya. Sekiranya pelakon tersebut adalah orang barat, maka beliau mesti menguasai dalil-dalil dalam Al-Quran dengan lancar tanpa ada tokok tambah dan menerangkan dalil-dalil mengenai jihad dalam filem tersebut secara tidak sengaja malah mengajak orang bukan Islam memahaminya dengan terang.

Friday, November 19, 2010

Bangkitlah Sepak Takraw kita...

Permainan sepak takraw dan sepak raga wajib dipatenkan atau dikenalkan sebagai sukan yang berasal daripada Malaysia. Lagipun perkataan ‘regu’ dan ‘tekong’ telah digunakan semasa kejohanan Sukan Asia. 2 perkataan tersebut adalah perkataan Melayu. Jadi apakah langkah-langkah yang wajib dilakukan supaya sukan tersebut lebih dikenali sebagai sukan Malaysia? Pertama sekali mengenai bola sepak takraw tersebut. Persatuan Sepak Takraw Malaysia wajib menghasilkan bola yang dicop dengan bendera Malaysia atau sekurang-kurangnya logo keris di atas bola tersebut. Ini supaya semasa mana-mana kejohanan berlangsung, maka sukan sepak takraw akan mengenali Malaysia sebagai pengasas dan pengeluar bola tersebut. Tetapi dengan syarat PSM wajib memastikan keselamatan bola tersebut telah ditapis menggunakan kepakaran yang tinggi.

Perkara kedua, sukan sepak takraw wajib dinamakan sebagai sukan nasional atau sukan Malaysia. Sejarah Melayu Melaka menceritakan permainan ini telah dimainkan oleh Tun Besar dan Tun Mamat. Jadi permainan ini telah berada di Malaysia selama 200 tahun. Langkah-langkah yang wajib dilakukan adalah mewujudkan Persatuan Sepak Takraw Sedunia. Ini untuk memastikan sepak takraw menjadi sukan kegemaran seluruh dunia dan menjadi pilihan sukan di Olimpik satu hari nanti. Jadi penyertaan negara-negara lain adalah penting seperti Amerika Syarikat, Russia, England, Brazil dan Afrika Selatan dan diadakan pelawanan persahabatan. Jurulatih kita yang pakar wajib dihantar ke seluruh dunia untuk mengajar asas sepak takraw disamping mempromosi bola sepak takraw tersebut. Jadi dengan adanya jurulatih ini, negara yang belum ada persatuan sepak takraw akan mula tertarik, bukan kita hanya menunggu atau mewar-warkan sahaja menjelang sesuata bidaan sukan olimpik tetapi sebaliknya bergerak proaktif seluruh dunia memperkenalkan sukan sepak takraw ini.

Perkara ketiga, pemakaian destar atau key kepala. Destar kepala ini mesti diwajibkan dipakaikan kepada salah seorang pemain yang bermain dan diletakkan logo PSM atau keris atau bendera Malaysia. Pemakaian jersi juga mesti berlogokan Persatuan Sepak Takraw Sedunia. Langkah-langkah ini wajib dilakukan awal supaya negara Thailand tidak memperkenalkan suka tersebut sebagai sukan mereka.

Perkara keempat, buku permainan dan skil sepak takraw mesti diterbitkan dengan lebih formal dan memperbanyakkan perkataan-perkataan Melayu yang tidak ada dalam Inggeris seperti regu, tekong, kekuda dan kilas. Buku ini juga diterbitkan bersama cakera padat atau CD. Buku ini wajib dipromosi secara menyeluruh malah ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa dan dinamakan sukan nasional Malaysia.

Perkara kelima dan yang paling penting adalah fitness pemain. Keadaan fizikal pemain dan stamina pemain kebangsaan Malaysia adalah amat penting. Kaedah pemakanan yang sesuai adalah amat penting supaya kita dapat menghasilkan lebih ramai killer berbanding mengharapkan satu killer dalam satu regu. Ini kerana negara Thailand berupaya menjadi juara semua pertandingan kerana mereka mempunyai ramai killer dan berjaya mengalahkan Malaysia dalam apa jua pertandingan. Kelebihan killer ini adalah kerana mereka dapat mengelakkan kebergantungan kepada hanya satu killer yang lama-lama akan penat. Kepenatan pemain Malaysia adalah kerana faktor pemakanan dan stamina yang tidak dijaga.

Perkara keenam adalah wujudkan Piala Dunia Sepak Takraw dan sistem ranking supaya sukan sepak takraw ini kompetitif di seluruh dunia dan mencabar kebolehan setiap tuan rumah kejohanan untuk menyediakan kos pertandingan supaya sebanding dengan Piala Dunia bolasepak.

Wednesday, October 20, 2010

Masjid Pusat Rekreasi

Pembinaan pusat rekreasi di kawasan berdekatan masjid memang sudah dilaksanakan tetapi belum menyeluruh. Masjid merupakan pusat atau nadi masyarakat tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Pembinaan padang futsal, badminton dan sepak takraw di kawasan berdekatan masjid bukan bertujuan menghina institusi masjid tetapi menggalakkan remaja kita datang ke masjid dan sekaligus berdekatan dengan dakwah Islam. Disamping menyihatkan badan, kesihatan rohaniah juga dititikberatkan. Generasi muda dan tua akan mudah bergaul di masjid kerana titik pertemuan mereka dipermudahkan. Kita hendak mengelakkan sifat individual atau mementingkan diri sendiri dalam kedua-dua generasi dan menimbulkan sikap sayangkan masjid. Memang ada contoh institusi masjid yang telah membuat pusat rekreasi masing-masing tetapi adakah remaja kita akan datang bermain di dalam kawasan sekitar masjid tersebut? Soalnya permainan sukan ini perlu ada pentadbir atau pihak atasan yang tegas atau aktif bersukan. Jadi siapa yang boleh diharapkan kalau bukan pihak masjid itu sendiri. Imam masjid atau bilal mestilah merupakan juga pemimpin sukan dan rekreasi. Kita ambil contoh, buatlah pengumuman selepas solat Jumaat bahawa kejohanan futsal dijalankan dan sesiapa berminat boleh menyertainya. Saya rasa pengumuman ini tidak akan menjejaskan nilai atau maruah institusi masjid malah akan meramaikan bilangan pelawat masjid dan penghuni masjid. Bukannya sukar membuat pengumuman atau merencana aktiviti sukan atau pertandingan tetapi hanya membuat jadual perlawanan dan mengawal tindak tanduk pemain supaya menghormati masjid. Pemimpin masjid juga mestilah daripada kalangan muda atau lepasan ijazah Sains Sukan juga boleh dipilih menjadi imam atau bilal janji mereka ini menepati keperluan seorang imam.

Saturday, September 25, 2010

Sekolah 1Malaysia

Umum menyatakan sekolah mempunyai semua kaum dalam sekolah memang sukar dilaksanakan kerana terdapat banyak perbezaan pendapat dan kerunsingan gangsterisme. Gejala sosial hari ini lebih menggalakkan isu ini lebih galak didiamkan. Tetapi kerana ianya amat penting untuk survival atau kelangsungan bangsa Malaysia, ianya juga perlu dibuat penyelidikan dan penyiasatan yang teliti untuk memastikan bahawa rakyat kita dapat hidup bersama dalam keadaan harmoni, aman dan tenteram. Apa jua keputusan dan hasil penyelidikan ini perlu adil kepada semua pihak dan semua kaum.

Faktor pertama sekali yang kita perlu ambil kira dari sifat subjek perkauman ini adalah bahasa. Kita mesti menghadapi percampuran bahasa atau loghat atau ketidakfahaman yang amat jelas. Jadi apa cara untuk mengatasinya? Perlu wujud satu hari atau sepanjang minggu kita hanya bercakap atau berbincang atau melakukan amali dalam kelas semuanya 100% dalam bahasa Malaysia sahaja. Sesiapa yang melanggar amalan ini akan mudah dihukum atau diberi amaran terus. Ini mesti dimasukkan dalam pekeliling atau misi atau dasar sekolah. Bukti dasar dilaksanakan boleh dibuat pertandingan debat, esei atau karangan untuk kaum lain untuk memastikan promosi bahasa Malaysia berjalan sepanjang masa dan tahun bukan pada sebulan sahaja. Seterusnya pengajaran bahasa-bahasa lain seperti Tamil, Mandarin dan kaum lain dikongsi bersama. Maknanya pelajar kaum lain diberi pilihan samada mahu atau tidak mahu memilih untuk mempelajari bahasa lain tetapi wajib untuk kaum tersebut dua masa pembelajaran dalam waktu pembelajaran. Keutamaan yang pertama sekali adalah pengajaran bahasa Tamil, Mandarin dan lain-lain tentulah kepada pelajar kaum tersebut dahulu tetapi diserap masuk kedalam jiwa pelajar kaum lain pada waktu sekolah menengah atau seawall darjah enam supaya pelajar mempunyai kebolehan berbahasa kaum yang lain mempunyai peluang pekerjaan yang cerah.

Faktor kedua, faktor gejala sosial. Gejala sosial boleh merobekkan perpaduan yang sedia ada di kalangan pelajar. Percampuran pelajar melibatkan percampuran agama. Jadi perlunya kehadiran Paderi, Ustaz, Sami atau orang yang diiktiraf dalam agama masing-masing dan juga pihak polis mesti berada di sekolah 24 jam. Jadi perlunya wujud jawatan baru untuk membanteras masalah ini iaitu Pemantau Sekolah atau Pengawas Sekolah atau Warden bukan daripada kalangan guru dan berjawatan tetap tidak kiralah daripada bidang professional atau bekas polis sekalipun. Perjalanan perpaduan sekolah lancar sekiranya pemantauan siang dan malam sentiasa dilakukan tanpa mengira masa dan latarbelakang. Ini dapat mengelakkan diskriminasi dan faktor pemilihan pelajar ke dalam sekolah tanpa melibatkan kuota. Sebarang komen atau pos atau blog boleh dimasukkan dalam laman web sekolah bukan tertutup malah sekolah mesti mengamalkan dasar terbuka daripada segi penerimaan pendapat daripada pihak luar.

Faktor ketiga adalah peningkatan nilai patriotik dikalangan pelajar secara berterusan dan komprehensif iaitu pengajaran subjek sejarah Malaysia daripada darjah satu lagi. Ini kerana remaja sekarang semakin meningkat pemikiran mereka dan mereka tidak mempunyai arah tujuan lagi jadi dengan pengajaran sejarah kehidupan mereka maka mereka tahu tentang asal usul kehidupan mereka disamping mengenali negara mereka yang tercinta ini dengan lebih awal lagi. Ini dapat membanteras kejadian-kejadian yang tidak diingini dengan lebih awal lagi contohnya penciptaan lagu Negarakuku yang merupakan jenayah siber yang berat. Inilah lambang kegagalan pengajaran sejarah disekolah kerana tidak diterapkan semenjak sekolah rendah lagi. Idea 1Malaysia 1Sekolah ini akan berjaya dengan pengajaran sejarah disekolah rendah kerana kita inginkan pencampuran semua kaum dalam satu sekolah dan ini memerlukan nilai patriotik yang tinggi kerana semua kaum hendak mengelakkan sifat perkauman yang tinggi.

Faktor keempat adalah kuota yang adil. Maknanya pembahagian kaum yang sama adil bukan mengikut geografi. Tidak kisah sekiranya pelajar daripada negeri lain diserapkan ke sekolah negeri lain untuk mengatasi masalah dominasi sesuatu kaum dalam sekolah. Biasanya dominasi sesuatu kaum bermula dengan bilangan mereka yang ramai. Contoh terbaik di sekolah kebangsaan memang ramai kaum Melayu tetapi kaum lain hanya sedikit. Jadi minat kaum lain ingin belajar bersama-sama di satu sekolah semakin berkurangan kerana mereka belum dibiasakan dengan kaum lain dan tidak mempunyai kawan kerana orientasi kaum gagal. Jadi nisbah kaum mesti adil dan saksama. Contohnya 3Melayu:2Cina:1India, ini kerana dominasi ini akan memelihara nilai kongsi gelap dan mafia dikalangan pelajar dan meramaikan lagi bilangan mereka di Sekolah Henry Gurney kerana mudah terlibat dalam pergaduhan dan rusuhan. Pencampuran kaum memang sukar tetapi sekiranya sesi pengenalan mereka ke dalam sekolah 1Malaysia ini berjalan lancar dan tanpa masalah maka ianya tidak mendatangkan masalah pada masa depan. Contoh terbaik pelajar prasekolah, mereka masih belum biasa datang ke sekolah kerana belum berkenalan dengan kawan masing-masing. Tetapi setelah mereka berkenalan dengan kawan-kawan yang baru dan berlainan kaum maka mereka mempunyai inspirasi untuk datang ke sekolah. Memang perlu dilakukan eksperimen 1Sekolah 1Malaysia untuk membentuk toleransi antara kaum kerana disekolah lah kita boleh menjalankan gotong-royong bersama-sama dan bersukan dalam satu padang. Kita juga boleh bekerjasama dalam bidang pelajaran kerana kebanyakan pelajar bumiputera semakin ketinggalan berbanding pelajar bukan bumiputera yang mempunyai nilai persaingan yang tinggi. Pelajar bumiputera memang mempunyai budaya yang tidak mahu bersaing tetapi hanya harapkan guru sahaja. Tetapi sekiranya terdapat dikalangan mereka pelajar bukan bumiputera, maka sifat persaingan yang sihat wujud dan dapat meningkatkan keputusan akademik sekolah.

Faktor kelima, nama sekolah. Janganlah nama sekolah diletakkan nama kampung atau nama taman yang menakutkan kaum lain untuk bersama-sama belajar. Contohnya, Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu atau Sekolah Menengah Barathi. Tapi tukarlah nama sekolah kepada nama-nama tokoh kita. Ini untuk mengelakkan orientasi kaum yang salah. Tak salah sekiranya majoriti sekolah itu mempunyai ramai kaum Melayu mempunyai nama sekolah SMK Tun Tan Cheng Lock. Ini meningkatkan sifat ingin tahu dikalangan pelajar siapa itu Tan Cheng Lock disamping mereka kenal siapa tokoh-tokoh sejarah ini bukan hanya menggunapakai nama sekolah berdasarkan nama tempat sahaja. Kadang-kadang kaum Melayu pun takut datang belajar ke sekolah Tamil atau sekolah Cina kerana mereka tidak memahami apa nama sekolah itu sahaja. Jadi orientasi nama sekolah pun memainkan peranan penting dalam survival perpaduan negara kita.

Faktor keenam, pakaian pelajar. Pakaian pelajar perlulah menghormati nilai sensitiviti kaum dan dapat mengelakkan gejala sosial. Untuk orang Islam memanglah wajib menutup aurat tetapi bagaimana dengan orang bukan Islam. Maka ciptalah pakaian sekolah yang sesuai contohnya untuk pelajar perempuan bukan Islam memakai seluar panjang bukan skirt pendek. Budaya pemakaian ini penting kerana mengelakkan budaya kebebasan barat dalam berpakaian juga. Pemakaian ini penting untuk mengelakkan kaum lain bulat mata atau rasa terasing.

Tuesday, August 24, 2010

Kualiti Pemain Badminton Muda Mesti Diasah dan Dijaga

Skuad badminton wajib mempunyai perancangan jangka panjang untuk menyediakan pasukan pelapis supaya skuad ini tidak kalah dalam pertandingan utama seperti Piala Sudirman, Piala Thomas, Olimpik dan Kejohanan Dunia. Dalam pemerhatian saya sekarang, skuad badminton sekarang yang diutamakan adalah merupakan skuad kuda tua yang tiba masa hendak disembelih sahaja. Contoh terbaik pemain bernama Wong Choon Han yang masih dikerah bermain semasa Piala Thomas dimana Malaysia menjadi tuan rumah. Saya berasa amat malu ketika mana skuad ini dikalahkan oleh negara China pada perlawanan separuh akhir. Biarpun kalah, tetapi kita mesti kalah bermaruah, tetapi apa ada pada tenaga kuda tua? Adakah kita kehabisan idea untuk melahirkan pemain baru atau BAM kecut untuk mengeluarkan pemain baru atau pemain muda untuk bersaing dengan pemain dunia seperti Lin Dan atau Bao Chunlai? Masalah takut atau malu adalah perkara kedua tetapi pendedahan setiap kejohanan bulanan itu adalah penting. Kalah ketika kejohanan Grand Prix itu adalah lumrah tetapi kalah ketika kejohanan utama seperti Piala Thomas adalah amat memalukan. Ketika kemuncak pemain kita adalah kejohanan dunia remaja kerana ramai pemain kita menjadi johan pada kejohanan terbabit tetapi sayang bakat mereka disia-siakan. Ini kerana mereka tidak dilatih oleh jurulatih yang ternama sejak dari awal lagi. Pemain muda ini perlu diberi ilmu antarabangsa atau pendedahan bagaimana latihan pemain Lin Dan dilaksanakan. Pendedahan awal ini amat penting kerana bakat mereka sentiansa dikawal dan di’polish’ supaya pemain-pemain lama dapat diganti suatu hari nanti. Kita jangan sentiansa membuat eksperimen waktu Piala Thomas sahaja tetapi mengetepikan terus pemain-pemain remaja yang ada ini. Lagi satu, kekerapan mengadakan kursus motivasi untuk pemain muda ini perlu dilakukan untuk memastikan pemain-pemain muda ini tidak mengalami ‘moral down’ atau hilang semangat untuk mewakili negara kerana hanya pemain itu-itu sahaja yang mewakili negara. Memang kita akui ramai pemain muda yang tidak dapat meyaingi pemain yang handal sekarang tetapi masa akan dapat mengalahkan mereka nanti kerana pemain muda ini akan menjadi penganti mereka.
Pemilihan pemain muda yang mewakili ke peringkat luar negara seperti Terbuka Indonesia dan Vietnam mestilah adil dan bukan berdasarkan ranking sahaja kerana kita hendak menyediakan platform untuk mereka supaya tidak ketinggalan dari segi skil permainan atau ketajaman yang mesti diasah dari masa ke masa. Pemain seperti Tan Boong Heong adalah bukti hasil pemain muda yang dijaga sepenuhnya tetapi apa jadi dengan pemain perseorangan yang lain seperti Hafiz Hashim? Kekuatan mental sahaja bagi pemain kita ini tetapi kekuatan fizikal juga memainkan peranan penting kerana badminton memerlukan stamina yang tinggi. Jadi tenaga pemain muda wajib dicari dan dipertonjolkan. Sepatutnya kejohanan domestik mestilah mengasingkan pemain lama dan pemain muda supaya tidak menenggelamkan bakat pemain baru. Ini dapat meramaikan bakat baru kerana mereka tidak takut turun ke gelanggang. Kekuatan pemain lama dijaga, disamping mencerahkan ruang untuk pemain muda menjelang kejohanan luar negara.
Kekuatan mental adalah penting untuk permainan badminton. Seperti Lin Dan, beliau diasak minda dan fizikal dari hari ke hari untuk kejohanan yang utama sahaja. Kenapa? Kerana menjaga nama negara China, kuasa Tembok Besar. Mereka tidak mahu Lin Dan dimalukan pada kejohanan yang lebih rendah bukan kerana takut rankingnya jatuh tetapi menjaga maruah itu adalah lebih penting. BAM sepatutnya mengadakan pencarian bakat seluruh negara dan bukan bergantung kepada bakat yang ada sahaja sekarang kerana saya percaya kita memiliki begitu ramai pemain muda yang dipendam bakat mereka. Pemain muda masih mempunyai mental dan fizikal yang kuat. Mereka mungkin suatu hari nanti dapat menandingi bakat pemain yang handal sekarang.

Saturday, August 21, 2010

MERDEKAKAH AKU?

MERDEKAKAH AKU

Merdekakah aku,
tapi ekonomi masih menjunjung KFC, MC'Donald dan BP,
sekian lama membelit setiap urat inci bumiku,
tiada ada rasa malu orangku memasukinya,
dulu dijajah terang-terangan,
sekarang dijajah sulit-sulitan,
aku rasa batin Malaysia disiat-siat,
sehinggakan Tugu Negara hanyalah tugu,
tanpa penghormatan, tanpa belaan.

Merdekakah aku,
Setiap bicara ada slang, ada bahasa yang asing,
Yang panjang dipendekkan,
Yang indah dibasikan,
Yang tajwid diremehkan,
Bahasa ini bukan jiwa bangsa,
Tetapi jiwa yang kacau dan bergelora,
Tiada pedoman.

Merdekakah aku,
Yang miskin semakin miskin,
Yang kaya semakin kaya,
Yang diam semakin bising,
Yang bising semakin diam,
Peri perpaduan setipis benang,
Ibarat bawang di hujung pisau,
Jangan mudah lupa,
13 Mei mudah berulang.

Merdekakah aku,
Hijau, kuning ka merah?
Tarik, tolak dan tekan...
Menemani setiap stesyen minyak,
Berliku di tepi gelandangan kilang,
Bermaharajalela di Pasar Seni,
Berhari raya di KLCC,
Tiadakah rakyatku?

Merdekakah aku
1Malaysia dicanang,
Cina 1, India 1, Melayu 1, Kadazan 1, Iban 1,
Semuanya 1 dalam ramai,
Segala musuh luar dihadapi bersama,
Satu bahasa, satu makanan, satu negara,
Merdekakan negaraku.

Saturday, August 14, 2010

Swastakan sepenuhnya pembinaan jalanraya negeri/domestik kepada jurutera import

Sistem pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya domestik atau jalan raya negeri mesti diswastakan atau diberikan kepada pihak luar untuk memastikan tender yang dilelong adalah lebih telus dan menjamin kualiti jalan raya selain mengelak kemalangan dan kereta rosak. Kualiti jalanraya kelas 3 ini adalah tidak sesuai bagi negara yang akan membangun seperti Malaysia kerana imej yang tidak sesuai kepada pelancong. Ini belum jalan raya di kawasan pedalaman. Amat mengecewakan sekiranya kita pergi ke kawasan pelancongan di seluruh Malaysia termasuklah di dalam Pulau Langkawi sendiri, jalanrayanya tidak diselenggara dengan baik atau dibina dengan sistem pemampatan yang betul.
Kaedah menampal dan jalanraya yang rendah atau separas dengan muka bumi Malaysia yang beralun-alun adalah sudah ketinggalan zaman. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil jurutera daripada luar negara untuk mengambil pilihan baru untuk membina jalanraya yang canggih dan selamat untuk pengguna untuk selama 100 tahun berbanding pihak berkuasa tempatan yang membuat penampalan jalanraya setiap 10 tahun sekali supaya ada modal atau kos apabila dirungut oleh orang ramai. Memang kita akui jalanraya kita memang banyak dilalui oleh pengangkutan berat seperti lori dan treler, tetapi mengapa jalanrayanya tidak disuaikan dengan berat kenderaan tersebut kerana ia akan menyebabkan gegaran dan seterusnya jalanraya tersebut berpecah dan menjadi lubang serta menyebabkan kenderaan ringan seperti kereta dan motorsikal mempunyai masalah tayar dan rim tayar untuk melaluinya terutamanya yang hanya menggunakan jalan raya tersebut mengikut kadar harian. Adakah ini adil untuk rakyat? Adakah ini baik untuk imej negara? Adakah kerajaan sedar tentang masalah ini atau mereka pura-pura buat tidak tahu? Adakah kerajaan kita tidak berupaya membina jalanraya yang berkualiti untuk rakyatnya sendiri?
Kita ambil contoh sistem jalanraya di negara Jepun. Mereka mempunyai bilangan kenderaan yang lebih banyak di atas jalanraya tetapi mengapa mereka mempunyai kadar kemalangan yang lebih kurang berbanding kita, negara yang masih membangun berbanding mereka yang agak padat dan sesak? Mestilah ada sebab dan alas an bagi soalan diatas. Paling jelas apabila kita belajar memandu di Sekolah Memandu, mereka menyatakan faktor kemalangan yang paling kerap adalah keadaan jalanraya. Sampai begitu mereka mengakui keadaan jalanraya juga diambil sebagai faktor kemalangan. Adakah kerajaan membaca modul yang dikeluarkan oleh Sekolah Memandu ini? Adakah kerajaan perasan jalanraya yang dilalui mereka di Putrajaya yang kian hari kian binasa? Jangan sedap datang bermain gendang di tempat orang, tetapi balik rumah dah tak ingat apa irama gendang yang dipermainkan tadi.

Wednesday, August 11, 2010

Teknologi Nuklear kuasai dunia, ganti minyak dan elektrik



Penguasaan teknologi nuklear adalah penting untuk kita menyaingi negara-negara yang maju dan boleh mengelakkan kita terus ditindas oleh negara-negara yang berkuasa besar. Penguasaan nuklear juga menjimatkan penggunaan elektrik di seluruh negara. Ini yang dimahukan oleh kerajaan yang kini kehabisan wang. Tenaga nuklear adalah pengganti kepada sumber tenaga mentah seperti empangan hidroelektrik yang mempunyai kos tinggi dan menghancurkan alam sekitar, jadi jika kita menggunakan tenaga nuklear kita telah menyelamatkan beribu-ribu pokok dan sungai yang menjadi zon penampan kepada kawasan tadahan air dan menyuburkan hutan sekitar.
UKM memiliki Jabatan Sains Nuklear, yang menawarkan program sains nuklear di peringkat sarjana muda hingga Doktor Falsafah. Manakala UPM ada memawarkan program yang berkaitan pengunaan teknik-teknik nuklear di beberapa fakultinya. Di peringkat pengajian lebih tinggi (MSc dan PhD), universiti-universiti berkenaan ada menawarkan penyelidikan berkaitan teknik nuklear ataupun menggunakan teknik nuklear, yang diaplikasi kepada bidang alam sekitar, perubatan, pertanian atau industri, dan juga penyelidikan fundemental. Kebanyakan penyelidikan untuk ijazah MSc dan PhD dilakukan secara kolobratif dengan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) atau hospital atau pusat penyelidikan lain.

Dengan tinjauan rambang ini boleh dibuat kesimpulan bahawa, IPTA di Malaysia tiada menyediakan program-program yang menjurus kepada penyediaan tenaga manusia, tenaga mahir dan ahli teknologi dalam bidang Teknologi Nuklear. Walaupun tiada data dimiliki penulis, namun dipercayai bahawa pakar-pakar dalam bidang Teknologi Nuklear di Malaysia adalah mendapat latihan dan didikan di luar negara. Hal ini bukanlah suatu yang baik dari sudut perancangan strategik masa depan Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Selain isu ketiadaan penawaran program Teknologi Nuklear, isu berkaitan calon atau pelajar yang akan mengikuti program tersebut juga perlu di pertimbangkan. Penawaran program atas dasar ‘strategik’ sahaja bukanlah sesuatu yang baik sama ada kepada pelajar atau pun universiti, kerana ia membabitkan kos kewangan, insan dan kemudahan universiti. Graduan yang dihasilkan haruslah dapat berperanan dalam bidangnya, jika tidak keadaan yang dihadapi Amerika Syarikat berkaitan penurunan bilangan calon yang menjurus dalam bidang Teknologi Nuklear akan dihadapi (Wogman et al., 2005).
Dari segi polisi politik, Malaysia memang menentang pembangunan dan penggunaan senjata nuklear. Penjanaan tenaga untuk domestik dan industri melalui loji tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang lestari juga tidak menjadi agenda yang dibincang di peringkat umum di negara kita ini. Lantaran itu sokongan dan keinginan politik terhadap pendidikan teknologi nuklear di IPTA tempatan seolah-olah tidak wujud sejak hampir 30 tahun selepas penubuhan PUSPATI (kini dikenali sebagai MINT). Semua ini telah mendorong beberapa generasi pelajar beranggapan bahawa teknologi nuklear bukanlah bidang yang mampu menjamin kerjaya masa depan yang cerah. Mungkin ini benar dan masih relevan sehingga beberapa tahun yang lalu.

Berbagai peristiwa yang terjadi akhir-akhir ini, seperti globalisasi, kenaikan harga petrolium, peningkatan penggunaan teknik nuklear dalam berbagai bidang strategik seperti kesihatan, pertanian, ketenteraan dan penyelidikan berprestasi tinggi telah mengubah senario. Permintaan guna tenaga pakar dalam bidang teknologi nuklear dijangka akan diperlukan, setidak-tidaknya bagi mengekal dan membekal keupayaan genting (critical capabalities) agar boleh berdaya saing. Kuasai nuklear, kuasai ekonomi, kuasai Amerika dan menyebabkan Israel gerun.

Wednesday, July 7, 2010

Pages