HIT COUNTER

Monday, August 3, 2015

diari 2015 yang mencabar

Tahun 2015 memang mencabar. Banyak cabaran yang aku hadapi. Bermula bulan Mac apabila Mama mula jatuh sakit dan didapati Mama sakit kanser tulang, dan akhirnye terpaksa dipotong kaki kirinye. Bukannya aku tak berusaha, tapi dah bertemu sampai 2 ustaz untuk perubatan tradisional. Tapinya akhirnye pasrah dan terima sahajalah, dengar sahaja lah kata doktor ppum, doktor Azura. Sekarang mama dah takde kaki sebelah, kalau tidak virus kanser itu akan berjangkit ke atas lagi. Jadi itu sahajalah langkah terakhir. 

Kemudian, bila belajar master di UTHM ni nak dekat nak masuk semester ketiga ni, ade satu subjek bernama statistik dalam pendidikan yang amat mencabar. Aku dapat gred b minus je. Itu pun dah berhempas pulas. Alhamdullilah je lah tak kena ulang balik subjek dr lai tu. Kalau tak, merengkok aku dibuatnye untuk mengulang subjek sebab banyak benda kene ingat. formula punya macam dah saintis dah jadinye. 

Selepas berjaya walaupun macam dah nak gila, tapi aku banyak lagi isu di sekolah aku kena selesaikan. pada bulan mei berlangsung HKSBp di sekolah, tapi aku tak dpt dtg menolong ajk keceriaan dan kebersihan sebab ade urusan mak aku tadi dan kelas statistik yang tak boleh tak hadir tu, malangnye aku dituduh tak buat kerja atau tinggalkan aje. tapi aku dah sampai pesanan kepada ahli ajk lain untuk membuat kerja juga, tapi nampaknya nama aku lagi glamer. tapi aku balas balik dalam telegram, TANpE IZWAN, SIApELAH SEHEBAT (saje nak bagi lepas geram je bukan nak berlagak......................

Lepas tu banyak la cabaran lagi, aku gi sekolah pakai kasut crocs ke sekolah sebab baru g rumah bapa mertua, akhirnya aku g asrama dulu nak pinjam kasut budak, akhirnya aku ckp dengan kawan budak tu, bukan budak tu sendiri sebab die dh pergi sekolah. Akhirnya budak g report dengan cikgu shafian ckp aku curi pakai dan rosakkan kasut die. aku rase nak bunuh je budak tu, tapi silapnye aku tak cakap je dengan budak tu. sampai pengetua pun sound aku, Tapi sabar je lah bulan2 pose ni.

Bile nak dekat raye plak, lain plak cabarannye. pam hidraulik klac keter aku tiba2 rosak, dah aku hantar ke workshop sim kat masjid jamek batu pahat. Abis aku kena pau rm630. walhal itu duit nak balik perak nak balik beraya tgk mama. memang kedai tu aku terus gam dan takkan datang lagi, walaupun orang melayu kita juga, MACAM SIAL. tengah jalan balik yong peng, tayar keter aku plak aku buat hal. nasib baik jek aku boleh naik tinggi nak tukar tayar baru. 

Monday, August 4, 2014

GAZA DI HATI

Gaza,
Kau bergegar lagi,
Kali ini lebih dahsyat dan menyayat,
Kalau kubisa kira mayat,
Membikin hati disayat,
 Nasib kian melarat.

 Gaza,
 Kau tiada siapa nak tolong
, Kalau ada anjing Israel melolong,
 Kau dipulau dibohong, Setelah sekian lama kau lemas dalam kolong,
 Kau teru diam tidak terdorong.

 Gaza,
Umpama kota Sadum,
Ditunggang terbalik,
 Tetapi,
Diisraelkan, dihukum, Dikepung, dibom, diterajang, dirogol, dipisah, dibunuh...
Wajahmu hampir tidak dicam,
Kerana kau keseorangan melawan,
 Kerana kau keseorangan menangkis,
 Kerana kau keseorangan berjuang,
Kerana kau mati atas nama Islam,
 Kerana kau mati,
 Arab masih tidak bersatu,
 Kalau kau hidup pun,
belum tentu mereka berani.

 Gaza,
Umpama kota Nabi Musa,
 Firaun tenggelam dalam Laut Merah,
Tetapi,
Israel menghantar hujan Sulfur,
 Kau mati bermandi darah,
Keparat Israel menyelingkuh anak daramu di masjidmu bergema di mikrofon,
Kau mendengarnya dengan kepiluan,
Rintihannya terakam dalam lunak sejarah,
Bisikannya menjelma dalam diari kitab moden,
 Jeritannya melolong menghiris danau kedamaian,
Dia mati syahid dalam masjid kau, Gaza.

 Gaza,
Kalau ada nyawa yang menjadi pengganti,
 Sudiku jadi pengganti,
Kalau ada negara yang boleh membunuh Israel,
Sudiku jadi jeneral peperangan,
 Kalau ada tempat kau berlindung,
Sudiku jadi khemah pelarian,
Kalau ada masa dapat kuundur,
Sudiku membina negara Palestin 1948

Tuesday, July 8, 2014

negara berpendapatan tinggi dan negara maju

Negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah meninggalkan kita jauh ke belakang atau dlm nilai tahunnya adalah mereka mendahului kita dalam lebih 10 tahun ke hadapan. Apakah ciri-ciri yang membezakan kita dengan mereka? Antara contoh terbaik adalah jalanraya dihasilkan dengan begitu teliti. Mereka tidak berkompromi mengenai hal ini kerana ianya melambangkan maruah negara tersebut. Selain itu, khidmat internet free. Tiada bayaran dikenakan malah terdapat broadband atau modem server yang kecil di atas lampu isyarat di setiap inci bandar Seoul. Selain itu khidmat bas elektrik yang mempunyai gps supaya mudah dikesan dan waktu yang sesuai untuk menunggu bas supaya tidak tertinggal bas. Kemajuan negara Korea juga dipacu oleh faktor industri perfileman yang bermutu. Ini dipengaruhi oleh faktor skrip filem yang bagus dan jalan cerita yang menarik, ini dapat mempromosi kebudayaan malah menarik minat masyarakat luar untuk melihat filem atau drama korea dengan lebih dekat lagi. Berbanding cerita atau filem orang Melayu yang ditongsampahkan dan tidak mempunyai nilai kebudayaan atau apa-apa nilai sekalipun. Jadi kita yang kena berubah, bukan orang luar yang nak memahami kita.

Wednesday, October 12, 2011

Sajak Untuk Orang Johor

"Kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyuman, marahnya dalam tertawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak" ---akukah pewaris empayar ini..

Tuesday, August 23, 2011

BAM tidak relevan dan wajib dibubarkan

Inilah langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya kita hendak melihat pemain kita Berjaya menjulang semula Piala Thomas yang diidamkan. Telah lama kita menunggu saat-saat itu sedangkan pemain-pemain kita mampu mencapai Piala tersebut tetapi BAM buat tak kisah atau acuh tak acuh sahaja. Memang berpatutanlah beregu kita Koo Kien Kiat dan Tan Boo Heong serta Zakry dan Fairuzuan tidak serius bermain mewakili Malaysia kerana hutang gaji mereka atau hadiah kemenangan mereka tidak pernah dibayar atau ditelan oleh pegawai BAM sendiri untuk tujuan kepentingan sendiri. BAM sanggup memperjudikan maruah Negara kerana tidak membayar wang kemenangan pemain kerana mereka merasakan mereka tidak akan disentuh oleh sesiapa tetapi luahan oleh jurulatih Rashid Sidek menunjukkan jelas bahawa mereka tidak mengambil berat mengenai pemain apatah lagi mengenai jurulatih. Apa yang penting apabila kalah, pegawai BAM akan mencuci tangan dengan menunding jari kepada para jurulatih sedangkan merekalah yang perlu dipersalahkan kerana mereka yang menjaga kebajikan pemain dan jurulatih. Kita melihat betapa tidak gembira regu kita bermain di gelanggang kerana poket di saku kering dan tidak mampu membayar hutang sendiri. Inilah masalah sukan sebenar di Malaysia. Orang atasan terus kekenyangan dengan wang kemenangan, tetapi kuli bawahan atau pemain sebenar dibiarkan terkontang-kanting. Nasib baik Nicol David Berjaya mencapai kemenangan dia sendiri tanpa mengharapkan sesiapa walaupun SRAM Berjaya mencungkil bakatnya, tetapi apabila melibatkan sukan berkumpulan ianya amat sukar diuruskan dengan baik atau menjaga imej masing-masing dengan mengambil berat mengenai kebajikan jurulatih dan pemain. Keseluruhan sukan akan terganggu sistemnya kerana pengurusan atasan mengelak dan mencampuri urusan gaji atau wang kemenangan pemain. Itulah kadang-kadang nilai neutral sukan atau ketelusan tidak boleh dicampuri dengan politik atau korporat kerana ianya merupakan dua bidang-bidang yang berlainan. Orang lain berjuang sampai ke titisan darah terakhir di gelanggang, mengeluarkan peluh dan mengeluarkan duit sendiri, tetapi ada golongan yang hanya tahu mahu kemenangan sekerap yang mungkin. Kita lihat tenaga Lee Chong Wei diperah sehabis yang mungkin kerana inginkan kemenangan demi kemenangan yang hendak dipaparkan tetapi rakyat kita hanya inginkan Piala Thomas kerana prestij piala tersebut mengatasi segala-galanya kerana skuad bolasepak kita belum mampu menggapai Piala Dunia. Ketajaman pemikiran dan kematangan sahajalah mengatasi masalah ini. Kita jangan lantik orang dari golongan korporat atau politik untuk menjawat jawatan presiden atau pengerusi tetapi lantiklah golongan berpengalaman dalam sukan sahaja. Contoh, kita boleh mengganti pengerusi BAM sekarang dengan Wong Peng Soon atau pemain terkenal Korea, Park Joo Bung kerana mereka lebih menguasai bidang ini dan tahu dari A sampai ke Z apa yang berlaku apabila pasukan kita kalah bukan hanya bertepuk tangan di atas rostrum atau muncul menemani Perdana Menteri kita setelah pemain kita menang sahaja. Cadangan membubarkan BAM sudah sampai masanya kerana sebelum masalah melarat atau tindakan memecat jurulatih sekarang kerana kalah dalam piala Thomas, kerana kita tidak mahu dipandang hina kerana pengurusan atasan yang tahu hanya member i alasan sahaja. Umpama politik sekiranya pemimpin didapati masalah rasuah, maka perlu disingkirkan sebelum pemimpin tersebut menjadi duri dalam daging atau menghancurkan Negara. Nilai kemenangan wang pertandingan atau wang rasuah adalah sementara atau hanya dikejari duniawi sahaja, tetapi maruah Negara atau ekonomi dan pelancongan Negara adalah penting untuk selama-lamanya. Ingatlah setiap apa yang anda ambil dari hak orang lain akan dikira oleh Allah, maka tanggung sendiri sekiranya balasan Allah adalah ‘cash’.......

Tuesday, July 5, 2011

Wajar ke pemansuhan subjek vokasional di sekolah harian biasa?

Pemansuhan subjek Kemahiran Hidup dan vokasional yang lain pada 2012 di sekolah harian biasa dan dipindahkan ke kolej swasta akan menyebabkan pelajar yang miskin dan tidak boleh membuat pinjaman akan gagal lebih teruk dalam pelajaran mereka. Langkah ke belakang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah kerana mereka hanya kejarkan wang dan ringgit bukan kualiti pelajar. Kuantiti lebih penting bagi mereka bukan kualiti pelajar. Ini kerana sekolah harian biasa telah lama mengajar subjek vokasional berbanding pensyarah yang tidak diketahui latar belakang mereka. Ini kerana kalau dimasukkan ke dalam subjek di kolej, maknanya subjek yang dipelajari disekolah semakin berkurangan. Subjek Kemahiran Hidup ini amat penting kerana mengajar bidang pertukangan, ekonomi rumah tangga, teknikal dan perdagangan. Kalaulah dimasukkan ke dalam sistem kolej, maka wujud sistem yuran dan pinjaman PTPTN. Ini menyukarkan pembelajaran malah menyukarkan pergerakan pelajar sebab jauh daripada kolej tersebut. Bukan semua tempat ada kolej yang baru wujud tersebut, takkan sekolah yang ada terus diubah kepada kolej tersebut. Adakah pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah harian biasa tidak perlu mempelajari subjek vokasional malah dipaksa masuk ke dalam kolej tersebut kerana keputusan UPSR teruk atau memang subjek tidak diminati oleh ramai pelajar? Kita tidak tahu bagaimana penilaian oleh Kementerian tetapi situasi ini amat janggal jika tidak diberi penerangan secara telus. Adakah pembelajaran subjek vokasional di sekolah teknik/politeknik juga wajib dimansuhkan jika menyahut seruan kementerian ini kerana mereka juga belajar subjek yang sama dan jika subjek berkenaan di’kolej’kan, maka tenaga pengajarnya dan silibusnya pun sudah tidak sama kerana mengikut keperluan kredit kolej. Ini perlu diterangkan oleh pihak kementerian secara lebih menyeluruh kerana ini melibatkan periuk nasi guru yang mengajar subjek vokasional ini, kerana mereka terpaksa mengajar subjek lain atau terpaksa menukar jawatan sebagai pensyarah di kolej berkenaan?

Tuesday, February 8, 2011

Kos sewa bilik perubatan hospital swasta mesti logik

Kos perubatan hospital swasta mestilah logik. Saya telah mengalami kejutan setelah diberi bil perubatan apabila bapa saya telah memasuki salah sebuah hospital swasta di Shah Alam. Sewa bilik perubatan adalah RM2 ribu. Jadi adakah ini merupakan kemajuan ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan? Adakah pihak swasta akan maju setelah mengenakan kos sedemikian? Adakah orang ramai akan menjadi lebih berminat untuk menjadi pesakit di hospital swasta lagi? Sudah tentu tidak. Kos yang mahal akan menyebabkan pendapatan orang yang sederhana akan menjadi lagi sesak apatah lagi terpaksa membayar insuran bapa saya yang telah digunakan. Adakah kerana sewa bilik perubatan di hospital swasta menjadi mahal kerana ada aircond atau layanan istimewa kepada pesakit sahaja. Malah makanan pun dicaj mahal. Kita bukan berada di Negara Amerika Syarikat atau England. Kita berada di negara dunia ketiga atau negara sedang membangun. Bayangkan pesakit Sakit Jantung terpaksa meminta sedekah kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempromosi diri di hospital. Kalau saya pun malu kerana menyatakan jenis penyakit sendiri di televisyen. Apakah semuanya kerana wang? Atau apakah hospital kerajaan tidak mempunyai infrastruktur atau kekurangan doctor yang kritikal? Kenapa tidak panggil sahaja graduan-graduan doctor daripada Mesir tersebut sahaja? Adakah cukai kerajaan akan berkurangan sekiranya kos perubatan atau sewa bilik hospital swasta menurun? Harga minyak pun susah nak turun, ini apatah lagi kos sewa bilik hospital swasta nak dinaikkan lagi. Adakah mereka tidak akan menyesal sekiranya pesakit yang mereka ubati tidak Berjaya hidup seperti kes arwah bapa saya. Setelah 3 kali diberi bantuan henjutan elektrik, saya telah diberi bil kos perubatan sebanyak RM56 ribu, ini lebih daripada insuran bapa saya yang hanya RM50 ribu. Adakah gaji doctor tersebut meliputi kos sewa bilik perubatan tersebut? Adakah doctor tersebut hanya seorang sahaja yang pakar sampai gaji meliputi RM56 ribu tersebut? Doktor yang baik dan bertanggungjawab tidak mengira kos atau wang untuk menyelamatkan nyawa seseorang, tetapi hospital swasta ini mengira wang dalam menyelamatkan wang seseorang. Sedangkan sewa bilik perubatan adalah RM2 ribu sehari, apatah lagi bayaran ubat-ubatan. Adakah dunia ini hanya terdiri orang-orang sedemikian. Sudah tentu tidak, kerana ramai orang yang lebih miskin dan berpendapatan kurang daripada saya. Apakah salah mengenakan caj sewa bilik perubatan sebanyak RM200 sehari. Sudah tentu tidak, malah lebih bertanggungjawab dan berhati perut. Adakah sakit jantung itu akan datang sekali seumur hidup dan terus hilang? Doktor hospital swasta pun takkan berani jawab. Kalau kos ubat-ubatan itu mahal, saya boleh terima, tetapi kos sewa bilik perubatan itu tersangatlah mahal. Kalau di hospital kerajaan pula lain kes, layanan mereka macam nak tak nak sahaja, makan gaji buta. Sekali lalu, terus blah. Pesakit terpaksa menunggu doctor selama berjam-jam. Jadi dimana pesakit-pesakit nak pergi kalau kedua-dua hospital swasta dan kerajaan begini? Bekas sultan Kelantan pun berubat di Singapura, malah Doktor Mahathir pun berubat di Australia. Kenapa? Perubatan kita sudahlah tidak setanding negara luar tetapi ada hati nak kenakan kos yang mahal sebegitu rupa. Mereka belum layak mengukur baju di badan tetapi ada hati nak minta hantaran yang mahal. Sudah tentulah orang akan reject. Jadi, dalam situasi harga-harga pasaran yang tidak menentu ini, kalau kos perubatan menurun, maka akan melegakan hati pesakit-pesakit yang tidak kunjung sembuhnya. Buat hospital kerajaan, berhati-hatilah sifat profesionalisme yang tidak professional itu akan menentukan masa depan anda dan masa depan hospital anda. Malah dinding bawah muka pintu masuk hospital anda tidak selalunya akan kukuh dan akan roboh bila-bila masa sekiranya anda tidak pernah mendoakan kesejahteraan pesakit anda sekalipun. Kerana Allah akan menilai setiap zarah perbuatan anda dan kadang-kadang Tuhan akan bayar cash di dunia ini.

Pages